TUNGGAKAN GAJI KLFA SELESAI SEBELUM AIDILFITRI - ASTAMAN

  • PKR mulls delaying party polls
    PKR mulls delaying party polls

    PETALING JAYA, May 22 — PKR is considering delaying its party elections, initially scheduled for November, as the Pakatan Rakyat (PR) anchor party is still recovering from a “fierce” Election 2013 battle, its secretary-general Datuk Saifuddin Nasution said today.

  • Gerakan pleads for BN to open up direct membership
    Gerakan pleads for BN to open up direct membership

    KUALA LUMPUR, May 22 ― Barisan Nasional (BN) must consider letting people join directly and without regard to ethnicity if the coalition wished to survive future elections, Gerakan said today, cautioning that young voters were increasingly turned off by the race-based parties.

  • Penang Umno Youth leader denies role in assault of MP’s aides
    Penang Umno Youth leader denies role in assault of MP’s aides

    GEORGE TOWN, May 22 ― Penang Umno Youth deputy chief Norman Zahalan has denied involvement in the scuffle that broke out during a candlelight vigil at Sungai Dua here on Monday night.

  • Council lodges police report over USM student safety
    Council lodges police report over USM student safety

    GEORGE TOWN, May 22 — The Universiti Sains Malaysia (USM) student representative council lodged a police report today urging PDRM to safeguard student safety.

  • DAP agrees to reveal assets publicly, rubbishes ‘secret declaration’ to MACC
    DAP agrees to reveal assets publicly, rubbishes ‘secret declaration’ to MACC

    BY CLARA CHOOIASSISTANT NEWS EDITOR KUALA LUMPUR, May 22 ― The DAP’s elected representatives are prepared to declare their assets in public and disagreed with a “secret declaration” to the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) alone, federal lawmaker Tony Pua said today.

KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- Masalah tunggakan gaji yang dihadapi

pasukan Kuala Lumpur sejak Mei lepas akan diselesaikan berikutan jaminan

daripada Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib.

Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Datuk Astaman Abdul Aziz

berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan membuat pembayaran kepada para

pegawai dan jurulatih KLFA dalam masa terdekat sebelum sambutan Aidilfitri ini.

Beliau berkata Ahmad Phesal juga bersetuju menjadi penasihat KLFA, selain

memberi jaminan berhubung bayaran gaji dua pemain importnya iaitu Zakaria

Charara dari Lubnan dan Emmanuel Okine dari Ghana, yang kini bercuti di negara

masing-masing.

Menurut Astaman, gaji pemain-pemain tempatan KLFA dibayar oleh DBKL pada

minggu lepas.

Mengenai saingan Liga Perdana yang bakal ditempuhi KLFA musim depan, beliau

berkata persatuan itu perlu membuktikan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia

(FAM), keupayaan mereka membayar gaji pemain dan pegawai yang sebelum ini sering

membelenggu persatuan itu.

-- LAGI

SUKAN-KLFA (GAJI) 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR

"Kita kena buktikan terlebih dahulu kepada FAM bahawa kita mempunyai dana

yang mencukupi untuk membuat pembayaran kepada pemain dan pegawai pasukan untuk

semusim.

"Oleh itu, kita akan bekerjasama dengan DBKL merangka satu strategi yang

bersesuaian supaya kegagalan membayar gaji pada masanya tidak berulang lagi

pada masa akan datang," kata Astaman.

Skuad KLFA akan bersaing dalam Liga Perdana musim depan selepas menduduki

tangga terakhir pada saingan Liga Super musim ini dengan mengumpul hanya

lima mata sahaja selepas mengharungi 26 perlawanan liga.

-- BERNAMA

MCYS NAK HBS1

Loading...

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.