Advertisement

Wira-wira Islam Termasyhur

Hafidah Samat

BAGI yang menggemari sejarah Islam, pasti sudah arif mengenai kehebatan dan kemasyuran wira-wira Islam zaman Rasulullah S.A.W. amat tersohor dengan kehandalan mereka dalam aspek ketenteraan. Kegagahan dan kebijaksanaan mereka tidak dapat disangkal apatah lagi dengan jumlah tanah jajahan yang ditakluki ketika Islam sedang berkembang.

Nabi Muhammad S.A.W.

Dilahirkan sebagai Muhammad bin Abdulah bin Abd Muthalib bin Hasyim bin Manaf di kota Mekah. Semenjak kecil, baginda memiliki keistimewaan iaitu badannya cepat membesar, pada usia baginda lima bulan sudah mampu berjalan dan ketika berumur sembilan bulan sudah lancar bercakap.

Pada umur empat tahun, Rasulullah S.A.W. didatangi malaikat Jibril, menelentangkannya lalu membelah dada dan mengeluarkan hati serta segumpal darah dari dada baginda lalu mencucinya sebelum meletakkan kembali ke tempat asalnya.

Rasulullah diutus menjadi Rasul dan Nabi yang terakhir oleh Allah S.W.T. pda usia baginda 40 tahun. Rasulullah S.A.W. menerima wahyu pertama ketika sedang bertapa di gua Hira’ selepas didatangi oleh malaikat Jibril. Baginda diturunkan wahyu yang kedua oleh Allah S.W.T. dan selepas itu baginda mula menyebarkan agama Islam secara sembunyi selama tiga tahun.

Apabila Rasulullah S.A.W mula menyebarkan agama secara terang-terangan, Baginda mendapat tentangan hebat dari puak Quraisy. Orang-orang Quraisy marah dan melarang penyiaran islam bahkan nyawa Rasul terancam.


Nabi Muhammad S.A.W. beserta sahabatnya semakin kuat dan tangguh tantangan dan hambatan dihadapi dengan tabah serta sabar walaupun ejekan, cacian menolak ajaran al-Qur’an dan memberikan tawaran bergantian dalam penyembahan.

Dakwah secara terangan ini walaupun banyak tantangan banyak yang masuk Agama Islam dan untuk penyiaran Islam Nabi SAW ke Habasyah (Etiopia),Thaif, dan Yatsrib (Madinah). Sehingga Islam meluas dan banyak pengikutnya.

Nabi Muhammad SAW melalui tempoh “Amul Khuzni”yang bererti tahun dukacita selepas bapa saudara baginda Abu Thalib dan isteri baginda, Siti Khadijah menemui ajal. Umat Islam pula pada sengsara. Ditengah kesedihan ini Nabi Muhammad dijemput oleh Malaikat Jibril untuk Isra’ Mi’raj iaitu sebuah perjalanan dari masjidil Aqsha ke Masjidil Haram dan dari Masjidil Haram menuju ke Sidratul Muntaha untuk menghadap Allah S.W.T untuk menerima perintah solat lima waktu.

Statistik
Baginda digambarkan sebagai seorang yang gagah dan wajah mulia Rasulullah bersinar seolah-olah dibuat daripada perak.

Pencapaian

Baginda menjadi utusan Allah S.W.T. untuk menyebarkan agama Islam dan selama 23 tahun Rasulullah S.A.W menjalankan tanggungjawab yang diberikan kepadanya. Menyampaikan wahyu Allah S.W.T. yang berupa Al-Quran sebgai pedoman hidup. Menyampaikan perkhabaran gembira dan peringatan kepada umat manusia. Menyempurnakan akhlak manusia berpandukan naskhah Al-Quran.

Keluarga
Pada usia 25 tahun Rasulullah S.A.W. berkahwin dengan Khadijah binti Khuwailid yang berusia 40 tahun. Khadijah adalah seorang pengusaha yang mempercayai Muhammad untuk menjajakan dagangannya ke Suriah. 

