Discover Yahoo! With Your Friends

 

YOUR FRIENDS' ACTIVITY

    Video seks: Pengerusi Interlok terima CD, dakwa si pelaku bukan Anwar

    Oleh Melissa Chi

    KUALA LUMPUR, 6 Mei — Datuk Thasleem Ibrahim, pengerusi Pasukan Tindakan Interlok Nasional (NIAT) berkata, beliau salah seorang daripada beberapa individu yang turut menerima DVD video seks, yang “Datuk T” dakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Thasleem berkata, DVD diposkan ke pejabatnya di Jalan Damansara di sini, dengan bersetem Thailand dan tertera perkataan “Prasan Mit” — dipercayai pejabat pos bahan itu diposkan.

    “Ia memang menghairankan (saya). Kemungkinan kerana mereka tahu saya ada pandangan yang berbeza dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim; isu 16 September mahu mengambil alih Putrajaya yang saya bantah sama sekali,” kata beliau kepada The Malaysian Insider sambil menyifatkannya sebagai “tidak Islamik.”

    Thasleem berkata satu lagi kemungkinan ialah beliau selalu membawa pelbagai isu dan dalam kes ini ia melibatkan aktiviti moral.

    Ketika ditanya mengapa beliau menunggu tiga hari sebelum membuat laporan polis, Thasleem berkata beliau sibuk dan memerlukan masa untuk melihat sendiri video seks.

    “Ia klip kira-kira 16 minit, saya telah menontonnya untuk meyakinkan saya tentang apa di dalamnya,” katanya.

    Tambah beliau pada klip ada tulisan Thailand dengan angka 2011 dari awal hingga akhir.

    “Pada pandangan saya, wajah wanita itu sangat jelas, yang seorang macam Datuk Eskay... dan orang ketiga, ramai yang mengatakan sebagai Anwar tetapi saya pasti bahawa dia bukan Anwar,” katanya lagi.

    Datuk Shazryl Eskay Abdullah, salah seorang daripada tiga “Datuk T” awalnya mendedahkan video seks itu pada 21 Mac lalu.

    “Mana-mana warganegara seharusnya telah melakukan yang ini, pergi kepada polis dan menyerahkannya.

    “Saya biarkan pihak berkuasa memutuskan apa yang perlu dilakukan,” katanya lagi.

    Awal minggu ini, Ahli Parlimen PKR dari kawasan Kapar juga mendedahkan ada menerima VCD daripada pihak tidak dikenali dari Thailand.

     

    How do you feel about this article?

     

