PAS selar Malaysia benarkan USS George Washington di Pelabuhan Klang

  • Najib breathes easier after Dr Mahathir pow-wow
    Najib breathes easier after Dr Mahathir pow-wow

    It has been a roller-coaster ride for Prime Minister Datuk Seri Najib Razak (pic left) since he led the Barisan Nasional to victory at the May 5 general election but without achieving his own benchmark: restoring its two-thirds control of Parliament. …

  • Dr Mahathir regrets Internet freedom
    Dr Mahathir regrets Internet freedom

    Tun Dr Mahathir Mohamad admitted today he might have made a mistake in giving guarantees for Internet freedom, which has been blamed for empowering and enabling opposition parties to win more seats in the 13th general election. …

  • Time to re-look at ETP and NKEA, says corporate leader
    Time to re-look at ETP and NKEA, says corporate leader

    It is time for the country to re-look at the Economic Transformation Programme (ETP) and the National Key Economic Areas (NKEA) programmes in order to evaluate the effectiveness of the government plans in actually boosting the country's economy. …

  • How Umno exploits fears of Pakatan among Malays
    How Umno exploits fears of Pakatan among Malays

    INTERVIEW Umno has successfully exploited the fears many Malays that a stronger Pakatan Rakyat would mean a dominant DAP, said PAS central committee member Dr Dzulkefly Ahmad. …

  • Goodbye to the national car, Proton
    Goodbye to the national car, Proton

    The last vestiges of the national car project will disappear as soon as Putrajaya replaces its fleet of ageing Proton Perdana V6 limousines with Honda Accords, while the Pahang government has opted for the Volkwagen Passats. …

Oleh Amin Iskandar
Penolong Pengarang Berita

KUALA LUMPUR, 9 Okt — PAS menyelar tindakan kerajaan Malaysia membenarkan kehadiran kapal induk pesawat Amerika Syarikat (AS) USS George Washington berlabuh di Pelabuhan Klang hujung minggu lalu kata Mohamad Sabu (gambar) yang menurutnya satu tindakan hipokrit tatkala pemimpin Umno termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad menghentam NGO menerima dana asing termasuk dari George Soros — warga AS.

“Mengapa benarkan USS George Washington berlabuh di Port Klang?

“Bukankah kononnya BN (Barisan Nasional) katakan Amerika (AS) melalui George Soros taja NGO untuk gulingkan kerajaan? “ kata Mohamad menerusi telefon kepada The Malaysian Insider.

Menurut Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu itu lagi, tindakan kerajaan BN membenarkan kerjasama di antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berlatih bersama tentera AS sebagai satu tindakan bercanggah dengan pendirian negara yang membantah peperangan tajaan kuasa besar dunia itu seperti di Afghanistan dan Iraq.

“BN cakap tak serupa bikin, bila perang Iraq dan Afghanistan meletus dahulu, bising menentang.

“Bekas PM, Dr Mahathir sampai anjurkan persidangan anti perang untuk dakwa George Bush dan Tony Blair sebagai penjenayah perang.

“Hari ini kita benarkan kapal perang AS berhenti di pelabuhan kita selama berhari-hari,” katanya.

Hujung minggu lalu, agensi berita negara, Bernama melaporkan USS George Washington berlabuh di Pelabuhan Klang untuk memperomosikan hubungan dua hala diantara AS dan Malaysia.

Pegawai Pemerintah AS, Kapten Greg Fenton berkata persinggahan selama lima hari itu akan memberi peluang kepada pelayar untuk memperluaskan kefahaman mereka mengenai persekitaran maritim Malaysia.

“Tujuan utama ialah mendengar bagaimana angkatan tentera Malaysia menjalankan tugas mereka dan bagaimana kami boleh belajar daripada mereka.

“Pelayar kami menawar diri untuk menyertai enam projek komuniti ketika berada disini bagi melibatkan diri dengan masyarakat setempat,” katanya.

Ahad lalu di akhbar New Straits Times, Dr Mahathir mengulangi bahawa George Soros yang didakwanya sebagai penyangak mata wang semasa krisis kewangan 1997 menaja calon bagi menentukan siapa perdana menteri Malaysia.

Loading...

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.