Dimensi: 327.2 x 221.0 x 20.1 mm
Paparan: 14-inci HD backlit LED
Memori: 4GB DDR3 RAM
Storan: 128GB mSATA SSD
Sambungan: 2x USB 2.0, HDMI,
Nila: 8/10
Ciri-ciri: 8/10
Prestasi: 8/10
Rekaan: 10/10
Penggunaan: 8/10
Hasil Ujian: laptop yang menyerlah
Skor: 8.4/10
Pada CES 2012, ia sudah menjangkakan bahawa tahun ini adalah tahun bagi Ultrabook, yang menjadikannya amat menarik bagi mereka yang terlibat bagi pengeluaran Ultrabook. Bagaimana syarikat itu mencipta sesuatu yang lain dari yang lain dan akan menarik perhatian? Hewlett-Packard mengambil risiko dan menambahkan apa yang boleh mereka tambah bagi rekaan mereka selagi ia muat dalam laptop terbaru mereka, HP Envy 14 Spectre tapi masih mengekalkan rekaan nipis.
Cantik Di Luar
Spectre amat menarik untuk di'usha' dan sebelum anda membuka kotaknya lagi, anda sudah tergoda. Pakej berwarna hitam menawan yang dibekalkan memberi anda idea apa yang anda akan dapat dalam kotak. Dan setelah anda membukanya, anda akan mendapati satu produk yang amat mengkagumkan. Ia mempunyai Gorilla Glass di bahagian atas menjadikannya kelihatan seperti dibeli dari kedai barang kemas dan bukannya di Plaza Low Yat. Namun setakat itu saja gah Ultrabook ini. Gelas tersebut akhirnya menjadi tempat pengumpulan cap jari yang banyak, Kalau ia menjadi barang kes jenayah, habislah!.
Setia Dengan Beats
Dengan rekaan yang ranggi, Ultrabook ini dilengkapi pembesar suara yang bagus walaupun diletakkan dalam kasing yang amat nipis. HP memilih Beats Audio bagi pembesar suara mereka yang boleh dikatakan pilihan yang ok. Pembesar suara ini direka supaya ia ditempatkan di mana-mana bahagian dalam Ultrabook dan menggemakan audio dari situ. Ia bermakna anda tidak perlu meletakkan Ultrabook ini pada permukaan yang rata, keras dan tidak menyerap bunyi. Kalau masih tidak berpuas hati, gunakan saja fon telinga.
Ada 'chic-let'?
Papan kekunci jenis chiclet adalah rekaan yang biasa kita lihat dalam notebook maka tidak pelik melihat Spectre juga menggunakannya. Ia menjadikan rekaan Spectre amat sempurna. Lampu belakang kekunci Spectre amat disukai kami. Walaupun begitu papan kekunci ini agak keras untuk ditekan dan kurang selesa. Secara tidak langsung ia menjadikannya agak berbeza dari imej kesenangan yang ingin dipaparkan.
Berat
Satu benda yang disukai dengan Ultrabook adalah tahap ringannya yang munasabah berbanding komputer riba yang biasa. Tetapi oleh kerana HP menggunakan gelas maka Spectre agak berat dan menjadikan faktor yang agak leceh jika ia ingin dibawa keluar dari pejabat. HP telah memilih rupa berbanding kesenangan, namun dengan reka bentuk seperti ini, kami tidak mempunyai banyak masalah.
By 