    114 comments

    • Rasidi  •  1 year 0 months ago
      DSAI tu betul ke tak, lantak dia la, tapi yang dah tentu salah mengedar dan siap mengaku jadi bapak ayam dalam video tu dibiarkan saja. Kita berhak ambil tahu. Siapa-siapa boleh bagitahu selain daripada PRU, apakah cara Rakyat boleh segera memperbetulkan kepincangan ini????? Saluran lain dah tentu masuk bakul sampah atau asyik diperbodoh2kan saja.
      • Azraai 1 year 0 months ago
        setuju. kenapa sampai sekarang bapak ayam tu tidak diambil tindakan ?
      • Serang Wan 1 year 0 months ago
        tengok jenis bulu la dulu, bapak ayam tu jenis bulu macam mana.........
        kalau bulu putih ada dot ijau konpom dah lama dok dalam jel.........
      • Danish 1 year 0 months ago
        bapa ayam kebal 2. p angkat sumpah pun pakai baju kebal??????????? patut dah kena sumbat dlm dah
    • MANUSIA  •  1 year 0 months ago
      I think Malaysian got lot of job to take care of family and nation........so better leave the stupid (SEX MOVIE) things which happening in Malaysia....and to the pollers.......Please choose the best n better politician which can help the Malaysian (all relegion in Malaysia) to explore our economic......1 Malaysia................................
      • Siva Krishnan 1 year 0 months ago
        sebelum pilihanraya cakap 1...lepas menang buat lain...macam mana nak pilih siapa yang bagus dan tak bagus.....oh my god
      • malathi 1 year 0 months ago
        Betul siva krishnan.....perkara sebegini berlaku di serata dunia...kita kenalah observe apa pemimpin yag ada sekarang telah buat untuk neagaranya, adakah negara dan rakyat telah maju dan juga byk aspek. Memang sukar untuk memilh seorang pemimpin yg baru sebab kita tahu sememangnya janji mereka semua dilupa selepas mendapat kerusi. Sekiranya pekara sebegini berlaku, kitalah sebagai rakyat perlu bersatu dan menegur mereka. Tapi bukan semua orang yang menjadi pemimpin tidak melaksanakan tanggungjawab mereka. Ada pemimpin yang bertungkus lumus untuk rakyat dan negara. We have to take the risk in order to get the best...
      • huh 1 year 0 months ago
        this is a tactic to sway voters leave pakatan.
    • mindamas  •  1 year 0 months ago
      saya bimbang dgan budaya yg terjadi sekarang sumpah kat masjid dan ia memalukan kita org islam
      • Ismail 1 year 0 months ago
        Sekarang ada duit boleh gi aji.. Duit hasil judi, lesen arak dan rumah urut boleh buat mesjid.. Jadi peranan pak aji dan mesjid dah tak dihormati... Sumpah dalam mesjid ..luar mesjid sumpah le sebanyak mungkin.. Sumpah laknat ke..? Sumpah puk... Mak ke sumpah le sebanyak mungkin.. Tak jadi apa.. Bila berkepentingan mesjid quraan jadi saksi kalu tak.. Lalu je depan mesjid.. Ada imam letak jawatan bertanding politik.. Ada ulama pekara mungkar tak berani tegur. Ada pemimpin tak upaya nak buat apa.. Sebab nak dapat sokongan.. Mereka tahu sumpah menyumpah dah tak jadi kesan.. Dah kaya dan berjaya peduli apa.. Sumpah je.. Ada pula tak mau bersumpah.. Mungkin bukan kerana takut.. Tapi dia tahu.. Apa ada pada sumpah.. Kita rakyat Malaysia pun bersumpahlah untuk keluar mengundi pada pilihanraya ni.. Semoga tiada yang dimakan sumpah.. Salam hormat untuk semua Yb dan bakal Yb...
      • nazim 1 year 0 months ago
        aku tengok ada orang kat kampung P hari tu suka sangat sumpah, sikit sikit sumpah, yang betul sumpah, yang salah pun sumpah....satu pagi dia bertukar jadi "sumpah sumpah"..........
      • rawther 1 year 0 months ago
        Lepas ni kalau ada kes bunuh , bawa saspek ke masjid dan suruh sumpah di masjid, kalau mengaku ataupun tak mengaku boleh lepas, lepas ni Polis dan Peguam tak ada kerja dah.............?
    • martopo  •  1 year 0 months ago
      kepada datuk shazry eskay cukuplah dan hentikan lah permainan ini.jika anda mengaku yg anda seorang islam jng lah anda terus terusan membuka dan menfitnah orang,apa lagi dng mendedahkan keaiban,percayalah wahai datuk eskay jika sekali anda mendedahkan keaiban org lain,ALLAH akan membukakan 10 keaiban diri kamu,.ingatlah datuk dan taubat lah sebelum ajal menjemput datuk.....
      • yatim 1 year 0 months ago
