Smart TV, Dunia Digital Di Hujung Jari

Apa yang dimaksudkan Smart TV?

Lebih Dari TV Biasa

Jika anda ke kedai elektrik sekarang untuk membeli TV yang baru, anda akan rambang mata untuk memilih TV yang sesuai dengan citarasa mata anda. Beza dulu dan sekarang, jurujual akan mula membawa anda ke arah TV generasi baru — Smart TV.

Smart TV, yang juga semakin popular dengan gelaran "Connected TV" ataupun "Hybrid TV" ialah ungkapan yang digunakan oleh pengeluar-pengeluar TV untuk menghuraikan trend zaman sekarang yang semakin hari semakin melakukan intergrasi di antara ciri-ciri Web 2.0 dan internet ke dalam TV generasi terkini. Peranti-peranti baru ini mempunyai fokus yang lebih tinggi kepada media dalam talian yang interaktif, TV internet dan juga media aliran atas-permintaan, kurang kepada siaran tradisional yang selalunya menjadi tumpuan TV zaman sebelumnya.

Banyak faedah untuk memiliki Smart TV, yang kami akan huraikan sebentar lagi. Pasaran kini telah matang, dengan beberapa pengeluar telah mempunyai model-model Smart TV mereka tersendiri. Selain itu, pembina-pembina aplikasi untuk Smart TV juga kian hari kian bertambah, membolehkan segmen pasaran ini berkembang lebih luas lagi.

Asal-usul Smart TV

Nama Smart TV timbul kerana fungsi-fungsi yang diletakkan di dalam TV generasi baru ini seakan-akan telefon pintar (Smart Phone) kerana ia mempunyai widget web dan aplikasi perisian untuk mengakses media di dalam talian.

Dengan bermulanya era siaran digital di Eropah, dan secara khususnya siaran Definisi Tinggi di rumah, telah menjadi salah satu pemangkin bermulanya generasi Smart TV masa kini. TV Internet dan hantaran media ke rumah melalui Internet juga menjadi lebih biasa — akan tetapi kandungan ini selalunya digunapakai dengan komputer biasa sahaja, ataupun dengan TV tetapi melalui pemain media yang bersambung ke jaringan di rumah.

Smart TV membolehkan media dari internet ini terus masuk ke TV anda dengan pantas dan tanpa memerlukan pengguna pening kepala memikirkan situasi-situasi yang terlalu teknikal. Ini kerana isi multimedia internet ini (termasuklah TV Internet dan IPTV) boleh diakses melalui Smart TV dengan menggunakan alat kawalan jauh sahaja — tidak perlu untuk menggunakan papan kekunci mahupun alah interaksi komputer yang biasa digunakan di atas meja komputer pengguna.

Siapa Yang Mengeluarkan Smart TV Sekarang?

Beberapa pengeluar berbeza kini mempunyai Smart TV mereka tersendiri. Mereka ialah:

LG Philips Sharp Samsung Panasonic

Apa Beza Smart TV dengan TV biasa?

Jika anda lihat gambar dibawah ini, anda dengan serta merta boleh lihat perbezaan yang ketara:

TV Standard

Smart TV

TV yang disebelah bawah ialah Smart TV, penuh dengan aplikasi-aplikasi kecil untuk memain-balik media dari Internet seperti Youtube, Picasa dan sebagainya. TV di sebelah atas pula ialah TV biasa — anda perlu memasukkan media seperi pemain DVD ataupun TV satelit — ianya tidak mempunyai fungsi interaksi dengan pengguna.

Peranti Lain untuk Fungsi Smart TV

Jika anda bertanya, adakah peranti yang membolehkan saya menggunakan TV saya yang sedia ada tanpa perlu berbelanja sekali lagi untuk mendapatkan Smart TV? Ada! Di bawah ialah beberapa peranti alternatif  untuk kegunaan anda:

Boxee.net Google TV Apple TV XBOX 360 Playstation 3

How do you feel about this article?

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.