Antaramuka Windows 8 yang baru
Microsoft telah mengumumkan melalui 'Windows Blog' bahawa edisi terbaru sistem operasi terkenal dunia ini akan dilancarkan hujung tahun ini. Lebih tepat lagi, Oktober 26.
Versi terbaru ini lain daripada lain, dengan gaya Metro yang digunakan secara meluas di dalam sistem operasi ini. Ianya juga mempunyai kebolehan untuk menyokong peranti sesentuh seperti tablet, monitor dan sebagainya.
Pihak Microsoft juga mengumumkan bahawa mereka yang hendak menaik-taraf komputer anda dengan Windows 8 boleh membeli versi naik-taraf dengan harga USD$39.90 (RM124.90). Sungguh murah!
By 