Shahrizat perlu pastikan keluarganya bayar pinjaman NFC, kata Saifuddin

  • DAP MP petitions to disqualify 2 ministers, 3 deputy ministers
    DAP MP petitions to disqualify 2 ministers, 3 deputy ministers

    The recent appointments of two ministers and three deputy ministers were unconstitutional, DAP MP M. Kula Segaran said in a petition filed at the Kuala Lumpur High court today. …

  • Assembly points set for KL 'Black 505' rally
    Assembly points set for KL 'Black 505' rally

    Pakatan Rakyat and NGO leaders will gather at seven assembly points in Kuala Lumpur on Saturday, before proceeding to Padang Merbok to hold the 'Black 505' rally. …

  • Najib breathes easier after Dr Mahathir pow-wow
    Najib breathes easier after Dr Mahathir pow-wow

    It has been a roller-coaster ride for Prime Minister Datuk Seri Najib Razak (pic left) since he led the Barisan Nasional to victory at the May 5 general election but without achieving his own benchmark: restoring its two-thirds control of Parliament. …

  • Dr Mahathir regrets Internet freedom
    Dr Mahathir regrets Internet freedom

    Tun Dr Mahathir Mohamad admitted today he might have made a mistake in giving guarantees for Internet freedom, which has been blamed for empowering and enabling opposition parties to win more seats in the 13th general election. …

  • Time to re-look at ETP and NKEA, says corporate leader
    Time to re-look at ETP and NKEA, says corporate leader

    It is time for the country to re-look at the Economic Transformation Programme (ETP) and the National Key Economic Areas (NKEA) programmes in order to evaluate the effectiveness of the government plans in actually boosting the country's economy. …

Oleh Shazwan Mustafa Kamal

KUALA LUMPUR, 1 Jun — Datuk Seri Shahrizat Jalil perlu memastikan kelurganya membayar semula pinjaman yang dibuat untuk projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) kata Datuk Saifuddin Nasution hari ini.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam telah menggugurkan siasatan terhadap Shahrizat (gambar) berhubung skandal NFC kerana beliau tidak terlibat dalam pemerolehan projek tersebut oleh syarikat milik keluarganya, National Feedlot Corporation (NFCorp).

Wanita Umno kemudiannya menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada pemimpin PKR termasuk, Saifuddin, Zuraida Kamaruddin, dan Rafizi Ramli kepada Ketua Wanita Umno tersebut ekoran pengumuman yang dibuat SPRM tersebut bagi mengembalikan reputasi dan maruahnya yang tercalar.

Namun Saifuddin menegaskan, beliau tidak nampak adanya keperluan untuk meminta maaf dan adalah lebih penting untuk memastikan pinjaman terhadap NFC itu dibayar balik kepada kerajaan.

“Tidak perlu minta maaf. Isunya di sini adalah RM250 juta itu adalah milik kerajaan.

“Saya desak Shahrizat untu memujuk keluarganya membayar semula duit yang dipinjam daripada kerajaan ... mereka boleh menjual tanah, restoran, untuk membayar semula pinjaman tersebut,” kata Saifuddin kepada The Malaysian Insider.

Shahrizat telah dikaitkan dengan dakwaan rasuah ekoran pemberian projek pusat ternakan lembu bernilai RM250 juta kepada keluarganya melalui NFCorp, syarikat milik keluarganya yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan tiga anaknya.

Bekas menteri pembangunan wanita keluarga dan masyarakat itu juga pernah mengambil cuti selama tiga minggu bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh untuk menyiasat sama ada beliau terlibat atau tidak dalam mendapatkan projek tersebut.

Pendedahan berterusan daripada pembangkang dan liputan meluas media telah memaksa Shahrizat melepaskan jawatan sebagai menteri pada 8 April lalu.

Sebelum itu, suaminya, Mohamad Salleh telah didakwa atas kesalahan pecah amanah dan pelanggaran Akta Syarikat berhubung sejumlah RM49 juta dana kerajaan yang diserahkan kepada NFCorp Mac lalu.

Semalam, Pengerusi Panel Penilaian Operasi SPRM, Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil mendedahkan Shahrizat bebas daripada sebarang kesalahan dalam skandal RM250 juta NFC.

Hadenan berkata, SPRM telah menutup siasatan terhadap Shahrizat kerana beliau tidak terlibat dalam skandal tersebut.

“Keputusan untuk menyerahkan kontrak kepada syarikat dan memberikan pinjaman tidak melibatkan beliau,” katanya.

Dalam kenyataan kepada The Malaysian Insider, Rafizi melihat kaedah penyiasatan SPRM dan membebaskan Shahrizat itu diragui kerana tidak menyoal siasat beliau.

Hari ini, Saifuddin berkata badan pencegahan rasuah itu perlu “menyiasat pegawai kanan” yang terlibat dalam skandal kapal selam Scorpene.

“Saya ucap tahniah kepada SPRM, sekarang mereka boleh mula menyiasat skandal Scorpene.

“Banyak perkara yang perlu disiasat, dibincang, dan mereka perlu menyiasatnya,” tambah Ahli Parlimen Machang itu lagi.

Loading...

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.