SPR bertemu parti politik pagi ini, isyarat PRU makin hampir

Oleh Amin Iskandar

PUTRAJAYA, 19 Julai — Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mengadakan pertemuan dengan pimpinan parti-parti politik dari Semenanjung Malaysia pagi ini.

Selain itu, SPR juga akan mengadakan simulasi pilihan raya, bagi menerangkan kepada parti-parti politik tentang perubahan-perubahan yang telah dilakukan dalam proses pilihan raya seperti penggunaan dakwat kekal.

Penggunaan dakwat kekal adalah salah satu daripada tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang telah mengadakan tiga demonstrasi di ibukota untuk menuntut reformasi pilihan raya.

Menurut seorang petugas SPR yang tidak mahu namanya disiarkan, pertemuan ini adalah petunjuk pilihan raya umum (PRU) ke-13 semakin hampir.

“Biasanya, ini petanda PRU makin hampir.

“Mungkin selepas Raya.

“Tetapi yang ada kuasa adalah perdana menteri.

“SPR sudah bersiap sedia untuk menjalankan pilihan raya pada bila-bila waktu, kata petugas SPR itu kepada The Malaysian Insider.

Telah banyak spekulasi mengenai tarikh pilihan raya. Sebelum ini, ramai menyangka PRU ke-13 akan diadakan sekitar bulan Jun.

Angka terkini jumlah pengundi berdaftar seperti yang diwartakan oleh SPR pada 7 Jun 2012 adalah berjumlah 12,912,045 juta orang.

Loading...

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.