SPR undang pemerhati asing pada PRU 13 akan datang

  • Pakatan MPs to use parliamentary strength to block unfair redelineation
    Pakatan MPs to use parliamentary strength to block unfair redelineation

    BY CLARA CHOOIASSISTANT NEWS EDITOR KUALA LUMPUR, May 22 ― Pakatan Rakyat (PR) federal lawmakers have vowed to make full use of their increased parliamentary numbers to ensure constituencies are fairly redrawn when the Election Commission (EC) kicks off the redelineation exercise this year-end.

  • Putrajaya tells Dong Zong to adapt for UEC approval
    Putrajaya tells Dong Zong to adapt for UEC approval

    PUTRAJAYA, May 21 – The United Chinese School Committees’ Association of Malaysia (Dong Zong) must be “prepared to make changes” and meet conditions set by the Ministry of Education if the Unified Examination Certificate (UEC) is to be recognised, the government said today.

  • MACC panel wants ministers, MBs, banned from government projects
    MACC panel wants ministers, MBs, banned from government projects

    KUALA LUMPUR, May 21 – The MACC’s Consultation and Corruption Prevention Panel (CCPP) proposed today that all government administrators and their family members at both federal and state levels be barred from bidding for government projects.

  • After elections, Najib has serious economic concerns on his plate
    After elections, Najib has serious economic concerns on his plate

    KUALA LUMPUR, May 21 — Datuk Seri Najib Razak’s newly re-elected Barisan Nasional (BN) government faces what the Financial Times today called the serious economic problem of weakening exports.

  • Adam's father gets to meet him at Jinjang lockup
    Adam's father gets to meet him at Jinjang lockup

    Adam Adli Abdul Halim has been subjected to interrogation for two days in a row and was not even given a pillow or a blanket to sleep, said lawyer Fadiah Nadwa Fikri, who visited student activist today.

Oleh Amin Iskandar

SHAH ALAM, 3 Jul — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengundang pemerhati asing bagi menyaksikan perjalanan pilihan raya umum ke 13 kata pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Dalam sebuah wawancara eksklusif bersama The Malaysian Insider, Abdul Aziz (gambar) menegaskan bahawa SPR mengundang pemerhati antarabangsa kerana SPR tidak mempunyai apa-apa yang mahu disembunyikan mengenai perjalanan pilihan raya di Malaysia.

“SPR berpendirian bahawa tidak ada perkara yang kita nak sembunyikan dalam proses pilihan raya di Malaysia ini.

“SPR telah menggendalikan 12 pilihan raya umum dan beratus-ratus kali pilihan raya kecil. Setakat ini secara umumnya diterima semua pihak.

“Oleh itu, SPR tidak mempunyai masalah untuk menerima kehadiran pemerhati asing,” kata Abdul Aziz lagi.

SPR memberi keutamaan kepada suruhan jaya pilihan raya negara-negara Asean kecuali Brunei dan Singapura.

“Brunei tidak diundang kerana tidak mempunyai pilihan raya.

“Singapura pula kerana negara tersebut pernah menolak permintaan SPR untuk memerhatikan perjalanan pilihan raya di republik tersebut,” kata Abdul Aziz.

SPR turut mengundang wakil dari negara-negara yang pernah mengundang SPR untuk menyaksikan perjalanan pilihan raya di negara mereka seperti dari Bosnia Herzegovina, Canada, Taiwan, Jepun dan banyak lagi.

“Setakat ini masih belum ada NGO asing memohon untuk menjadi pemerhati bagi pilihan raya umum ke 13.

“Jika mereka (NGO asing) berminat, permohonan bagi mendapat akreditasi perlu dilakukan kepada SPR.

“Syarat-syarat yang ditetapkan harus diikuti sepertimana di negara-negara lain.

“Jika ikut syarat, SPR tidak mempunyai masalah untuk beri kebenaran,” kata pengerusi SPR.

Terdapat beberapa badan bebas yang menjalankan program pemerhatian pilihan raya antarabangsa seperti Asian Network for Free Election (ANFREL), Carter Center, International Republican Institute (IRI), National Democratic Institute (NDI) dan Democracy International (DI).

Malaysia pernah mengundang Sekretariat Commonwealth sebagai pemerhati asing dalam pilihan raya umum di penghujung 1990an dahulu.

Program pemerhatian pilihan raya antarabangsa bukan bertujuan untuk mencampuri kedaulatan sesebuah negara tetapi untuk menyokong pembangunan demokrasi sesebuah negara tersebut.

Loading...

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.