Soi Lek dakwa Guan Eng heret ke dalam khabar angin

  • Putrajaya tells Dong Zong to adapt for UEC approval
    Putrajaya tells Dong Zong to adapt for UEC approval

    PUTRAJAYA, May 21 – The United Chinese School Committees’ Association of Malaysia (Dong Zong) must be “prepared to make changes” and meet conditions set by the Ministry of Education if the Unified Examination Certificate (UEC) is to be recognised, the government said today.

  • MACC panel wants ministers, MBs, banned from government projects
    MACC panel wants ministers, MBs, banned from government projects

    KUALA LUMPUR, May 21 – The MACC’s Consultation and Corruption Prevention Panel (CCPP) proposed today that all government administrators and their family members at both federal and state levels be barred from bidding for government projects.

  • After elections, Najib has serious economic concerns on his plate
    After elections, Najib has serious economic concerns on his plate

    KUALA LUMPUR, May 21 — Datuk Seri Najib Razak’s newly re-elected Barisan Nasional (BN) government faces what the Financial Times today called the serious economic problem of weakening exports.

  • Adam's father gets to meet him at Jinjang lockup
    Adam's father gets to meet him at Jinjang lockup

    Adam Adli Abdul Halim has been subjected to interrogation for two days in a row and was not even given a pillow or a blanket to sleep, said lawyer Fadiah Nadwa Fikri, who visited student activist today.

  • Ambiga, Bersih crew to pass baton to new leadership soon
    Ambiga, Bersih crew to pass baton to new leadership soon

    KUALA LUMPUR, May 21 — Datuk Ambiga Sreenevasan and the rest of Bersih 2.0’s 20-member steering committee are soon expected to relinquish their posts to make way for new blood in the leadership of the polls watchdog movement.

Oleh Lisa J. Ariffin

PETALING JAYA, 8 Julai  — Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini menuduh Lim Guan Eng mengheret beliau ke dalam masalah domestik, dan mendakwa ia adalah rancangan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang itu untuk mengalih perhatian daripada dakwaan hubungan sulit beliau dengan wanita lain.

Walaupun mengakui ia adalah dibuat oleh Pengerusi MCA Melaka Datuk Gan Tian Loo, individu pertama yang menuduh Lim, Dr Chua (gambar) menjelaskan Lim bagaimanapun dengan pantas melibatkan beliau dalam skandal seks pada 2007.

“Saya kecewa terhadap Guan Eng dan isterinya ... mereka mengaitkan isu itu dengan saya, dan kemudiannya menuduh MCA melakukan politik kotor.

“Apa yang saya kata adalah - adakah (hubungan) itu berlaku atau tidak? Kalau tidak, nafikan. Kenapa melibatkan saya?” kata Dr Chua kepada pemberita yang ditemui siang tadi sebelum debat antaranya dan Lim di Sunway Convention Centre di sini.

Lim dan isterinya, ahli Dewan Undangan Negeri Melaka, Betty Chew, baru-baru ini dijadikan sasaran hubungan seks selepas Gan menuduh Lim ketika sesi sidang Dewan mengatakan Lim mempunyai hubungan dengan wanita lain yang merupakan bekas pembantunya.

Gan turut menuntut isteri Setiausaha Agung DAP itu untuk memberikan respon terhadap dakwaan yang beliau telah memukul wanita berkenaan, yang mana kemudiannya telah dikeluarkan daripada pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

Bila isu itu mendapat liputan meluas media, Lim kemudiannya menyalahkan MCA, mengingatkan terhadap skandal seks Dr Chua pada 2007, yang mana menurutnya menjadi punca kekalahan parti itu pada pilihan raya 2008.

“Saya tidak ada hubungan intim dengan bekas pembantu saya. Isteri saya tidak pernah menyerang saya atau sesiapa dalam hidupnya.

“Biar MCA mengulangi tuduhan mereka di hadapan publik dan saya dan isteri boleh mengambil tindakan di mahkamah,” kata Guan Eng dan menambah, “Lim Guan Eng bukan Chua Soi Lek!”

Dr Chua, bekas Menteri Kesihatan telah dirakankan adegan ranjangnya dengan kekasihnya pada 2007 dan dipaksa meletak jawatan daripada kerajaan dan politik.

Chew semalam mengeluarkan kenyataan mempertahankan suaminya dan mendakwa Lim tidak pernah mempunyai hubungan sulit dengan bekas pembantunya, malah beliau menegaskan tidak pernah menyerang sesiapa termasuk wanita tersebut.

“Suami saya bukan Chua Soi Lek,” katanya dan mengingatkan Dr Chua terhadap skandal beliau.

“Kami menjalankan parti bukan seperti DAP. Kami memberikan kebebasan kepada ahli,” kata Dr Chua lagi.

Loading...

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.