Pasangan Khadijah- Muhammad dikurniakan dua orang putera dan empat orang puteri. Khadijah adalah wanita pertama yang masuk Islam. Beliau pada usia 65 tahun, setelah 25 tahun berumahtangga dengan Rasulullah S.A.W.

Wafat
Dua bulan setelah menunaikan ibadah Haji, Nabi menderita demam. Badannya mulai lemah. Meskipun demikian ia tetap memimpin solat berjemaah. Setelah beberapa hari gering, Rasulullah S.A.W. wafat pada 12 Rabiulawal 11 Hijiriyah atau 8 Jun 632 M. Nabi wafat pada usia 63 tahun. Abu Bakar as-Siddiq kemudian ditunjuk oleh kaum Muhajirin dan Ansar sebagai Khalifah ar-Rasul (pengganti Rasullah).


Umar ibni Al-Khattab


Pada tahap awal penyebaran agama Islam, Nabi Muhammad S.A.W telah berdoa kepada Allah s.w.t agar diturunkan seorang sahabat yang boleh dianggap sebagai tiang kekuatan agama. Doa itu segera dikabulkan oleh Allah S.W.T. dengan memilih Umar ibni Al-Khattab sebagai khalifah Islam.

Umar bin Khattab atau lebih dikenali dengan Umar bin Khattab merupakan salah seorang sahabat Nabi Muhammad dan khalifah kedua Islam dari tahun 634-644 (sebelum Masihi). Umar merupakan satu di antara empat orang Khalifah yang digolongkan sebagai Khalifah yang diberi petunjuk dan 10 orang yang dijamin balasan syurga oleh Rasulullah.

Umar dilahirkan 12 tahun selepas kelahiran Rasulullah S.A.W di kota Mekah. Berasal dari suku Bani Adi, keluarga Umar terdiri dari kelas menengah dan gemar membaca dan menulis. Mungkin ramai yang tidak mengetahui namun, Umar pernah terlibat dalam konspirasi untuk membunuh Nabi Muhammad S.A.W, namun saat dalam perjalanannya beliau telah bertemu dengan salah seorang pengikut Rasulullah mengkhabarkan yang saudara perempuannya telah memeluk Islam.

Ketika ingin menghukum saudaranya itu, Umar terpanggil untuk memeluk Islam dan seterusnya menjadi pengikut Rasulullah yang paling setia. Menurut para ulama, selepas Umar memeluk agama Islam, kedudukan agama tersebut  menjadi lebih kukuh dan disanjungi.

Statistik

Bertubuh tegap, otot menonjol, berjanggut tebal dan warna kulit kemerah-merahan.

Pencapaian
Umar mendapat gelaran amirul mukminin (pemimpin para mukmin) dan pernah berkuasa selama 10 tahun. Empayar Islam tumbuh dengan pesat dan perluasan wilayah di bawah usaha Umar dan berhasil menakluki Persia, wilayah Arab dan Jerusalem.

Keluarga
Umar pernah mengahwini enam wanita dan mempunyai 10 orang anak. Namun, tidak banyak rekod tentang keluarga khalifah yang hebat ini.

Wafat
Umar meninggal dunia pada 644 dalam satu pembunuhan yang dilakukan seorang berbangsa Persia ketika hendak mengimamkan solat Subuh.

Ali bin Abu Thalib
"Tidak ada pedang, setajam pedang Zulfikar dan tidak ada pemuda yang setangguh Ali bin Abu Thalib"

Begitulah slogan yang menjadi kata-kata hikmah kaum Muslimin ketika perang Uhud pada zaman Rasulullah S.A.W.

Ali bin Abi Thalib dilahirkan pada 13 Rejab Pra-Hijrah dalam sebuah keluarga yang besar dan mempunyai pertalian darah dengan Rasulullah S.A.W.

Ketika Nabi Muhammad SAW menerima wahyu, Ali adalah orang pertama yang mempercayainya selepas isteri Rasulullah, Khadijah. Sebagai anak didik Rasulullah S.A.W., Ali banyak belajar secara langsung dari baginda sehingga beliau mengahwini puteri Rasulullah sendiri.

