UiTM JUARAI KEJOHANAN PENCAK SILAT PIALA ANTARABANGSA TPM

BATU PAHAT, 22 Sept (Bernama) -- Skuad pesilat Universiti Teknologi Mara

(UiTM) berjaya mengungguli Kejohanan Pencak Silat Antarabangsa Piala Timbalan

Perdana Menteri 2012, setelah muncul juara keseluruhan peringkat universiti

tempatan pada kejohanan di pusat beli belah Square One, Batu Pahat, hari ini.

UiTM berjaya mengatasi 32 buah institut pengajian tinggi (IPT) tempatan yang

mengambil bahagian dalam kejohanan edisi ketiga yang berlangsung selama enam

hari, bermula 17 Sept lalu.

UiTM berjaya mengumpul lapan pingat emas, satu pingat perak dan tiga pingat

gangsa sekali gus mengatasi penyandang juara 2011, iaitu Universiti Pertahanan

Nasional Malaysia (UPNM).

UPNM yang menduduki tempat kedua sekadar mengutip empat pingat emas, dua

pingat perak dan empat pingat gangsa, manakala tempat ketiga disandang

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kutipan tiga pingat emas, tiga

perak dan dua gangsa.

Pengurus pasukan silat UiTM, Said Saad berkata ini merupakan kali pertama

UiTM menjadi juara keseluruhanan sejak kejohanan itu diperkenalkan pada 2010.

-- LAGI

SUKAN-SILAT 2 (AKHIR) BATU PAHAT

"Kejayaan hari ini adalah hasil usaha berpasukan yang disusun sendiri

pasukan UiTM yang bekerja sebagai sebuah keluarga besar," katanya kepada

Bernama hari ini.

Said berkata kejohanan seperti ini bukan hanya menyumbang kepada pembangunan

sukan silat olahraga peringkat IPT tempatan, malah turut memberi kesan positif

kepada pembangunan sukan silat dunia.

Beliau yang juga Pegawai Sukan UiTM Kampus Shah Alam berkata penganjuran

kejohanan seumpama ini secara tidak langsung menarik minat lebih ramai mahasiswa

untuk terus memilih silat sebagai seni bela diri.

-- BERNAMA

AMA RV RAM

Loading...

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.

  • Dr Mahathir regrets Internet freedom The Malaysian Insider
    Dr Mahathir regrets Internet freedom

    Tun Dr Mahathir Mohamad admitted today he might have made a mistake in giving guarantees for Internet freedom, which has been blamed for empowering and enabling opposition parties to win more seats in the 13th general election. …

  • Tarik balik kad pengenalan pendatang, usul ahli Parlimen BN kepada RCI The Malaysian Insider

    Oleh Mohd Farhan Darwis …

  • Malaysia Haze: Air Pollutant Index (API) Yahoo Newsroom
    Malaysia Haze: Air Pollutant Index (API)

    Malaysia's Air Pollutant Index (API), updated daily …

  • Goodbye to the national car, Proton The Malaysian Insider
    Goodbye to the national car, Proton

    The last vestiges of the national car project will disappear as soon as Putrajaya replaces its fleet of ageing Proton Perdana V6 limousines with Honda Accords, while the Pahang government has opted for the Volkwagen Passats. …

  • Selamat jalan kereta nasional, Proton The Malaysian Insider

    Oleh Jahabar Sadiq, Pengarang Sisa-sisa projek kereta nasional akan berakhir tidak lama lagi kerana Putrajaya akan menggantikan penggunaan Proton Perdana V6 yang telah lama sebagai limosin rasmi dengan Honda Accord sementara kerajaan negeri Pahang akan menggunakan Volkswagen Passat. …