Toshiba Ultrabook Satellite U840
Ultrabook terbaru daripada Toshiba, Satellite U840 datang dengan prestasi yang tinggi dan tahan lasak dalam penggunaan seharian. Chasis aluminiumnya memastikan ultrabook ini sentiasa teguh. Di dalam badan yang teguh ini terdapat prosessor Intel Core generasi kedua dan juga untuk storan, SSD sebesar 128GB tersedia ada untuk kegunaan pengguna. Ianya juga datang dengan cakera keras hybrid untuk mereka yang ingin storan yang lebih besar. Dengan teknologi Toshiba Hi-Speed Start, anda akan boleh menggunakan ultrabook ini dalam masa beberapa saat sahaja!. Ultrabook ini juga memiliki teknologi Toshiba USB Sleep & Charge yang membolehkan pengguna untuk meng-cas peranti anda dengan port USBnya, tanpa perlu membuka ultrabook ini. Skrin 14 inci dan juga sistem suara dengan teknologi SRS Premium Sound 3D melengkapkan pakej yang cukup menarik ini.
By 