Syed Husin minta pemimpin Pakatan lebih hati-hati beri kenyataan kepada wartawan

  • Assembly points set for KL 'Black 505' rally
    Assembly points set for KL 'Black 505' rally

    Pakatan Rakyat and NGO leaders will gather at seven assembly points in Kuala Lumpur on Saturday, before proceeding to Padang Merbok to hold the 'Black 505' rally. …

  • Najib breathes easier after Dr Mahathir pow-wow
    Najib breathes easier after Dr Mahathir pow-wow

    It has been a roller-coaster ride for Prime Minister Datuk Seri Najib Razak (pic left) since he led the Barisan Nasional to victory at the May 5 general election but without achieving his own benchmark: restoring its two-thirds control of Parliament. …

  • Dr Mahathir regrets Internet freedom
    Dr Mahathir regrets Internet freedom

    Tun Dr Mahathir Mohamad admitted today he might have made a mistake in giving guarantees for Internet freedom, which has been blamed for empowering and enabling opposition parties to win more seats in the 13th general election. …

  • Time to re-look at ETP and NKEA, says corporate leader
    Time to re-look at ETP and NKEA, says corporate leader

    It is time for the country to re-look at the Economic Transformation Programme (ETP) and the National Key Economic Areas (NKEA) programmes in order to evaluate the effectiveness of the government plans in actually boosting the country's economy. …

  • How Umno exploits fears of Pakatan among Malays
    How Umno exploits fears of Pakatan among Malays

    INTERVIEW Umno has successfully exploited the fears many Malays that a stronger Pakatan Rakyat would mean a dominant DAP, said PAS central committee member Dr Dzulkefly Ahmad. …

Oleh Md Izwan

PETALING JAYA, 6 Okt — Mantan Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali menasihati para pemimpin Pakatan Rakyat (PR) supaya lebih berhati-hati apabila mengeluarkan kenyataan kepada wartawan bagi mengelak pergeseran seperti yang berlaku antara naib presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dan setiausaha agung Pas, Datuk Mustafa Ali.

Kontroversi bermula apabila laporan akhbar Sinar Harian membuat laporan mengatakan Azmin membayangkan Selangor bakal mendapat menteri besar baru yang kemudiaannya mengundang campur tangan Mustafa yang mengatakan isu tersebut tidak pernah dibincangkan dikalangan parti PR.

"Pemimpin Pakatan perlu berwaspada terutamanya apabila bercakap dengan media.

"Saya lihat perkara ini semakin menjadi-jadi, walaupun isu itu kecil ia mampu mewujudkan persepsi buruk nanti," kata Syed Husin (gambar) semasa ditemui The Malaysian Insider pada pelancaran buku memoirnya berjudul "Memoirs of Political Struggle".

Syed Husin juga menggulas tentang persediaan PR untuk mempertahankan Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti dengan menyatakan keyakinan PR mampu kekal memerintah negeri tersebut.

"Jika prestasi semasa dikekalkan, saya rasa Selangor akan kekal milik PR.

"Cuma masalahnya sekarang ialah masih banyak isu daftar pemilih yang diragui belum lagi diselesaikan oleh SPR," tambah Syed Husin.

Mengenai cabaran oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya PR menubuhkan kabinet bayangan, Syed Husin berkata tindakan tersebut adalah petunjuk bahawa Umno sudah tiada modal hinggakan terpaksa isu remeh-temeh untuk menyerang PR.

"Gesaan tersebut adalah sangat remeh berbanding dengan langkah PR yang mahukan sebuah pentadbiran yang telus dan menghapuskan rasuah," kata Syed Husin membidas gesaan Najib.

Dalam laporan media lalu, Najib telah bertindak mencabar PR untuk menubuhkan kabinet bayangan yang masih belum ditunaikan.

"Jangan mahu tubuhkan kerajaan, tubuhkan dahulu kabinet bayangan itu. Tetapi tidak ada kerana apa?" kata Najib.

 

 

Loading...

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.