        ini semua ada kaitan dengan dendam. persoalannya..mengapa anwar tidak beri komen tentang yg eskay dakwa? Eskay dah ngaku dia terlibat dalam hal ni,bgmana pula anwar nak menjawab dalam hal ini? Saya rasa eskay nak perangkap anwar kerana anwar ada buat sesuatu pada kumpulan mereka sebelum ini. Perangkap eskay mungkin ada kebenarannya tentang anwar yang pandai main wayang. Siapa tau? Anwar sepatutnya faham yang dia punya musuh,dia tak sepatutnya membiarkan dirinya terjerat dengan perangkap musuhnya dengan kegiatannya yang tidak bermoral itu. Kalau benarlah pelakunya Anwar,bertaubatlah,mengaku atas perbuatanmu. Biar kita dapat hukuman di dunia dpd kita dapat hukuman di akhirat. Jika pelakunya bukan Anwar, Anwar kena buktikan itu bukan dia. Tak susahkan, tak perlu takut dan marah-marah dengan soalan-soalan yang diajukn padanya. Pada penyokong Anwar, jgnlah back up dia secara melulu,cuba suruh dia jawab soalan2 wartawan dengan jujur,jgn soal wartawan balik..bukankah ini macam nak mengelak aje. Apa persepsi org tentang sikapnya itu? kalau jujur tak buat,jawab dengan jelas,kalau buat ngaku aje. Ikut cara chua soi lek,abis cerita.
      • botaks 1 year 0 months ago
        Betul la.. dulu aku tak tau pasal Eskey ni...
        sekarang aku dah tau banyak pasal keaiban dia...
    • shanmugamS  •  1 year 0 months ago
      There are a lot of other issues to care in Malaysia. sex scandal is minor issue and is not rape, there are known and unknown sex scandals in our country. Who can declare himself as innocent and never experience sex in their life? It is a question of legal or illegal. If both parties agreed to have sex who are matured enough, anywhere also they can do it, secretly. It is not a matter for them. What matters is your innerself will torture you automatically if you do any kind of sin against your will. you know yourself that you are doing the right or wrong thing. Judge yourself before the Almighty God JUDGE you.
      • Rasidi 1 year 0 months ago
        Aku tak berapa paham. Hehehehe.. Awak orang malaysiakah? Kita boleh bersatu apabila faham memahami. Kalau awak jujur kami sentiasa menyokong awak. Bukan kaum jadi sempadan. Apatah lagi perpaduan itu tuntutan agama.
      • Shima 1 year 0 months ago
        Tiada agama mendidik pengikutnya berlaku salah! Semua agama hanya mengajar perkara2 yang baik sahaja! They dont have respect towards their own religion! I dont respect them! They misused their own religion......sad!
      • Siva Krishnan 1 year 0 months ago
        it's depend on every individuals...but watever v do just make sure it's not disturbing others in any way....u think everybody comment here no matter it's sex...political or religion forum tat they commenting from bottom of their heart...i dont think sooooooooooooooo
    • Mr  •  1 year 0 months ago
      semua ini sandiwara dunia yg penuh tipu helah. tak tau sapa betul sapa salah. Tunggulah semua itu akan dibicara di mahkamah akhirat. saksinya tubuh badan sendiri dan malikat pencatit.
    • a.hamid  •  1 year 0 months ago
      dimanakah akal dan budi orang melayu hari ni, maki-hamun sumpah seranah cair, ingat tiap patah kata kita akan diperhitungkan diakhirat nanti, didunia kita bersorak-sorai diakhirat kelak kita pasti menangis. apakah kita merasa sudah cukup hebat bila dapat memakihamun mencarutkan orang lain, pergi tanya orang asli ade tidak dia orang memakihamun sesama mereka
    • ong k  •  1 year 0 months ago
      Kita kini tengok apa Datuk SEA akan kata. Cakap bohong pun berani, apa kata lagi dengan sumpahnya baru-baru ini. PEMBOHONG BESAR
    • Silverravi60  •  1 year 0 months ago
      Distribution of Porn Materials looks legal here in Malaysia man
    • A Yahoo! User  •  1 year 0 months ago
      apa dah jadi dengan our leader skarang....tak malu ke dengan rakyat yang dipimpin....sorang tuduh sorang...yg sorang lagi tuduh sorang.....sudah-sudah la tu.....menyebarkan video sex tu tak salah ke? berdosa besar bila mengaibkan orang...bukan itu caranya...cuba nasihatkan untuk seseorang menjadi lebih baik....bukannya nak memalukan dan menghancurkan keperibadian orang lain dengan menghebahkan kepada semua orang...itu bukan untuk kebaikan..itu menjahanamkan orang lain...please stop this thing...rakyat dah muak dengan cerita itu, cerita ini...bukan dapat turunkan harga minyak...bukan dapat bagi rakyat hidup dengan lebih selesa....please wake up politician!!!! we choose u to guide us....to bring prosperity in our life...bukan membuat drama itu, drama ini...what for!!!bukan itu yang rakyat nak....dah la tu...kalau ye pun anwar dalam video tu, this is not the right way to handle it....macam la kita ini bagus sangat sampai nak tunjuk perangai tak baik org lain...kalau bukan anwar, biar Allah je yang tunjukkan pada mereka....ingatlah,kita akan ada hidup selepas mati...tak esok, lusa,bulan depan, tahun depan...kita akan mati jugak..ingat kubur...yang dah salah, perbetulkan keslahannya...ikut cara nabi...bukan mengaibkan org...kalau buat salah, tegur....dengan cara baik...banyak lagi cara kita boleh