Malaysia Elections 2013

TERENGGANU ANJUR PERTANDINGAN CITRA BOT BERHIAS BULAN DEPAN

KUALA TERENGGANU, 9 Sept (Bernama) -- Kerajaan negeri Terengganu akan

menganjurkan pertandingan ''Citra Bot Berhias'' sempena perasmian Payang Walk

berhampiran Pasar Kedai Payang di sini, pada 6 Okt ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan

Terengganu Datuk Abdul Rahin Mohd Said berkata pertandingan berkonsepkan

pelancongan itu bakal disertai semua pejabat daerah di negeri itu serta

beberapa jabatan kerajaan.

"Bagi daerah, terpulang kepada mereka apa yang ingin ditonjolkan untuk

menepati tema keindahan dan kebudayaan di daerah masing-masing untuk diselarikan

dengan konsep Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2013.

"Mereka juga boleh memasukkan elemen Satu Daerah Satu Industri untuk

menampilkan keistimewaan daerah itu yang boleh menarik kedatangan pelancong,"

katanya kepada pemberita pada Majlis Jamuan Aidilfitri Kementerian Pelancongan

Malaysia negeri Terengganu dan Pejabat Pembangunan Negeri Terengganu, di sini

hari ini.

Beliau berkata Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin dijangka

berkenan merasmikan pertandingan itu yang juga diadakan bersempena sambutan hari

keputeraan baginda.

-- LAGI

BOT-BERHIAS 2 (AKHIR) KUALA TERENGGANU

Mengulas mengenai promosi makanan tradisional Terengganu di Hotel Seri

Pacific, Kuala Lumpur baru-baru ini, Abdul Rahin berkata promosi itu mendapat

sambutan menggalakkan.

"Sepanjang promosi selama dua minggu itu, empat menu diketengahkan dan

bertukar ganti setiap hari, termasuk makanan tradisional antaranya nasi dagang,

singgang sotong, ayam kerutub Terengganu, gulai tulang rawan Terengganu dan

telur itik masak lemak," katanya.

Bagi mengekalkan keaslian dan kualiti rasa makanan, chef dari Terengganu

ditugaskan memasak makanan tradisional tersebut sepanjang promosi berlangsung.

Abdul Rahin berkata kerajaan negeri Terengganu yakin sambutan hangat

terhadap makanan tradisi Terengganu akan berterusan dengan kedatangan pelancong

sempena TMT 2013 ini.

-- BERNAMA

KAK FBR NM

Loading...

MORE ELECTION STORIES

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.