Tuduhan Rafizi terhadap saya lebih kejam, kata Shahrizat

Oleh Lisa J Ariffin

KUALA LUMPUR, 10 Ogos — Pertuduhan nepotisme dari Rafizi Ramli terhadap Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan keluarganya berkenaan isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) adalah lebih kejam daripada memanggilnya pembelot kepada agama, kata bekas menteri itu kepada Mahkamah Tinggi hari ini.

“Yang mana lebih kejam, pertuduhan anda terhadap anak guam saya, atau kenyataan anda dengan memanggilnya ‘pembelot kepada agama’?” kata peguam Rafizi, Ranjit Singh, kepada Shahrizat.

“Apa yang anak guam anda tuduh kepada saya,” jawab Shahrizat.

Dia menggunakan istilah tersebut kepada Rafizi berikutan pendedahan terhadap projek NFC.

Dia memanggil Rafizi sebagai anak derhaka, pembelot kepada agama, dan penghancur bangsa dalam mesyuarat agung Umno pada 30 November lalu, apabila pengarah strategi PKR itu menyuruhnya bertaubat.

Dalam soaljawab dengan peguam Rafizi, Shahrizat berterusan mengulangi kenyataannya bahawa dia tidak tahu tentang suaminya membida untuk projek penternakan lembu melalui NFC, dan berkata beliau tidak terlibat dalam membantu keluarganya dalam mendapat projek persekutuan.

“Saya tidak tahu syarikat suami saya telah dianugerahkan projek itu,” katanya dalam kenyataan bersumpah hari ini, dalam menyaman Rafizi dan ahli parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, dalam skandal NFC.

“Saya hanya mengetahuinya sekitar tahun 2006 atau 2007 setelah suami saya mahu anak-anak kami untuk pulang dari luar negara untuk bekerja dalam projek yang dianugerahkan oleh kerajaan.”

Beliau juga berkata beliau tidak menyedari bahawa suaminya sudah dianugerahkan projek pada 2006, dan “hanya mengetahui bila dia memberitahu dalam tahun 2007”.

“Hanya selepas suami saya mahu anak-anak saya pulang baru saya mengetahuinya,” katanya lagi.

Ketiga-tiga anak Shahrizat, Wan Shahinur Izmir, Wan Shahinur Izran dan Wan Izzana telah dilantik menjadi pengarah NFCorp pada Disember 2006 hingga November 2007.

Shahrizat, yang menjadi menteri ketika projek itu dianugerahkan kepada keluarganya pada tahun 2006, meletak jawatan dalam Kabinet pada awal April, kerana pertuduhan itu terhadap keluarganya.

Pembangkang sebelum ini mendakwa pengarah NFCorp yang menjalankan projek ternakan itu telah menyeleweng sebanyak RM250 juta dalam bentuk pinjaman untuk projek penternakan persekutuan itu.

NFCorp dimiliki oleh suami Shahrizat, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, dengan tiga orang anaknya.

Mohamad Salleh dan salah seorang dari anaknya telah hadir dalam mahkamah tinggi yang dihakimi oleh hakim Vazeer Alam Mydin Meera.

Shahrizat, yang menyaman Rafizi dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin, telah diwakili oleh peguam terkemuka Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah.

Rafizi yang sebelum ini membangkitan persoalan tentang NFC ketika Shahrizat masih dalam Kabinet, tetapi hanya pengerusi NFCorp itu sahaja telah didakwa di mahkamah.

Pada 12 Mei, Mohammad Salleh telah mengaku tidak bersalah dalam Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan pecah amanah melibatkan RM49.7 juta dana NFCorp untuk membeli dua kondominium mewah.

Minggu lalu, Rafizi yang menjadi orang paling lantang bersuara dalam skandal ini, telah didakwa bersama bekas kerani Public Bank atas Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (BAFIA) kerana membocorkan dokumen bank yang melibatkan NFCorp.

Kedua mereka boleh didenda maksimum RM3 juta atau penjara sehingga tiga tahun jika didapati bersalah.

Loading...

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.