Advertisement

U Mobile Memperkenalkan UMI 48, cara baru untuk berhubung ke internet.

Mereka yang inginkan lebih banyak data untuk langganan prabayar mereka sekarang boleh melanggan pakej baru dari U Mobile yang dipanggil Unlimited Mobile Internet (UMI) 48, variasi daripada pakej-pakej UMI mereka.

Hanya dengan membayar RM48, pelanggan yang menggunakan telefon pintar dan tablet boleh mendapat data sebanyak 2GB, 100 minit panggilan percuma ke semua rangkaian di Malaysia, dan 30 SMS percuma ke semua rangkaian.

“UMI 48 memberikan pelanggan kami kepuasan dan keselesaan, berbanding sebelum ini di mana mereka perlu menambah ke akaun mereka beberapa kali sebulan untuk mendapatkan jumlah data yang serupa seperti UMI 48. Kini pelanggan kami boleh sentiasa berhubung bersama keluarga dan rakan kenalan sentiasa sambil memaksimakan penggunaan peranti pintar mereka,” kata Jaffa Sany Ariffin, CEO U Mobile.

Pelanggan kini boleh melanggan UMI 48 terus dari telefon mereka dengan hanya menghantar “ON UMI 48” ke 28118. Senang saja.