Tips Penjagaan Cirit-birit di bulan Ramadan

SEPANJANG bulan Ramadan ini, pasti sahaja sudah terbayang bermacam jenis lauk-pauk dan juadah lain untuk menjadi santapan ketika berbuka.

Perlu diingat, berpuasa tidak perlu menjadi ‘tiket’ untuk anda menjamu selera sepuasnya waktu berbuka. Jika tidak, anda pasti berdepan beberapa masalah penghadaman yang lazim termasuk cirit-birit.


Punca cirit-birit:

•    Minum air minuman yang tidak dimasak sempurna atau ditapis bersih;

•    Meminum air tercemar;

•    Memasak makanan yang tidak dibersih dan dimasak dengan betul;

•    Memakan makanan yang dicemari oleh bakteria berbahaya contohnya bakteria E.coli atau Salmonella;

•    Parasit. Parasit yang boleh menyebabkan diarrhea termasuk giardia lamblia;

•    Penyakit usus. Luka atau kesan melecet di antara dinding usus juga boleh menggalakkan jangkitan kuman dan sindrom iritasi usus yang boleh mengakibatkan cirit-birit; dan

•    Tindak balas terhadap ubat-ubatan, antibiotik atau antikanser yang boleh mengakibatkan diarrhea;

Tip Pencegahan Cirit-Birit

•    Cuci tangan sebelum makan;

•    Hanya makan makanan yang masih panas, yang disediakan dan dimasak dengan betul;

•    Elakkan daripada makan buah-buahan, sayur-sayuran yang belum dibasuh dan elakkan daripada makan makanan tenusu atau daging mentah;

•    Minum air daripada bekalan air bersih, dibotolkan atau air yang telah dimasak. Elakkan minum minuman keras dan berkafein kerana cirit-birit boleh bertambah teruk; dan

•    Pastikan anak anda berada di rumah semasa mengalami jangkitan cirit-birit.

Simptom

•    Ketidaknormalan kerap berlaku dalam pergerakan usus;

•    Kehilangan banyak air dan najis yang tidak dicerna sepenuhnya;

•    Terasa kejang di bahagian perut atau sakit menyengat di bahagian hulu hati;

•    Perut kembung;

•    Bunyi air dapat didengar apabila bahagian abdominal dipicit; dan

•    Pembuangan najis cair dan berair berterusan, serta rasa ingin muntah.