Senyaman Bak Tahiti!

ASUS HD 7970

Dimensi:                                 277 x 106 x 33mm
Set Cip:                                    AMD Radeon HD7970
Saiz Memori:                            3GB GDDR5
Core Clock:                              925MHz
Memori Clock:              1,375MHz GDDR5
Sambungan:                            1 x DVI, 1 x HDMI, 2 x DisplayPort


Nilai:                                           10/10
Ciri-ciri:                                   10/10
Prestasi:                                   10/10
Rekaan:                                    10/10
Penggunaan:                        10/10


Hasil Ujian: Peluang untuk mendapat kad terbaik

Sebab Majalah Tech Sukakannya: Semuanya kami suka!

Total Score: 10/10 (Kena Beli Ni!)

Sebagai pelopor dalam teknologi yang sangat progresif, ASUS mendepani bahagian teknologi dengan pelancaran terbaru Tahiti! (nama tempat yang digunakan bagi produk ini. Dilancarkan pada lewat Disember, Kad Grafik ASUS Radeon HD7970 3GB GDDR5 yang diberi kod nama Tahiti dan akan dihantar ke penjual rasmi ASUS awal tahun ini dan pastinya ia bukan sebarang kad biasa. Pada kali ini Asus telah meninggalkan cara lama dan telah menggunakan arkitektur baru AMD bernama Graphics Core Next (GCN) yang merupakan GPU 28nm pertama dan menggunakan kuasa yang lebih sedikit walaupun ada saiz ram 3G GDDDR5 yang amat besar

Laju tu Laju
ASUS Radeon 7970 mempunyai fungsi kad yang asas seperti penggunaan PCIe 3.0 yang menjanjikan bandwith dua kali ganda untuk interaksi diantara CPU dan GPU. AMD HD3D telah dioptimumkan bagi multimedia 3D stereoskopik. Teknologi Eyefinitiy AMD yang menyokong sehingga 6 sambungan monitor, sokongan DirectX 11 dan (jika ASUS tak bagi ni saya sanggup pegi piket depan ofis mereka) Teknologi CrossFireX AMD. ASUS juga telah menambah beberapa aplikasi berguna seperti GPU Tweak bagi overclocking waktu sebenar dan juga pengurusan GPU, GPU-Z bagi spesifikasi yang terperinci dan juga bacaan status kad, penukar 2D/3D.

Banyak Skrin tu

Teknologi CrossFireX pada mesin ini menyokong sehingga empat (QuaFire) kad sekaligus kerana fizikal saiz kad ini amat lansing yang mesti akan membuatkan orang tak akan percaya dengan benchmark sintetik yang menakjubkan. Lebih lagi ditambah dengan Teknologi Kuasa ZeroCore AMD akan terus menutup kad kad yang selebihnya jika ia tidak digunakan bagi menghilangkan isu bunyi dan haba pada komputer multi GPU

Kuasa Tiada Bandingan

Bagi percubaan kami menggunakan ASUS Sabertooth X79, 4x RAM Corsair Dominator GTX8 16GB berkelajuan 1600MHz dan juga SSD Intel 300GB 320 Series yang ada Windows 7 Ultimate, Radeon HD7970 diuji bagi mendapat benchmark sintetik bagi 3DMark 11 dan juga 3DMark Vantage. Keputusannya? Memang anak menakjubkan dengan keputusan GPU sebanyak 29,738 pada 3D Mark Vantage manakala mendapat 14,172 markah pada ujian prestasi 3DMark 11, dan itu hanya dengan satu kad sahaja. Penggunaan kuasa dan suhu kad menunjukkan kad ini menggunajan 120W dan 40°C pada melahu dan 490W dengan 79°C ketika kuat. Tidak syak lagi, KAMU MESTI MENDAPATKAN KAD INI!!

How do you feel about this article?

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.