Tambah anggota polis supaya rakyat rasa selamat, kata Fauzi Shaari

  • Black 505: Rafizi defies police
    Black 505: Rafizi defies police

    With about 48 hours left before Saturday's Black 505 rally, the standoff between the police and the organisers continues.In response to a police warning yesterday (June 19) that the organisers will be prosecuted if the rally is held, PKR strategy director Rafizi Ramli told The Malaysian Insider there was no change of plan. "We will continue with it," he said of the plan to hold the gathering at Padang Merbok in Kuala Lumpur."However, we are hopeful that closer to the date, the police will be …

  • Union comes up with business plan to save KTMB
    Union comes up with business plan to save KTMB

    The Railwaymen Union of Malaya (RUM) has come up with a business plan which it says can save Malaysia’s largest railway network. …

  • Flash mob to garner Black 505 Saturday rally support
    Flash mob to garner Black 505 Saturday rally support

    Armed with placards and banners, publicising the rally at Padang Merbuk on June 22, the supporters shouted slogans, calling for 'Reformasi' and the dissolution of the Election Commission. …

  • DAP MP petitions to disqualify 2 ministers, 3 deputy ministers
    DAP MP petitions to disqualify 2 ministers, 3 deputy ministers

    The recent appointments of two ministers and three deputy ministers were unconstitutional, DAP MP M. Kula Segaran said in a petition filed at the Kuala Lumpur High court today. …

  • PKR: Deputy IGP should not be an Umno stooge
    PKR: Deputy IGP should not be an Umno stooge

    PKR de facto leader Anwar Ibrahim has warned deputy inspector-general of police Bakri Zinin not to behave like an Umno division leader by curbing Saturday's 'Black 505' rally rally at Padang Merbok in Kuala Lumpur. …

Oleh Amin Iskandar
Penolong Pengarang Berita

SHAH ALAM, 9 Ogos — Untuk memulihkan persepsi rakyat terhadap keadaan jenayah yang berleluasa, kerajaan perlu menambahkan kehadiran anggota Polis Di Raja Malaysia (PDRM) tempat-tempat tertentu terutamanya di tempat yang mempunyai kadar jenayah tinggi supaya rakyat merasa selamat, kata bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari.

Menurut Fauzi juga, jika ini dilakukan, ia dapat membantu memulihkan persepsi rakyat yang negatif terhadap polis berikutan dengan kegagalan polis untuk mencegah pelbagai kejadian jenayah seperti yang dilaporkan oleh media akhir-akhir ini .

“Kita kena cuba memahami kehendak masyarakat,” kata Fauzi Shaari dalam temubual eksklusif bersama The Malaysian Insider. “Apa kehendak masyarakat? Tak lain tak bukan, police presence actually, kehadiran polis sana-sini.

“Walaupun dengan kehadiran anggota polis ada disana-sini tidak menjamin tidak berlakunya jenayah, sekurang-kurangnya masyarakat akan merasakan suasana yang lebih terjamin.

“Bagi saya kalau itu dapat dilakukan, ia akan membantu memulihkan persepsi masyarakat terhadap polis.”

Walaupun rakyat berada dalam ketakutan akibat banyaknya laporan media mengenai kejadian jenayah seperti samun, kerajaan tetap bertegas bahawa statistik yang diberikan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) menunjukkan kadar jenayah semakin menurun.

Ketika masih bekhidmat dengan polis dahulu, Fauzi mengarahkan anggotanya untuk menggunakan pendekatan psikologi seperti membunyikan siren dan menempatkan anggota polis yang meronda dengan motosikal, kereta peronda dan berjalan kaki agar rakyat merasakan suasana dilindungi.

“Sewaktu zaman saya dulu, siang hari memanglah kita (polis) ronda sana-sini dengan motosikal di tempat-tempat tertentu bukan hanya petrol car, motosikal pun ada,” katanya lagi.

“Tempat-tempat yang sibuk-sibuk ni, jalan kaki pun ada supaya orang nampak kehadiran polis.

“Malam-malam hari, waktu saya jadi Ketua Polis Selangor, Sarawak pun sama, di tempat-tempat yang penduduknya berehat di rumah selepas Isyak tu, tetap saya suruh anggota ronda.

“Bila ronda itu, saya suruh mereka bunyikan juga siren sekali-sekala, siren ni ada dua gunanya, satu untuk kecemasan, satu lagi akan tambah keyakinan penduduk walaupun bising bagi yang sudah tidur kerana mereka tahu polis berada disekeliling.”

Bekas orang nombor tiga dalam PDRM itu mengejutkan arena politik negara lebih kurang dua bulan lalu apabila menyertai PAS pada 20 Mei lalu di kampung halamannya di Perak.

Fauzi menyerahkan sendiri borang keahliannya kepada presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, sambil disaksikan oleh timbalannya, Mohamad Sabu.

Menurut Fauzi lagi, kehadiran anggota polis itu penting kerana masyarakat umumnya faham bahawa jenayah kadangkala tidak dilakukan oleh penjenayah tegar tetapi dilakukan kerana terdapatnya peluang atau crime opportunity.

Untuk mencari jalan penyelesaian terhadap permasalahan ini, Fauzi juga mencadangkan untuk mengaktifkan lagi polis komuniti seperti Rakan Cop.

“Public (orang awam) pun faham orang kata penjenayah ni kadangkala bukan penjenayah sangat tetapi kerana ada crime opportunity (peluang melakukan jenayah),” katanya lagi.

“Kalau tak ada polis, bukan hanya polis, maksudnya orang ramai pun bila tengok masyarakat disatu-satu tempat macam tak ada jalinan dan masing-masing saja kan, dia akan jadi berani untuk buat jenayah.

“Tapi kalau kita dominate (dominasi) dalam bentuk community policing (polis komuniti) ke sesuatu kawasan itu akan terlihat adanya jalinan hubungan diantara penduduk, benda ni dia boleh sense tau.”

Dalam sejarah politik Malaysia, inilah kali pertama orang nombor tiga dalam polis menyertai parti politik pembangkang.

Fauzi memecahkan rekod dalam dunia kepolisian dan politik apabila menjadi bekas anggota paling kanan yang menyertai PAS.

Loading...

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.