
Dimensi: 119 x 62,4 x 12.5 mm
Skrin: Skrin sentuh kapasitif 3,7-inci 480 x 800 TFT
Memori: 512 RAM, 8 GB Memori dalaman
Chipset: Qualcomm MSM8255 Snapdragon
Kamera: 5 MP, autofokus LED flash
Nilai: 9/10
Ciri-ciri: 8/10
Prestasi: 9/10
Rekaan: 9/10
Penggunaan: 8/10
Hasil Ujian: telefon kelas pertengahan yang baik
Sebab Majalah Tech Sukakannya: Sesuatu yang berbeza.
Skor: 8.6/10 (Amat disyorkan!)
Telefon Windows secara amnya tidak dipandang serius oleh orang ramai. Stigma dimana ia dijalankan pada platform Windows dan melayari Internet menggunakan Internet Explorer adalah lebih daripada cukup untuk membuat orang lari. Reputasi ini sebenarnya tidak adil, dimana Nokia berjaya menunjukkan sesuatu yang unik dengan Lumia 710.
Pastinya Tidak Bosan
Lumia 710 memang kelihatan cantik. Ia tidak nipis seperti telefon yang lain di pasaran, tetapi saiznya membezakannya dari telefon lain. Rekaan depan telefon ditandakan dengan bucu perak di sudut atas kanan yang membantu untuk membezakan dirinya daripada yang lain. Kasing warna yang bertukar juga membantu bagi orang-orang yang bosan dengan warna hitam, perak dan putih. Ia juga berat. Tidak mengikut trend untuk menghasilkan sesuatu yang teramat ringan, Nokia telah membina 710 supaya ia berat.
Windows Untuk Jiwa Anda!
Saya tidak pasti mengapa Telefon Windows OS tidak popular. Rekabentuk adalah sangat mudah, semuanya diminimumkan dan hampir elegan. Apa sahaja yang anda mahu ada pada skrin depan; yang saya mesti tekankan adalah seronok untuk diskrolkan. Antaramuka lancar walaupun ketika ia melompat dari skrin ke skrin. Ia tidak berfungsi seperti Android atau iOS, dan tidak semuanya di tempat yang sama, tetapi anda akan mendapati anda perlu mengambil sedikit masa untuk membiasakan diri.
Tiles
Skrin depan menggunakan satu set 'Tiles', yang lebih mudah untuk digunakan kerana ia direka untuk menjadi lebih besar daripada ikon pada platform lain. Telefon Windows direka supaya aplikasi dan fungsi yang paling banyak digunakan boleh diatur pada skrin depan untuk akses yang mudah, tetapi malangnya di situlah timbulnya masalah. Walaupun skrin depan kemas disusun dengan beberapa aplikasi yang lazim digunakan, semua yang lain dijadikan satu senarai. Satu senarai yang sebenarnya agak panjang jika anda tidak berhati-hati tentang apa yang anda muat turun dan pasang. Tiles pada skrin depan juga boleh digerakkan dan disusun semula, tetapi boleh menjadi agak kelam kabut jika anda meletakkan terlalu banyak benda, atau tersilap menyeret Tiles, atau anda bergerak dari timbunan bawah ke atas, atau anda berubah fikiran semasa menyusun.
Pelbagai Tugas
Ia tak boleh berbilang tugas. Atau lebih tepat lagi, aplikasi hanya boleh berjalan di latar belakang jika ia direka untuk berjalan di latar belakang. Kebanyakannya tidak. Walaupun Nokia Drive tidak boleh memuat turun peta di latar belakang. Sungguhpun begitu, siri Lumia dilengkapi dengan MS Office, yang merupakan satu bonus besar bagi orang-orang yang mahu menggunakan telefon mereka untuk sesuatu yang lebih produktif daripada hanya panggilan dan e-mel. Digabungkan dengan hayat bateri 710 yang mencukupi, menjadikan ini pilihan yang baik untuk pengguna yang sentiasa bergerak.
By 
