Tee Hui Yee meninggal dunia selepas mengadu sakit dada

  • Forego remand appeal to gain public favour, Kit Siang tells cops
    Forego remand appeal to gain public favour, Kit Siang tells cops

    BY CLARA CHOOIASSISTANT NEWS EDITOR KUALA LUMPUR, May 25 ― The police should not appeal yesterday’s decision by a magistrate to deny remand on two opposition figures and an activist if it wants to regain public confidence, Lim Kit Siang said today.

  • Anwar broke treaty with Najib by protesting polls results, reveals WSJ
    Anwar broke treaty with Najib by protesting polls results, reveals WSJ

    BY CLARA CHOOIASSISTANT NEWS EDITOR KUALA LUMPUR, May 25 ― Former Indonesian vice-president Jusuf Kalla has accused Datuk Seri Anwar Ibrahim of reneging on a peace deal to respect the outcome of Election 2013 that he brokered between the opposition leader and Datuk Seri Najib Razak in April.

  • Malaysians among world’s economic Pollyannas, says US pollster
    Malaysians among world’s economic Pollyannas, says US pollster

    By Debra ChongAssistant News Editor KUALA LUMPUR, May 25 ― Malaysians are among the most upbeat people in the world about the economy, believing the state’s coffers to be robust, their personal purses in good shape and their children’s future prospects to be even better, according to a US survey of 39 countries released this week.

  • PKR to delay party polls
    PKR to delay party polls

    PETALING JAYA, May 25 ― PKR will delay its party elections originally scheduled for this November, owing to a disruption by the country’s 13th general election.

  • Restore democracy together before national reconciliation, PKR tells BN
    Restore democracy together before national reconciliation, PKR tells BN

    PETALING JAYA, May 25 ― PKR today told political rival Barisan Nasional (BN) to work together to restore the country’s democracy first before embarking on efforts to reconcile Malaysia after the May 5 general elections.

BATU PAHAT, 18 Sept (Bernama) -- Tee Hui Yee, gadis yang pernah menjalani pembedahan pemindahan jantung pada lima tahun lepas, meninggal dunia hari ini selepas mengadu sakit dada dan belakang sejak semalam.

Hui Yee, 19, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 10.02 pagi di Hospital Batu Pahat, selepas dihantar keluarganya dari rumah mereka di Kampung Parit Besar di sini, ke hospital berkenaan kira-kira pukul 9 pagi.

Ibunya, Dina Bato Sambua, 51, berkata anak bongsu daripada empat beradik itu mengadu sakit dada dan belakang serta mengalami muntah kira-kira pukul 11 malam semalam selepas pulang dari makan malam di sebuah restoran stimbot bersama seorang rakan.

"Kira-kira pukul 8 pagi tadi, dia sekali lagi meminta saya mengurut bahagian dada dan belakangnya. Dia sempat menjamah sekeping roti bersama kaya sebelum kembali muntah. Saya cuba memujuknya ke hospital tetapi dia enggan sambil mengatakan dia hanya mengalami sedikit sakit," katanya yang ditemui di pusat persemadian, di Jalan Fatimah, di sini hari ini.

Dina berkata dia kemudian memanggil suaminya, Tee Ah Soon, 57, yang berada di luar rumah untuk tindakan lanjut selepas mendapati keadaan gadis itu yang semakin teruk.

Menurut Dina, Hui Yee sepatutnya mula bekerja sebagai guru tadika di sebuah sekolah di Taman Maju, di sini, hari ini dan anaknya itu turut memintanya memasakkan sejenis mee sempena ulang tahun kelima pembedahan pemindahan jantung,

5 Okt depan.

"Saya tidak sangka dia sakit kerana dia sentiasa nampak gembira dan tidak pernah mengadu sebarang sakit. Kami baru sahaja pulang dari Kuala Lumpur selepas dia menjalani pemeriksaan susulan di Institut Jantung Negara, Khamis lepas,"

katanya sambil menambah mayat anaknya itu akan dibakar, Khamis ini.Sementara itu, Ah Soon, yang merupakan pekebun sayur, pula berkata dia sempat memberi bantuan pernafasan mulut ke mulut kepada anaknya selama 10 minit selepas mendapati gadis itu tidak sedarkan diri.

Ah Soon berkata dia kemudian bergegas membawa anaknya ke hospital, bagaimanapun, pihak hospital percaya Hui Yee sudah meninggal dunia ketika masih berada di rumah.

Kakak Hui Yee, Tee Lee Ching, 30, pula berkata adiknya sempat meluahkan hasrat untuk berkunjung ke taman tema Legoland menerusi perbualan telefon, Ahad lepas.

"Hui Yee melihat gambar saya bersama dua anak yang dimuat naik di laman Facebook. Dia bertanyakan harga tiket ke taman tema itu dan meminta saya membawanya ke tempat berkenaan apabila ada kelapangan. Saya berasa terkilan kerana tidak berpeluang membawanya ke sana," katanya.

Kisah Hui Yee yang menderita sakit jantung mendapat liputan meluas media apabila dia terpaksa bergantung nyawa selama setahun dengan jantung mekanikal ekoran tiada penderma jantung.

Pada 4 Okt 2007, Hui Yee menjalani pembedahan pemindahan jantung yang didermakan keluarga lelaki Melayu dari Sitiawan, Perak tetapi tubuhnya menunjukkan penolakan sebelum dia sekali lagi menjalani pembedahan tersebut hasil organ yang disumbangkan seorang lelaki Cina dari Kangkar Pulai, dekat Johor Baharu, keesokan harinya.

Jantung ''baru'' Hui Yee itu didermakan keluarga Chin Yoon Kiong yang membuat keputusan untuk mendermakan jantung mendiang selepas mangsa koma akibat kemalangan jalan raya.

Loading...

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.