SPRM, ANTARA AGENSI ANTIRASUAH PALING DISEGANI DI DUNIA

  • Bar suggests new laws to give MACC more power
    Bar suggests new laws to give MACC more power

    KUALA LUMPUR, May 23 — The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) should be given more power to fight graft with the introduction of new legislation, the Malaysian Bar has said.

  • May 25 rally to proceed despite arrests, vows SAMM
    May 25 rally to proceed despite arrests, vows SAMM

    The 'People's Gathering' in front of the Amcorp Mall field in Petaling Jaya on Saturday will go ahead despite the police arresting several leaders of opposition political parties and non-governmental organisations today.

  • Opposition party papers seized as nationwide crackdown begins
    Opposition party papers seized as nationwide crackdown begins

    KUALA LUMPUR, May 23 — Over a thousand copies of PAS-owned Malay newspaper Harakah as well as DAP-owned The Rocket and PKR’s Suara Keadilan were carted off by home ministry officials from shops and several distribution centres in a nationwide raid today, as Putrajaya mounts an apparent crackdown against Pakatan Rakyat (PR) supporters.

  • Police to take action against group who disrupted candlelight vigil
    Police to take action against group who disrupted candlelight vigil

    GEORGE TOWN, May 23 — Police will take action against the group of men who disrupted a candlelight vigil in Esplanade last night that resulted in a scuffle, injuring a reporter and an activist.

  • Tian Chua, Haris, Tamrin to be detained overnight at Jinjang
    Tian Chua, Haris, Tamrin to be detained overnight at Jinjang

    KUALA LUMPUR, May 23 — Pakatan Rakyat (PR) lawmakers Chua Tian Chang and Tamrin Ghafar, and political activist Haris Ibrahim, have been arrested for sedition and will be held overnight at the police lockup in Jinjang today.

KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

(SPRM) telah mendapat pujian sebuah badan antirasuah terkemuka yang menyifatkan

ia sebagai antara agensi seumpamanya paling disegani di dunia.

Begitu juga dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abu Kassim Mohamed,

beliau turut diiktiraf dan disegani di kalangan pakar antirasuah dan masyarakat

antarabangsa, kata Presiden rangkaian European Partners Against Corruption

(Epac) Martin Kreutner.

Abu Kassim ialah anggota Interpol Group of Experts on Corruption (Igec)

dan ahli jawatankuasa eksekutif Lembaga Penasihat Akademik Antarabangsa Akademi

Anti Rasuah (IACA) yang berpangkalan di Vienna.

Kreutner, pengerusi IACA yang kini melawat Malaysia, memberitahu Bernama

akademi itu akan memeterai satu memorandum persefahaman dengan SPRM tidak lama

lagi bagi mewujudkan rangka kerja usaha sama program Ijazah Sarjana yang pertama

dalam bidang antirasuah, yang menyaksikan sebahagian program tersebut

dikendalikan di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA).

MACA turut mengendali beberapa program antarabangsa lain dan merupakan

akademi antirasuah pertama di dunia.

-- LAGI

SPRM-RASUAH 2 KUALA LUMPUR

Program 24 bulan untuk golongan profesional dalam bidang pencegahan rasuah,

pegawai polis, hakim dan pegawai agensi pelaksana lain, akan dilancarkan pada 9

Dis ini sempena Hari Anti Rasuah Sedunia.

Program yang bersandar sepenuhnya kepada pengajian rasuah secara global dan

menangani gejala itu daripada pelbagai perspektif, dijangka menarik minat

peserta dari seluruh pelosok dunia.

Kreutner berkata ia bukan sahaja menggabungkan perspektif rasuah dan

undang-undang malah perspektif rasuah dan sains, rasuah dan keselamatan selain

rasuah dan politik serta ekonomi.

"Modul ini bakal mencerminkan pemahaman umum dan kerjasama antarabangsa

dalam membanteras rasuah, yang menjadi semakin penting, oleh itu, kami memberi

penekanan terhadap kerjasama antarabangsa," katanya.

Kreutner, bekas Ketua Suruhanjaya Anti Rasuah Austria, berkata pergerakan

Arab Spring yang telah menumbangkan beberapa rejim Arab sejak dua tahun lepas,

adalah satu contoh jika tidak ada kehendak politik pihak atasan untuk memerangi

rasuah, rakyat akan menggunakan pendekatan revolusioner.

-- LAGI

SPRM-RASUAH 3 KUALA LUMPUR

"Salah satu elemen penting dalam pergerakan Arab Spring ialah rakyat sudah

muak dengan rasuah. Di sini jelas menunjukkan rakyat tidak rela dianiaya."

Beliau berkata perjuangan menentang rasuah di peringkat antarabangsa telah

menampakkan hasil yang memberangsangkan sejak beberapa dekad kebelakangan ini

kerana Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Menentang Rasuah diterima

pakai di banyak negara.

Kreutner juga mendedahkan ketika dua ketua negara di rantau Arab meletak

jawatan pada kemuncak pergerakan Arab Spring, ia hanya mengambil masa 30 minit

untuk membekukan aset haram mereka di tempat yang selama ini difikirkan selamat.

"Jika perkara ini berlaku 10 tahun lepas, ia akan mengambil masa 30 bulan,

dan jika 25 tahun lepas, sesetengah tempat simpanan akan memberi maklum balas

''Kerahsiaan bank, tidak ada maklumat. Noktah.'' Saya rasa ada peningkatan yang

positif selain kisah kejayaan, namun pada akhirnya, kita perlu menerima hakikat

bahawa ''Rom bukanlah dibina dalam tempoh sehari," katanya.

Mengulas pendekatan melalui pendidikan untuk memerangi rasuah, yang

diiktiraf sebagai profesyen kedua tertua dunia, beliau berkata semua negara

perlu melaksanakan pendekatan itu antara generasi, bermula dengan kanak-kanak

dan golongan belia.

-- LAGI

SPRM-RASUAH 4 (AKHIR) KUALA LUMPUR

"Apabila saya ke sekolah, dan kemudian ke universiti untuk belajar

undang-undang, rasuah tidak disebut sama sekali. Hanya apabila saya mengkhusus

dalam bidang undang-undang jenayah, rasuah merupakan antara isu di kalangan yang

lain. Saya rasa amat penting untuk mewujudkan satu bab pendidikan bagi

mempertingkat kesedaran di kalangan rakyat bahawa ia bukan sesuatu yang kecil,

bahkan boleh mengakibatkan sesebuah negara kerugian berbilion setahun.

"Pada asasnya, rasuah adalah bertentangan dengan hak asasi manusia. Ia juga

bertentangan dengan ekuiti dan kesaksamaan. Dalam konteks ini, membanteras

rasuah juga ialah berkaitan kedaulatan undang-undang dan tadbir urus yang baik,"

katanya.

Kreutner berkata rasuah akan terus wujud pada masa depan, dan usaha harus

ditumpu terhadap pembaikan beransur-ansur serta keperluan bagi perspektif jangka

panjang.

"Jika ahli politik atau seorang pengurus berjanji beliau boleh membasmi

rasuah dalam tempoh setengah tahun, besar kemungkinan beliau ialah seorang

penipu. Saya lebih suka melihat gelas yang separuh berisi daripada separuh

kosong," katanya.

-- BERNAMA

AU SHY SBB

Loading...

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.