Untung PNSB meningkat sehingga RM28.4 juta di bawah PR, kata Pua

Oleh Ida Lim

KUALA LUMPUR, 17 Julai — Ahli parlimen Petaling Jaya Utara (PJU), Tony Pua hari ini mendakwa, keuntungan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) yang sebelum ini mengalami kerugian meningkat untung sehingga RM28.4 juta selepas Pakatan Rakyat (PR) mengambilalih pengurusannya sambil menunjukkan penyata kewangan dari 2008 hingga 2011.

Pua (gambar) hari ini menyelar dakwaan Datuk Chua Tee Yong, yang mengatakan bahawa Permodalan Negeri Selangor (PSNB) telah berhutang selepas membeli tanah yang dimiliki Talam Corp, sebaliknya PSNB hanya mula beroleh keuntungan setelah Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih pengurusannya.

Ketika menunjukkan laporan kewangan PSNB kepada pemberita bagi tahun kewangan 2008 hingga 2011, Pua menjelaskan PSNB telah berkembang daripada entiti syarikat negeri dengan kerugian melebihi RM15.6 juta pada 2008 menjadi kumpulan syarikat yang menguntungkan dengan jumlah sekitar RM28.3 juta.

Dokumen yang boleh diakses oleh orang awam di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) itu menunjukkan PSNB keuntungan selepas cukai sejumlah RM8 juta, RM23.4 juta, dan RM28.3 juta dari tahun 2009, 2010, dan 2011.

Pua menegaskan,"ini adalah tadbir urus yang baik di bawah PR" kerana telah mengubah PSNB sewaktu pentadbiran awal mereka pada 2009, dan mendakwa PSNB hanya mencatatkan kerugian ketika pentadbiran Barisan Nasional (BN).

Beliau mendakwa berdasarkan laporan kewangan tersebut, PSNB menunjukkan kerugian sekitar RM0.9 juta, RM7.5 juta, RM 1 juta, dan RM15.6 juta, bernula tahun 2005 hingga 2008.

Pua turut menggunakan laporan kewangan tahun 2008-2011 menunjukkan aset PSNB telah meningkat, menolak dakwaan PSNB hanya mencatat keuntungan melalui penjualan aset.

Pua turut berkata simpanan tunai PSNB kini mencecah RM92.9 juta, berdasarkan laporan kewangan 2011.

Minggu lalu, Chua mengadakan sidang media yang mana mendakwa anak syarikat kerajaan negeri itu dipaksa membesarkan pinjaman kepada RM230 juta untuk membeli tanah di Bukit Beruntung 2 dan Bestari Jaya daripada Menteri Besar Incorporated (MBI) sebaagai sebahagian daripada perjanjian penyelesaian hutang Talam Corp.

Ahli Parlimen Labis berkata itu menyebabkan PSNB terpaksa menempuh bebanan hutang pada kadar RM76 juta baki tunai dan deposit tetap sebelum mengambil pinjaman berkenaan.

Chua yang juga Pengerusi Biro Belia Professional MCA mendakwa pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim telah membeli aset Talam Corps bernilai RM676 juta untuk membersihkan firma itu daripada hutang RM329 juta kepada tiga anak syarikat kerajaan negeri.

Malah, beliau juga mendakwa sejumlah RM392 juta itu dalam Bajet Tambahan yang diluluskan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 2010 kepada MBI digunakan oleh kerajaan negeri untuk jaminan tersebut.

 

Loading...

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.