Toshiba Portege Z830

Toshiba Portege Z830

Toshiba juga kini mempunyai ultrabooknya sendiri dengan model Portege Z830 yang seringan 1.12kg dan senipis 15.9mm.Berlandaskan konsep mudah bawa, Portege masih berkuasa. Terima kasih kepada Intel yang masih mampu memampatkan pemproses Intel Core i5-2467M dengan teknologi Turbo Boost untuk kepantasan yang best. Paparan skrinnya menjadi poin berharga buat Toshiba apabila ia memang terang dengan saiz 13.3 inci WXGA HD dengan nyalaan LED beresolusi 1366 x 768 piksel. Salah satu penyebab mengapa laptop ini nipis ialah keupayaan cakera keras jenis SSD 128GB untuk simpanan memori. Toshiba juga masih mengekalkan sambungan USB3.0 dan USB2.0 sebanyak 2 port dengan kemampuan mod cas dan tidur. Bermakna anda tidak perlu membuka laptop kalau mahu mengecas peralatan berasaskan USB.

How do you feel about this article?

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.