Memandangkan apa yang Google ingin melakukan melalui platform mudah-alih mereka - yang mana kini digunakan pada pelbagai peranti berbeza saiz - setiap kemaskini perlu direkabentuk secara fleksibel supaya para pembangun dan pengguna boleh menggunakannya dengan mudah dan mempelajarinya dngan pantas. Masanya telah tiba untuk menyatukan pengalaman pengguna dan juga perasaan pada paltform tersebut.
01 - Ringkas, Cantik, Dan Lebih Pintar
Untuk menjayakan perkara ini, melalui kemaskini terkini Android 4.0 (Ice Cream Sandwich), pasukan pembangun Google telah pun ditanya "apakah visi untuk membawakan evolusi seterusnya pada platform tersebut" kata Matias Duarte, ketua bahagian pengalaman pengguna Android untuk Google.
Ringkas, Cantik, Dan Lebih Pintar
Android 4.0 dibangunkan dengan mengutamakan apa yang para pengguna suka pada Android, serta menambah lebih banyak cara baru untuk berkomunikasi dan berkongsi.
02 - Evolusi Antaramuka Yang Lebih Kemas
Evolusi Antaramuka Yang Lebih Kemas
Android 4.0 membolehkan fungsi yang biasa digunakan dikawal dengan lebih senang, dan menavigasi antara satu sama lain dengan pantas dan mudah, serta membawakan sentuhan intuitif. Animasi yang dikemaskini dan maklumbalas menjadikan interaksi lebih menarik lagi. Bentuk tulisan baru juga dioptimasikan untuk skrin beresolusi tinggi, membolehkan ianya dibaca dengan mudah pada sebarang saiz skrin, serta memberikan pengalaman yang lebih moden lagi.
03 - Folder skrin utama dan talam kegemaran
Folder skrin utama dan talam kegemaran
Folder skrin utama yang baru menawarkan cara baru untuk para pengguna menyatukan sesuatu aplikasi atau butang akses pantas, iaitu dengan hanya menarik sesuatu ikon aplikasi terus ke atas sesuatu ikon aplikasi yang lain. Pengguna juga boleh menarik sesuatu aplikasi untuk mendapatkan lebih banyak maklumat berkaitan dengannya, ataupun membuangnya dengan pantas. Pada skrin bersaiz kecil, skrin utama dioptimasikan untuk memperlihatkan talam kegemaran pada semua skrin utama.
04 - Sokongan Kunci Skrin Baru
Sokongan Kunci Skrin Baru
Daripada hanya membuka kunci skrin dengan menyapu pada skrin, kini para pengguna boleh terus mengakses kamera daripada skrin kunci, selain melihat notifikasi untuk menyemak mesej terus daripadanya. Sekiranya pengguna sedang mendengar lagu ketika itu, mereka boleh menguruskan lagu yang dimainkan dan melihat rekabentuk kulit album melaluinya.
05 - Face Unlock
Face Unlock
Android 4.0 memperkenalkan salah satu cara baru untuk menjadikan peranti anda lebih selamat daripada diceroboh pihak lain, dimana para pengguna boleh menggunakan fungsi Face Unlock - membolehkan para pengguna nyah-kunci akan skrin dengan mudah menggunakan wajah anda, berbeza dengan sebelumnya, dimana ia menggunakan kata laluan yang mudah diceroboh.
Hanya Menyapu Untuk Memadamkan Notifikasi, Tab Pelayar Web Dan Mematikan Aplikasi Yang Sedang Digunakan
Para pengguna kini boleh memadamkan sesuatu notifikasi itu satu per satu, selain pada masa yang sama, selain mana membuang aplikasi daripada senarai Recent Apps, serta menutup tab pada pelayar web dengan hanya menyapu pada skrin sahaja.
07 - Enjin Input Suara Yang Lebih Berkuasa
Enjin Input Suara Yang Lebih Berkuasa
Enjin input suara baru yang lebih berkuasa menawarkan pengecaman suara berterusan. Enjin input suara baru membolehkan para pengguna membacakan teks yang dikehendaki, sepanjang yang mereka inginkan, menggunakan sebarang bahasa yang diingini. Para pengguna juga boleh bercakap secara berterusan untuk jangka masa yang panjang, dan menghentikannya seketika jika diperlukan.
Orang Dan Profil
Kumpulan sosial, profil, dan senarai hubungan diintegrasikan antara satu sama lain, membolehkan anda mengakses dengan lebih pantas. Aplikasi People yang serba baru juga memberikan maklumat seseorang itu dengan informasi yang diperkaya, serta menyertakan gambar profil yang lebih besar, nombor telefon, alamat, akaun, kemaskini status, dan butang baru untuk berhubung melalui rangkaian sosial yang diintegrasikan. Profil milik pengguna sendiri disimpan pada menu "Me", membolehkan anda berkongsi dengan yang lain melalui aplikasi dan sebagainya.
09 - Kebolehan kamera yang diperkaya dan serba boleh
Kebolehan kamera yang diperkaya dan serba boleh
Apabila merakamkan gambar, sokongan fokus berterusan, sifar masa pengatup, dan juga masa untuk merakamkan gambar yang lebih pantas dari satu rakaman ke yang lain membolehkan para pengguna merakamkan gambar yang lebih cantik dan jitu. Kebolehan zoom gambar yang stabil membolehkan para pengguna merakamkan gambar dan video dalam cara yang diingini. Untuk cara fleksibel baru merakamkan gambar, para pengguna kini boleh merakamkan paparan dalam bentuk resolusi penuh dengan hanya sentuh pada skrin ketika merakamkan video. Untuk memudahkan rakaman gambar rakan-rakan, kini ia turut didatangkan bersama sokongan pengecaman wajah, dan memfokuskan kepada mereka secara automatik
10 - Pelayaran web yang lebih berkuasa
Pelayaran web yang lebih berkuasa
Pelayar web Android kini membolehkan para pengguna untuk sync dan uruskan bookmark pada pelayar web Google Chrome, dan melayari laman web yang disukai mereka dengan pantas, ataupun menyimpannya untuk dibaca pada kemudian hari.
By 
