Oleh Lisa J. Ariffin
KUALA LUMPUR, June 16 – Syarikat UDA Holdings Sdn Bhd akhirnya mengesahkan penyelesaian RM165 juga dengan Pulau Pinang hari ini untuk menyelesaikan isu membabitkan pembangunan semula Kampung Tanjong Tokong yang berusia 250 tahun.
Apabila dihubungi The Malaysian Insider, Pengerusi UDA Datuk Nur Jazlan Mohamad mengesahkan persetujuan antara anak syarikat kementerian kewangan itu dengan penduduk Tanjong Tokong.
“Ia dilakukan dengan bantuan Guan Eng sebagai ketua menteri,” kata Nur Jazlan hari ini, dan menambah, Lim “berjaya menguruskan kerajaan negeri dan UDA dan setinggan untuk mencapai matlamat ini.
“Ini adalah contoh kerjasama antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri,” tambahnya.
Sejumlah 197 keluarga hari ini menandatangani perjanjian persetujuan, membuka jalan untuk pembangunan semula 1,200 unit rumah bernilai RM300,000 setiap satu.
Sesi tersebut antara UDA dan penduduk hari ini disaksikan oleh Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Datuk Mansor Othman.
Isu membabitkan penduduk tersebut telah berlarutan terlalu lama, antara kanpung tertua masyarakat Melayu.
UDA, sebuah agensi kerajaan diberikan tugas untuk membangunkan semula kawasan Melayu itu di kawasan bandar sejak Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein pada 1972 namun perbincangan tersebut gagal menemui penyelesaiannya.
Nur Jazlan, yang juga Ahli Parlimen Pulai, sebelum ini berkata pembangunan rumah baru adalah bukti usaha UDA untuk melindungi hak Bumiputera walaupun penduduk Tanjong Tokong menolak rancangan tersebut.
Penduduk Tanjong Tokong menuntut kerajaan pusat memberikan RM300 juta untuk pembangunan semula kawasan tersebut seperti mana Kampung Baru, kawasan berusia 111 tahun bersebelahan Menara Berkembar Petronas.
Pakatan Rakyat mula mengambil bahagian dalam kemarahan penduduk terhadap pentadbiran Najib untuk membangunkan kawasan tersebut di tengah-tengah Kuala Lumpur.
Kampung Baru yang terletak di kawasan Palimen Titiwangsa sebelum ini adalah kubu Umno, bagaimanapun tewas kepada PAS sewaktu Pilihan Raya Umum 2008.