buat....so, move on...look forward....yang dah lepas tu lepas.betul ke anwar or bukan ke anwar, biar Allah je yang tunjukkan.Allah lagi Maha mengetahui...kita yang didedahkan dengan cerita-cerita macam ni, janganlah terlibat sama...pergi kedai kopi tu cerita sama....kedai kopi ni pun cerita sama....inilah manusia di akhir zaman...cerita sensasi mcm ni bukan main lagi ligat nak bercerita...cuba cerita macam mana nak didik anak-anak kita...jagi org yang bagus...lebih bagus daripada segelintir pemimpin kita sekarang....sedarlah, KITA INI DAH DIDIDIK UNTUK DIPENGARUHI DENGAN CERITA-CERITA SENSASI MCM NI...jadi, jgan lah ianya menjadi budaya dalam masyarakat kita...sekali kita leka dengan didikan mcm ni, org lain akan mengambil kesempatan terhadap kita....bayangkan kita tengah main catu sekarang...kita dok fikir apa step seterusnya sedangkan musuh-musuh kita dah fikir 10 steps kedepan...mcm mana kita nak menang...itu main catur.at least ada peraturan.....BUT THERE IS NO RULES IN POLITIC.....sebab tu la Allah ada bagi tau yang antara golongan yang dijamin masuk syurga adalah seorang pemimpin yang adil...ingat tu pemimpin...pimpinlah dengan adil dan saksama....ITU YANG RAKYAT MAHUKAN.....
    • Setan  •  1 year 0 months ago
      sudah lah datuk rahim,malaysian masih ingat, orang yang buat laporan polis, tentang kau project perempun bawah umur, ke masok penjara,perempuan terllibat henta apa jadi,KAU TAK DI DAKWA..KAU INI MUKA TAK ADA MARUAH,ATAU OTAK MENTAL. OH RAKYAT MALAYSIA,FIKIR LA, DAN RENUNG..LAH..TAK PERLU BELAJAR TINGGI,OTAK NORMAL DAPAT BERFIKIR.MANA HANG NAK LETAK MUKA PADA ANAK DAN BINI.
    • adil  •  1 year 0 months ago
      pasukan polis dimana ZzZzZZZZzzzzzzZZZZZZzzzzzzz lama nya siasat munkin hantar ke luar negara motify video ke belum hantar balik ke...
    • Altantuya Abdullah  •  1 year 0 months ago
      Tiap2 hari asyik sebut tentang klip video seks membabitkan Anwar Ibrahim! Tak bosan ke? Klu dah kerajaan persekutuan dah ada bukti pelakon lelaki tu Anwar, mintalah Najib keluarkan perintah untuk memberkas DSAI dgn segera! Buat apa2 tunggu lama2. Saya juga mau lihat rakyat Malaysia menjadi penyokong BN ataupun penyokong PR! Klu dah tak berani, tak ada 2 biji telur, kononnya telur palsu dtg dr China, tutuplah kes ini mcm dulu tutup kes Altantuya!
    • Ismail  •  1 year 0 months ago
      Mana lebih hebat kes pembunuhan Altantuya saperti mengebom ikan atau kes seks yang belum pasti pelakunnya.. Mana lebih hebat ahli komponen. Bn yang betul terlibat dengan adengan ranjang ,.dengan klip video 1 dan video 2...yang masih samar buktinya.. Mana lebih hebat kes datuk T suatu masa dulu yang kini di anggap wira umno.. Dengan pemimpin pembangkang yang ada.. Mana lebih hebat khairi Jamaludin dengan Mat sabu.. Tak payahlah kita mengalihkan pandangan dari hal pokok.. Kepada hal remeh... Menutup satu pekong dengan cerita rekaan.... Buka minda.. Tepikan otak mengampu.. Fokus jangan alihkan pandangan.. Mana lebih hebat...?????
    • Setan  •  1 year 0 months ago
      rakyat malaysia,kes atluya..hairan dan pelik..orang yang merancang membonuh boleh lepaskan oleh mahkamah,yang di upah kena dakwa.sampai sekarang tak berpluang tengkok muka diorang. aku memang sayangkan polis, dan hormati pasukan kita.mungkin tertekan oleh pihak atasan. banyak kejadian pihak polis membantu menjaga keselamatan kita. abang abang polis,sekiranya tak dapat rasa serba salah dengan keadaan ini,berhenti lah,dan cari kejaya yang dapat tenangkan hidup kamu, yakin lah abang, rezeki di tentukan allah.semoga allah restui dan rahmati pasukan polis,tentera kita. allah maha esa
    • nazim  •  1 year 0 months ago
      perasan tak....banyak isu mengarut dalam negara kita, di jaja hari hari....tup tup minyak naik. nanti ada lagi isu panas,,,,layanlah,,, tup tup minyak naik.....tol bila nak naik.... tepung bila nak naik...gula bila nak naik.....harga rumah jangan ceritalah...kat shah alam aprtment pun dah kat RM 300K....kecik pulak tu..rakyat hidup macam nak mampus...ahli politik ketawa berdekah dekah....macam di india je..rakyat hidup menderita tapi cerita tamil kat panggung mesti happy ending/ kalau tak penonton merusuh....yang untuk tokeh panggung....apa nak jadi ni.... PIKIR PIKIR LAH ......
    • Ranjan  •  1 year 0 months ago
      Masa CSL menjadi pelakun porno dulu semua video dan vcd di rampas dan penyimpan dan pengedarnya boleh ditangkap oleh pihak polis...tapi dalam kes Anwar ni pulak pihak polis macam buat tak kisah jer..????...napa yer,,?
    • Spanar  •  1 year 0 months ago
      sebagai seorang islam yang insaf, sepatutnya datuk shazryl eskay membuat

