Syakirin Husnal tak mahu dilabel pengacara K-Pop

  • In protest, family to take police custody victim’s remains to KL police Hq
    In protest, family to take police custody victim’s remains to KL police Hq

    KUALA LUMPUR, May 23 — The grieving family of N. Dharmendran, the latest person to die in police custody, will carry his body to the Kuala Lumpur police headquarters to perform prayers there, in a symbolic gesture of protest against an incident that has drawn condemnation from opposition politicians and rights groups.

  • Harakah seized as nationwide crackdown begins
    Harakah seized as nationwide crackdown begins

    KUALA LUMPUR, May 23 — Over 1,000 copies of PAS-owned Malay newspaper Harakah were carted off by Home Ministry officials from shops and several distribution centres in a nationwide raid today, as Putrajaya mounts an apparent crackdown against Pakatan Rakyat (PR) supporters.

  • PKR demands release of Tian Chua, Haris Ibrahim
    PKR demands release of Tian Chua, Haris Ibrahim

    KUALA LUMPUR, May 23 — PKR has demanded the immediate release of party vice-president Chua Tian Chang and activist Haris Ibrahim, calling the Najib administration hypocrites for using the Sedition Act even after promising to abolish the pre-independence law.

  • Foreigners commit 30pc of serious crimes in Sabah, RCI told
    Foreigners commit 30pc of serious crimes in Sabah, RCI told

    KOTA KINABALU, May 23 ― Foreigners are responsible for 30 per cent of index crime in Sabah, the Royal Commission of Inquiry (RCI) on illegal immigrants heard today amid a perceived spike in criminal offences.

  • PSC recommended fairer election system, DAP rep reminds BN, EC
    PSC recommended fairer election system, DAP rep reminds BN, EC

    KUALA LUMPUR, May 23 — Barisan Nasional (BN) was reminded today of recommendations approved last year by Parliament to improve the country’s current electoral system and for the coming redrawing of boundaries to ensure fair weightage is given to every vote.

9 Sept – Mungkin ramai lagi yang masih belum mengenali pengacara terbaru Buletin Awani yang turut bertanding dalam siri rancangan realiti "On Air" yang ditayangkan tidak lama dahulu, tetapi bakat dan potensi yang dimiliki Syakirin Husnal ini sudahpun jelas terlihat dengan keupayaannya bertutur dalam bahasa ketiganya, iaitu Bahasa Korea dengan fasih.

Empat tahun menuntut di Universiti Yonsei di Seoul, Korea Selatan dalam jurusan kejuruteraan terbukti tidak sia-sia untuk Syakirin yang sudah mampu menguasai bahasa rasmi negara tersebut, walaupun diakui bukan suatu yang agak mudah.

Disebabkan kebolehannya yang ada sedikit kelainan berbanding dengan para peserta siri rancangan "On Air" yang lain, ramai yang mengesyorkan beliau untuk mengacarai sebuah rancangan muzik K-Pop, memandangkan populariti genre muzik tersebut yang kian melonjak naik di Malaysia.

Namun, ianya bukanlah suatu yang diimpikan oleh pengacara berumur 23 tahun ini kerana menurut Syakirin sendiri, beliau berhasrat untuk menjadi seorang pengacara bagi sebuah rancangan yang lebih bertumpukan kepada negara Korea Selatan secara keseluruhan.

"Ramai orang lihat negara tersebut dari satu sudut perspektif sahaja, iaitu muzik K-Pop. Hal ini bukanlah sesuatu yang saya gemari kerana setelah empat tahun menetap di Seoul, saya boleh katakan bahawa terdapat banyak lagi perkara yang istimewa di Korea Selatan selain daripada muziknya sahaja," jelas beliau.

"Banyak keindahan di sana yang membuatkan saya cinta dengan negara itu. Antaranya adalah teknologi yang canggih, budaya masyarakatnya yang sangat beradab dan cekap bekerja, serta pemandangan yang cantik. Saya pun ada juga minat muzik K-Pop, tapi saya lebih suka jika diberi peluang untuk bercakap tentang hal ehwal harian negara tersebut dari segi budaya, rakyatnya dan juga tempat," tambah beliau lagi.

Untuk melihat Syakirin beraksi di hadapan kamera, anda boleh menonton Astro Awani di saluran 501.

Loading...

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.