Selepas keterangan Dr M, Liong Sik mahu tuduhan dikaji semula

Oleh Clara Chooi
Penolong Pengarang Berita

KUALA LUMPUR, 9 Okt — Tun Dr Ling Liong Sik hari ini mengarahkan peguamnya untuk memohon kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk menimbang semula caj menipu yang dikenakan terhadap beliau, selepas Tun Dr Mahathir Mohamad ke mahkamah untuk memberikan keterangan sejak dua hari lalu.

Dr Mahathir, yang berdiri sebagai saksi keempat bagi panel pembelaan, telah berulang kali dengan sewajarnya membela Dr Ling semasa dua hari di mahkamah termasuk mengatakan hari ini bahawa beliau percaya bekas menteri pengangkutan itu tidak mampu untuk menipu kerajaan.

"Setakat yang saya tahu, dia (Dr Ling) adalah seorang yang jujur,” kata bekas perdana menteri yang memerintah paling lama, selepas mengisytiharkan kepada mahkamah bahawa dia telah mengenali Dr Ling selama lebih daripada 30 tahun dan berkhidmat selama 17 tahun dalam kerajaan.

Peguam Dr Ling, Wong Kian Kheong memberitahu mahkamah petang ini bahawa selepas keterangan Dr Mahathir, anak guamnya telah mengarahkan beliau untuk membuat representasi kepada AGC.

"Arahan klien saya, saya akan menghantar surat representasi kepada AGC untuk menimbang semula atau mengkaji tiga tuduhan terhadap Dr Ling.

"Ini adalah selepas keterangan SD4 (Dr Mahathir)," kata Wong kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan 4 Dis untuk pengurusan kes, sementara menunggu keputusan  perwakilan panel pembelaan daripada mendapatkan surat dari AGC.

Dr Ling berkhidmat sebagai Menteri Pengangkutan dari January 1986 sehingga May 2003.

Pendedahan kajian kedudukan oleh firma perkaunan terkenal PricewaterhouseCoopers (PwC) pada 2009 bahawa kos untuk membayar hutang boleh mencecah RM12.5 bilion.

Semenjak Disember 2009, enam individu sudah didakwa di mahkamah termasuk bekas presiden MCA Dr Ling dan bekas menteri pengangkutan selepasnya dan timbalan presiden MCA Tan Sri Chan Kong Choy.

Kedua-dua dituduh menipu Kabinet.

Dr Ling turut menghadapi dua dakwaan alternatif menipu Kabinet sehingga percaya terma pembelian — RM25 sekaki persegi dicampur dengan faedah sebanyak 7.5 peratus — diketahui dan dipersetujui oleh JPPH walaupun mengetahui tiada sebarang perjanjian.

Beliau menghadapi kemungkinan dipenjara selama tujuh tahun, atau didenda, atau kedua-duanya sekali jika disabitkan dengan pertuduhan pertama di bawah seksyen 418 Kod Jenayah.

Pertuduhan alternatif pula hukumannya lebih ringan lima tahun penjara, atau denda atau kedua-duanya sekali.

Loading...

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.