      sumpah bertaubat memohon ampun dari allah taala di masjid semoga segala

      dosa2 dan maksiat yang telah dilakukan di masa yang silam diampunkan. . bukan

      sumpah laknat....dan mendedah keaiban orang lain krn tidak ada hukum dalam

      al-quran supaya berbuat demikian ............malah .menambahkan lagi dosa2

      sebagaimana yang dikehendaki syaitan..
    • Shaiful Nizam  •  1 year 0 months ago
      kerna fitnah sesebuah negara itu akan runtuh....so,,,jauhilah fitnah...buka minda bersainglah dgn cara yg sihat...kesian org yg dianaya....taubat la wei...
    • Fedzillah Siamat  •  1 year 0 months ago
      SESIAPA PEMIMPIN YANG BAIK HATI TERUTAMANYA BARISAN NASIONAL..BOLEH TOLONG JELASKAN KENAPA LIMBANG SARAWAK TAK BOLEH KELUAR DARI MALAYSIA...???? APA YANG TAIB MAHMUD SUDAH BERI? RAKYAT LIMBANG 10 TAHUN MUNDUR KEBELAKANG DARI SEMENANJUNG TAPI MINYAK & KAYU BALAK BUKAN MAIN NAK KEBAS...JIKALAU LA BRUNEI BOLEH AMIK LIMBANG..DAH LAMA LIMBANG MAJU...

      BEGITU JUGA NEGERI KELANTAN & TERENGGANU..MINYAK BUKAN MAIN NAK KEBAS ROYALTI MINYAK PUN BELUM TENTU DAPAT..HARAPKAN WANG EHSAN RM400 WAKTU RAYA,,MANA CUKUP TU SBB SEBELUM & SELEPAS RAYA BARANG2 KEPERLUAN NAIK MELAMBUNG,,MANA CUKUP SETAKAT RM400!!!!! TAPI KUALA LUMPUR & SELANGOR BUKAN MAIN LAGI NAK BUAT PEMBANGUNAN SANA SINI SAMPAI TAK DA TEMPAT NAK BUAT!!!!!! SUDAH2 LA TU...DUIT TU DUIT RAKYAT BUKANYA DUAT KERAJAAN!!! INIKAN 1 MALAYSIA JADI BIARLAH 1 MALAYSIA YANG PUNYA....

      YANG KECEWA
      rakyat malaysia

    Most Popular

    • Manji: Allah made gays and lesbians, too
      Manji: Allah made gays and lesbians, too

      INTERVIEW Unapologetic for her defence of the gay and lesbian lifestyle, controversial liberal-Islam author Irshad Manji has challenged critics to explain how Allah in all His glory could have made “misfits or abominations”.                

    • Anwar claims symbolic win after former prosecutor joins legal team
      Anwar claims symbolic win after former prosecutor joins legal team

      KUALA LUMPUR, May 22 — Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim claimed a symbolic victory today in having the man who unsuccessfully prosecuted him for sodomy join his legal team to defend an illegal assembly charge, pointing out that someone who was in government did not want to be a part of what he called the “dirtiness”.

    • Umno ‘needs’ Gerakan, MCA to win Penang, says state BN boss
      Umno ‘needs’ Gerakan, MCA to win Penang, says state BN boss

      KUALA LUMPUR, May 23 — Penang Barisan Nasional (BN) chief Teng Chang Yeow has insisted that Umno “needs” Gerakan and MCA to wrest the state from Pakatan Rakyat (PR) in the coming polls, although the Malay party was the only one among the three that won seats in Election 2008.

    POLL
    Loading...
    Poll Choice Options