Malaysia Elections 2013

Shahrizat sokong Raja Nong Chik jadi calon Lembah Pantai

Oleh Nomy Nozwir

KUALA LUMPUR, 22 Okt — Datuk Seri Shahrizat Jalil (gambar) hari ini menyokong Datuk Raja Nong Chik sebagai calon tunggal Barisan Nasional (BN) kawasan parlimen Lembah Pantai pada pilihan raya akan datang.

Bekas menteri pembangunan wanita, keluarga dan kebajikan masyarakat itu berkata, tidak ada siapa yang lebih layak selain menteri Wilayah Persekutuan dan kesejahteraan bandar itu kerana kerja keras Raja Nong Chik di kawasan tersebut.

“Sebenarnya saya telah menyokong Datuk Raja (Nong Chik) sejak tiga tahun yang lalu, cuma hari ini saya umumkan.

“Ini kerana Datuk Raja Nong Chik telah bersama saya selama 15 tahun ketika saya menjadi ahli parlimen Lembah Pantai selama tiga penggal,” kata Shahrizat dalam sidang media selepas sesi perjumpaan ketua wanita cawangan Umno di Bangsar, hari ini.

Raja Nong Chik pula berkata, hubungan beliau dengan Shahrizat tidak pernah putus walaupun terdapat dakwaan bahawa beliau menjadi punca karier politik Shahrizat berakhir.

“Semasa dalam kabinet, saya duduk sebelah menyebelah dengan Shahrizat. Saya akui kadang-kadang saya ada perbezaan pendapat, tapi saya tidak pernah bergaduh dengan Datuk Seri.

“Sebenarnya yang nak sangat kami gaduh cuma pembangkang, mereka seboleh-boleh mahu Umno berpecah supaya mereka menang dengan mudah.

“Kalau parti Umno ini bersatu padu, mustahil mereka akan dapat menang,” kata Raja Nong Chik lagi.

Sementara itu, Shahrizat juga menuntut kepada ahli parlimen Pakatan Rakyat yang berjanji untuk memberikan elaun saraan dari RM600 hingga RM1,500 kepada suri rumah semasa berkempen pada pilihan raya 2008.

“Semasa tahun 2008, mereka menjanjikan elaun saraan kepada suri rumah, sekarang sudah empat tahun, mana dia janji-janji mereka?

“Ternyata ini adalah janji kosong mereka, asalkan mereka dapat menang pilihan raya, mereka tidak lagi mempedulikan rakyat,” kata Shahrizat lagi.

Jumlah pengundi berdaftar di Lembah Pantai pada tahun 2008 ialah 56,650 dengan 52 peratus pengundinya ialah Melayu, 26 peratus kaum Cina dan India 21 peratus.

Loading...

MORE ELECTION STORIES

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.