Watak Suraya banyak emosi

Kuala Lumpur: Pelakon jelita Anzalna Nasir, 26, teruja apabila disunting membintangi telenovela sepanjang 148 episod bagi siaran TV Malaysia dan antarabangsa. Telenovela berjudul A Love To Remember atau Kenangan Cinta itu diterbitkan Global Station Sdn Bhd (GSSB) dengan kerjasama Astro dan TV Azteca yang beroperasi di Mexico. Turut sama membintangi telenovela itu aktor kacak Hisyam Hamid dan Afiq Muiz. "Saya sangat terharu mendapat peluang yang hebat ini. Menerusi watak Suraya itu kelak, saya dituntut bermain banyak emosi. Suraya menjadi mangsa kekejaman ibu saudaranya," kata Anzalna, semalam. Mengikut perjanjian bersama (MoU) yang dipersetujui GSSB, Astro dan TV Azteca baru-baru ini telenovela itu juga akan ditayangkan di stesen TV luar negara seperti Amerika Latin, Afrika dan Timur Tengah. A Love To Remember arahan Feroz Kadir itu kini menjalani penggambaran di sekitar Langkawi dan Kuala Lumpur.