ULTRABOOK ACER ASPIRE S5

Ultrabook Acer Aspire S5

Syarikat perkomputeran Acer memasarkan produk ultrabook terbaru mereka iaitu Acer Aspire S5 yang dikemaskini selepas berjaya dengan S3 mereka yang dilancarkan akhir tahun lalu. Menariknya, siri Aspire S5 menggunakan skrin 13.3 inci dengan resolusi 1366 x 768 piksel dan dilengkapi satu port Thunderbolt. Saiz laptop utrabook ini ialah 12.77 x 8.95 x 0.59 inci saja dan berat di bawah dua kilogram. Terdapat beberapa sebab lain mengapa anda perlu membelinya termasuk AcerCloud — membolehkan peranti untuk berkomunikasi dan memudahkan perkongsian kandungan. Ciri baru ini menyediakan S5 pelanggan dengan akses jauh untuk data digital yang ditetapkan dalam Ultrabook mereka dan dihubungkan kepada telefon atau tablet Android. Bukan sahaja mereka boleh mengakses data, tetapi mereka boleh memuat turun dan berkongsi antara PC lain dan peranti Android bila-bila masa, di mana-mana, walaupun apabila S5 berada dalam mod standby/hibernate. Selain itu, fungsi PicStream membolehkan pengguna mengambil gambar melalui telefon mereka, stream foto terus dari laptop dan berkongsi dengan peranti pintar lain. Pengguna boleh stream gambar melalui clear.fi di sistem cloud manakala tempoh masa stream gambar sebelum disimpan adalah 30 hari.

How do you feel about this article?

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.