Senator Sabah keluar BN, sokong Pakatan

  • Bar suggests new laws to give MACC more power
    Bar suggests new laws to give MACC more power

    KUALA LUMPUR, May 23 — The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) should be given more power to fight graft with the introduction of new legislation, the Malaysian Bar has said.

  • May 25 rally to proceed despite arrests, vows SAMM
    May 25 rally to proceed despite arrests, vows SAMM

    The 'People's Gathering' in front of the Amcorp Mall field in Petaling Jaya on Saturday will go ahead despite the police arresting several leaders of opposition political parties and non-governmental organisations today.

  • Opposition party papers seized as nationwide crackdown begins
    Opposition party papers seized as nationwide crackdown begins

    KUALA LUMPUR, May 23 — Over a thousand copies of PAS-owned Malay newspaper Harakah as well as DAP-owned The Rocket and PKR’s Suara Keadilan were carted off by home ministry officials from shops and several distribution centres in a nationwide raid today, as Putrajaya mounts an apparent crackdown against Pakatan Rakyat (PR) supporters.

  • Police to take action against group who disrupted candlelight vigil
    Police to take action against group who disrupted candlelight vigil

    GEORGE TOWN, May 23 — Police will take action against the group of men who disrupted a candlelight vigil in Esplanade last night that resulted in a scuffle, injuring a reporter and an activist.

  • Tian Chua, Haris, Tamrin to be detained overnight at Jinjang
    Tian Chua, Haris, Tamrin to be detained overnight at Jinjang

    KUALA LUMPUR, May 23 — Pakatan Rakyat (PR) lawmakers Chua Tian Chang and Tamrin Ghafar, and political activist Haris Ibrahim, have been arrested for sedition and will be held overnight at the police lockup in Jinjang today.

Oleh Clara Chooi

KOTA MARUDU, 12 Ogos — Pakatan Rakyat (PR) hari ini menerima seorang lagi pemimpin senior Barisan Nasional (BN) Sabah — Senator Datuk Maijol Mahap — sekaligus melihatkan pergolakan dalam parti pemerintah di negeri itu.

Mahap, naib presiden United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organization (UPKO) mengumumkan untuk keluar parti dalam satu majlis yang diadakan di rumahnya di Kampung Kokobuan, Kota Marudu, kira-kira 100km dari Kota Kinabalu tengah hari ini.

Majlis itu dihadiri oleh ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, setiausaha agung Datuk Saifuddin Nasution Ismail, ahli parlimen Kota Kinabalu dari DAP Hiew King Cheu, pengerusi DAP Sabah Jimmy Wong dan timbalan pengerusi Amanah Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

Parlimen Kota Marudu kini dipegang oleh menteri persekutuan, Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili yang juga timbalan presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), rakan UPKO di BN Sabah.

Dalam ucapannya, Maijol berkata perubahan akan berlaku di Sabah dan seterusnya di Malaysia.

Keputusan pilihan raya 2008 BN hilang dua pertiga majoriti dan terus berkuasa kerana diselamatkan oleh kerusi parlimen di Malaysia Timur iaitu di Sabah dan Sarawak.

“Bagi saya, semua ini berlaku dan akan terus berlanjutan kerana satu faktor dan faktornya adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Dia telah mencipta satu semangat untuk berubah di Malaysia dan ini akan mencetuskan sistem dua parti dan saya menyokong perkara ini,” katanya lagi.

Maijol menambah, walaupun keputusannya meninggalkan BN, tetapi dia tetapi menghormati presiden UPKO Tan Sri Bernard Dompok dan “budaya korporat” dalam parti.

Beliau berkata akan meletak semua jawatan kerajaan, termasuk kedudukannya selaku pengerusi Saham Sabah Berhad, dan meneruskan perjuangan politiknya melalui APS.

Bercakap dalam sidang media, Maijol berkata beliau akan terus mengekalkan jawatannya sebagai senator, setelah dinasihatkan Anwar dan pemimpin PR.

Dia mahu memainkan isu rakyat Sabah apabila Dewan Negara bersidang pada 3 hingga 8 Disember, kali ini selaku ketua pembangkang. Tempoh tamat Maijol berakhir pada Disember.

Mempertahankan keputusan Maijol, Anwar berkata Maijol harus kekal menjadi senator untuk membuktikan sebabnya meninggalkan BN, iaitu kerajaan tidak bersungguh-sungguh mendengar masalah rakyat di Sabah.

“Saya nasihatkan dia, tapi terpulanglah kepada dia, dia boleh terangkan dan bersuara di Dewan Negara untuk Sabah. Jangan fikir dia lakukan begini sebab dia terdesak untuk kekalkan jawatannya,” katanya lagi.

Maijol juga menjangkakan lebih ramai lagi yang akan melompat setelah pada bulan lalu ahli parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Bumburing dan ahli parlimen Beaufort Datuk Seri Lajim Ukin keluar dari parti masing-masing untuk menyokong PR.

Kedua mereka berada di rumah Maijol hari ini, keluar parti kerana tidak berpuas hati dengan kelewatan penubuhan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai masalah pendatang tanpa izin di Sabah.

Hanya selepas beberapa hari mereka meninggalkan parti, perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan RCI yang diputuskan kabinet pada 8 Februari yang lalu.

Perdana menteri juga memberitahu lapan perkara dalam penubuhan RCI di Kota Kinabalu semalam, selepas bertemu dengan pemimpin BN negeri.

Loading...

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.