Tak perlu pinda akta, hanya pinda peraturan pilihan raya, kata wakil PSC Pakatan

  • In protest, family to take police custody victim’s remains to KL police Hq
    In protest, family to take police custody victim’s remains to KL police Hq

    KUALA LUMPUR, May 23 — The grieving family of N. Dharmendran, the latest person to die in police custody, will carry his body to the Kuala Lumpur police headquarters to perform prayers there, in a symbolic gesture of protest against an incident that has drawn condemnation from opposition politicians and rights groups.

  • Harakah seized as nationwide crackdown begins
    Harakah seized as nationwide crackdown begins

    KUALA LUMPUR, May 23 — Over 1,000 copies of PAS-owned Malay newspaper Harakah were carted off by Home Ministry officials from shops and several distribution centres in a nationwide raid today, as Putrajaya mounts an apparent crackdown against Pakatan Rakyat (PR) supporters.

  • PKR demands release of Tian Chua, Haris Ibrahim
    PKR demands release of Tian Chua, Haris Ibrahim

    KUALA LUMPUR, May 23 — PKR has demanded the immediate release of party vice-president Chua Tian Chang and activist Haris Ibrahim, calling the Najib administration hypocrites for using the Sedition Act even after promising to abolish the pre-independence law.

  • Foreigners commit 30pc of serious crimes in Sabah, RCI told
    Foreigners commit 30pc of serious crimes in Sabah, RCI told

    KOTA KINABALU, May 23 ― Foreigners are responsible for 30 per cent of index crime in Sabah, the Royal Commission of Inquiry (RCI) on illegal immigrants heard today amid a perceived spike in criminal offences.

  • PSC recommended fairer election system, DAP rep reminds BN, EC
    PSC recommended fairer election system, DAP rep reminds BN, EC

    KUALA LUMPUR, May 23 — Barisan Nasional (BN) was reminded today of recommendations approved last year by Parliament to improve the country’s current electoral system and for the coming redrawing of boundaries to ensure fair weightage is given to every vote.

Oleh Mohd Farhan Darwis

KUALA LUMPUR, 12 Julai — Ahli Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (PSC) berkenaan penambahbaikan pilihan raya Pakatan Rakyat hari ini menegaskan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak perlu meminda Akta Pilihan Raya bagi membolehkan rakyat Malaysia di luar negara untuk mengundi secara pos.

Anthony Loke, wakil daripada DAP sebaliknya menegaskan, SPR hanya perlu meminda Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, dan Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 dengan menambahkan kategori dalam peraturan sedia ada untuk membolehkan rakyat Malaysia di luar negara untuk mengundi ketika pilihan raya.

“SPR sudah mempunyai kuasa. Mereka tidak perlu meminda Akta Pilihan Raya, sebaliknya mereka perlu meminda peraturan-peraturan untuk pendaftar pemilih dan pengundian pos.

“SPR hanya perlu memasukkan kategori ke dalam peraturan tersebut untuk membolehkan mereka mengundi,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat DAP hari ini.

Jelas ahli Parlimen Rasah ini lagi, masa yang diambil untuk meminda akta berkenaan adalah terlalu lama dan hanya boleh dilaksanakan ketika sidang Parlimen akan datang pada September depan.

“Setiap pindaan akan ambil masa sekurang-kurangnya 6 bulan. Persidangan Parlimen akan datang pula memberikan tumpuan terhadap Belanjawan, kita hanya ada empat hari untuk meminda akta, mungkin tidak sempat.

“SPR boleh melakukannya dengan hanya meminda peraturan, seperti mana yang dilakukan untuk dakwat kekal,” tambah Loke lagi.

Loke turut menegaskan, SPR hanya perlu memberikan tafsiran terhadap pengundi pos dan ia sudah memadai.

“SPR membazir masa jika mahu meminda akta. Peruntukan sudah ada, SPR hanya perlu memberikan tafsiran jelas terhadap pengundi pos dan mekanismenya sahaja.”

Semalam, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, pihaknya sedang mengkaji keperluan untuk meminda undang-undang pilihan raya bagi membolehkan semua rakyat Malaysia mengundi secara pos dalam sesi Dewan Rakyat, September ini.

Namun begitu, beliau turut meletakkan syarat, rakyat Malaysia yang mahu menikmati kemudahan ini mesti berada dalam negara sekurang-kurangnya sekali dalam masa lima tahun beserta bukti dalam tempoh itu sebelum Dewan Rakyat dibubarkan.

Mengulas berkenaan perkara itu, wakil jawatankuasa PSC dari PAS, Dr Hatta Ramli menegaskan, SPR seharusnya tidak meletakkan sebarang syarat dalam perkara itu.

“SPR menjelaskan jika mereka (pengundi luar negara) tidak pulang ke Malaysia dalam masa lima tahun, mereka ini tidak akan mengetahui segala maklumat politik dalam negara ini.

“Sekarang kita sudah dikuasai oleh media sosial, dan saya tidak merasakan ia akan menjadi masalah. Maklumat mereka kadangkala melebihi maklumat rakyat Malaysia di negara ini,” katanya yang juga merupakan ahli Parlimen Kuala Krai.

Bagaimanapun, kedua-dua pemimpin ini juga turut mengalu-alukan keputusan SPR untuk membenarkan pengundi di luar negara untuk mengundi secara pos.

“Kami sokong tindakan SPR itu, namun kami merasakan mereka tidak perlu untuk meletakkan sebarang syarat.

“Apa yang lebih penting adalah bagaimana ia akan dijalankan dan menetapkan mekanisme yang berkesan jika SPR bercadang untuk membenarkan rakyat Malaysia di luar negara mengundi secara pos,” kata Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS itu.

Malah, Hatta juga turut menjelaskan, PAS amat mengambil berat perkara itu kerana khuatir undi mereka di luar negara akan dimanipulasi seperti yang berlaku kepada undi pos tentera dalam negara.

“Pakatan Rakyat memang pernah mencadangkan urusan undi pos di luar negara dipermudahkan bagi membolehkan rakyat Malaysia menunaikan tanggungjawab mereka.

“Kalau nak jalankan undi pos di luar negara, prosedur mesti telus ... dulu kita bantah undi pos karana tak telus dan dimanipulasi dan memang ada pendedahan dibuat,” tambahnya lagi.

Loading...

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.