Advertisement

SPR buat keputusan berat sebelah semasa persempadanan 2003, kata DAP

SPR buat keputusan berat sebelah semasa persempadanan 2003, kata DAP

Oleh Md Izwan

KUALA LUMPUR, 1 Jun — Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar (gambar) antara salah seorang yang bertanggungjawab semasa membuat persempadanan berat sebelah kepada Barisan Nasional (BN) pada 2003, kata pemimpin DAP Ong Kian Ming.

Pengarah strategi DAP itu mendakwa Wan Ahmad tidak melaksanakan tanggungjawabnya secara adil semasa persempadanan semula pada 2003, serta tidak mempercayai dengan janji beliau akan bertindak dengan “penuh ketelusan” untuk melaksanakan persempadanan yang dijadualkan hujung tahun ini.

“Wan Ahmad salah seorang daripada sebahagian daripada SPR ketika itu yang membuat persempadanan berat sebelah pada 2003.

“Oleh sedemikian, beliau adalah orang akhir yang tidak layak mempertahankan rekod SPR dalam memastikan persempadanan semula yang adil dijangka bermula pada hujung tahun ini,” kata Ong dalam satu kenyataan media hari ini.

Ong kemudiaan menjelaskan salah situasi langkah berat sebelah yang dilakukan semasa persempadanan 2003 dimana SPR tidak mematuhi prinsip pemberat kawasan luar bandar, khususnya di negeri Kedah dimana kawasan luar bandar memiliki jumlah pengundi lebih kecil berbanding kawasan luar bandar yang jumlahnya sangat besar.

“Sebagai contoh, Parlimen Alor Setar walaupun adalah sebuah kerusi paling maju dengan kawasan lebih kecil dalam semua kerusi parlimen dalam Kedah mempunyai pengundi lebih kecil (56,007) berbanding kerusi Parlimen Pokok Sena (64,912) dan Kuala Kedah (73,942) yang merupakan kawasan luar bandar dan lebih besar komposisinya.

“Perbezaan ini masih boleh dilihat dalam pilihan raya umum ke-13, dimana Alor Setar kini mempunyai 69,189 pengundi berbanding 80,916 bagi Pokok Sena dan 95,534 bagi Kuala Kedah.

Disamping itu, Ong menegaskan sikap tergesa-gesa SPR untuk menjalankan persempadanan semula adalah kerana tekanan daripada BN memandangkan formula pada tahun 2003 untuk memenangi kerajaan pemerintah dengan majoriti besar tersebut sudah tidak boleh digunapakai lagi.

“Dalam tindak balas yang tidak bernasib baik, tindakan berat sebelah BN tersebut berakhir pada tahun 2008 kerana pengundi bukan Melayu yang dikatakan penyokong tegas BN, yang tidak mungkin mengundi PAS, berpindah kembali mengundi pembangkang pada pilihan raya umum 2008 lalu,” ujar Ong.

Ong juga menegaskan selagi Wan Ahmad berada dalam SPR, beliau tidak yakin satu proses yang adil dan telus akan dijalankan dalam proses persempadanan semula kali ini

Dalam satu forum minggu lalu, Timbalan Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMCEDEL) Amer Saifude mengatakan BN akan terus kekal memerintah selagi sistem pengundian “first past the post” terus digunakan di Malaysia walaupun persempadanan semula dilakukan.

Walau bagaimanapun, Wan Ahmad menolak pandangan tersebut sebaliknya memberi alasan bahawa sistem pilihan raya diguna pakai di Malaysia turut digunakan oleh negara-negara yang maju dan telah lama mengamalkan demokrasi.

“First past the post ni, bukan sampai bila-bila BN menang. First past the post ni adalah satu sistem yang simple di mana pertandingan nak merebut kerusi dalam satu kawasan,” kata Wan Ahmad dalam satu wawancara khas bersama The Malaysian Insider.”Kerana first past the post ini, BN tak dapat majoriti dua pertiga dalam PRU13 (pilihan raya umum ke 13). Kerana first past the post ini, kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor menang dengan majoriti dua pertiga di Dewan Undangan Negeri (DUN),” tambah beliau lagi.

Amer turut menjelaskan persempadanan semula kawasan pilihan raya pada akhir tahun ini akan memberi kelebihan kepada gabungan dipimpin oleh Datuk Seri Najib Razak dan akan memberikan keputusan lebih baik kepada BN berbanding Pilihan Raya 2013.

Kegagalan sistem berkenaan jelas Amer dapat dilihat bagaimana BN yang tidak pernah mencatatkan 60 peratus undi popular masih menang dengan jumlah besar yang ditandingi mereka.

Beliau turut menjelaskan bagaimana beberapa kerusi di seluruh negara dipersempadankan semula tanpa sebab yang kukuh.

“Sesetengah persempadanan semula itu tidak masuk akal dan tidak adil, ia biasanya dilakukan untuk kepentingan sesuatu pihak,” katanya.

BN mempertahankan kuasa sebagai kerajaan pusat dalam pilihan raya 5 Mei dengan hanya 133 kerusi Parlimen, lebih 21 daripada syarat 112 kerusi Parlimen untuk menang majoriti mudah.

Walau bagaimanapun, kemenangan BN kali ini lebih kecil di Parlimen sejak negara Merdeka pada 1957 dan parti pemerintah juga hilang undi undi popular apabila memperoleh 48 peratus berbanding pembangkang Pakatan Rakyat (PR) 51 peratus.