Sesuai Sangat Dengan Harganya – Samsung Galaxy Mini 2

Samsung Galaxy Mini 2

Dimensi: 109.4 x 58.6 x 11.6mm
Berat: 105.3g
Skrin: 3.27-inci, 320 x 480 TFT
Memori: 512 MB RAM
Storan: 4GB, slot microSD

Nilai: 9/10
Ciri-ciri: 8/10
Prestasi: 8/10
Rekaan: 8/10
Penggunaan: 9/10

Hasil Ujian: Berpadanan dengan harga.

Skor: 8.4/10

Samsung sudah mengeluarkan pelbagai jenis telefon di pasaran sekarang namun terdapat beberapa peranti yang nampak seakan 'bertindan', selalunya boleh diteka peranti mana berada di paras tertentu. Misalnya Samsung Galaxy Mini pada mulanya adalah telefon kelas permulaan, namun ia digantikan dengan Galaxy Y. Manakala Galaxy Mini 2 bukan sambungan terus dari Mini yang asal, tetapi ia khusus bagi mereka yang bersedia bertukar dari telefon kelas permulaan ke arah yang lebih berkuasa

Galaxy Mini 2 datang dalam dua warna berbeza, hitam yang biasa dilihat dan kuning. Warna kuning ini pasti menarik perhatian pengguna kepada telefon ini, walaupun pada akhirnya pengguna selalunya akan meletakkan telefon mereka di dalam kasing sehingga tidak menampakkan warna asal. Pengguna yang tidak mahu menggunakan kasing akan mendapati penutup bateri mempunyai tekstur untuk lebih cengkaman bagi mengurangkan peluang telefon ini jatuh ketika dipegang

Pada saiz 3.25 inci, ia lebih kecil dari iPhone, satu saiz yang sudah menjadi kebiasaan bagi pengguna. Skrin yang kecil ini juga terasa agak janggal berbanding telefon lain yang mempunyai skrin yang besar, tetapi ada ketikanya kami terasa sedikit kecewa dengan saiz ini. Walaupun begitu selepas beberapa lama, kamu akan sudah biasa dengan saiz yang kecil dan terasa agak kukuh. Bercakap mengenai saiz, walaupun ia hanya 0.25 inci saja lebih besar dari Galaxy Y, ruangnya tidak rasa sempit untuk menaip dibandingkan dengan Galayx Y, menunjukkan saiz sekecil ¼ inci saja sudah penting.

Namun begitu kami agak kecewa dengan resolusi skrin. Walaupun tidak ketara piksel, tapi ia tidak setajam telefon lain. JIka kamu mahukan telefon yang boleh dijadikan teman untuk hiburan, sila beli telefon yang lagi mahal. Pengguna yang lebih tua mungkin akan terasa sakit mata jika menggunakan telefon ini untuk jangka masa yang lama, namun bagi pengguna yang lebih muda (yakni pasaran sasaran mereka) pasti tak akan perasan apa — apa.

Penggunaan bateri pada Mini 2 agak bagus bagi peranti yang berkelas bawahan. Ia dapat bertahan selama 20 jam dengan segala-galanya dipasang. Menggunakan pemproses yang berkelajuan rendah dengan Android Gingerbread bersama dengan peralatan moden untuk menjimatkan kuasa dapat menjimatkan lebih sedikit penggunaan bateri. Telefon ini juga mendapat 1865 markah dalam ujian Quadrant kami, satu markah yang bagus bagi telefon yang berada dalam kategori harga murah. Tidak dilupakan, ia juga datang dengan teknologi NFC dan pasti mampu menarik pembeli yang inginkan sesuatu yang lain dari yang lain. Oh ya! Harganya dianggarkan dari RM550 ke RM600 saja.

How do you feel about this article?

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.