Didikan langsung dari Nabi Muhammad S.A.W. merangkumi semua aspek agama Islam baik zahir, batin, syariah atau tasawuf.

Statistik
Ali dikenali sebagai seorang yang cerdas, berwajah tampan, berkulit sawo matang, mempunyai sepasang mata yang besar dan bola matanya kemerah-merahan. Ali juga mempunyai sebaris gigi yang sihat.

Pencapaian
Dalam medan peperangan, Ali pernah mengikuti Rasulullah S.A.W dalam perang Badar, pertempuran pertama dalam sejarah perkembangan Islam. Pada perang Uhud, Ali memperlihatkan keberanian beliau sebagai seorang pahlawan Islam yang gagah perkasa pada saat beliau bergabung dalam sayap kanan pasukan tentera.

Begitu juga dalam perang Khandaq di mana beliau mampu menewaskan jaguh Amru bin Wud, seorang "samseng" berbangsa Quraisy yang sering menyeksa umat Islam ketika itu.

Keluarga
Isteri pertama Ali ialah puteri Rasulullah S.A.W yang bernama Fathimah. Mereka dikurniakan dua orang putera dan dua orang puteri. Selepas Fathimah wafat, Ali mengahwini tiga orang wanita lain.

Wafat
Ali wafat pada 21 Ramadhan 39 Hijrah 661 Masihi.


Saidina Abu Bakar As-Siddiq


Dilahirkan dua tahun selepas kelahiran Rasulullah S.A.W., Saidina Abu Bakar As-Siddiq merupakan sahabat rapat baginda. Beliau merupakan khalifah pertama bagi umat Islam. Namun beliau selalu digelar Abu Bakar (daripada perkataan Arab Bakar yang bermaksud unta muda) kerana beliau amat gemar membiak unta. Beliau amat terkenal dengan gelaran As-Siddiq (yang membenarkan). Nama sebenar beliau ialah Abdullah ibni Abi Qahafah.

Semasa Nabi Muhammad S.A.W. berhijrah dari Mekah ke Madinah pada tahun 622, hanya beliau seorang yang mengikuti Rasulullah s.a.w. tanpa ditemani oleh orang lain.  Rasulullah S.A.W mengahwini anak perempuan beliau iaitu Saidatina Aishah tidak lama selepas penghijrahan ke Madinah berlaku.

Semasa Rasulullah S.A.W. sedang sakit tenat, baginda mengarahkan supaya Saidina Abu Bakar mengimamkan solat orang Islam. Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., sebuah majlis yang dihadiri oleh golongan Ansar dan Muhajirin ditubuhkan untuk melantik seorang khalifah bagi memimpin umat Islam. Hasil daripada perjumpaan itu, Saidina Abu Bakar dilantik dan menjadi khalifah pertama umat Islam.

Statistik
Puteri Abu Bakar menggambarkan ayahandanya sebagai seorang lelaki yang berkulit putih, berbadan kurus, dadanya tidak terlalu lebar, belakangnya tidak bongkok, tulang pinggangnya kecil (sehingga tidak dapat menahan kain yang dipakainya), wajahnya kurus, kedua matanya cengkung, dahinya lebar dan urat-urat tangannya nampak jelas.

Pencapaian

Saidina Abu Bakar banyak menyumbang terhadap perkembangan Islam walaupun hanya memerintah selama dua tahun (632-634). Beliau berjaya menumpaskan golongan Riddah yang ada diantaranya murtad dan ada diantaranya mengaku sebagai nabi. Beliau juga mula mengumpulkan ayat-ayat al-Quran dan beliau juga berjaya meluaskan pengaruh Islam.

Keluarga
Saidina Abu Bakar mengahwini empat orang wanita dan dikurniakan lima orang zuriat.

Wafat
Saidina Abu Bakar wafat dua tahun selepas menjadi khalifah iaitu pada 23 Ogos 634 di Madinah. Saidina Abu Bakar dikebumikan di sebelah makam Nabi Muhammad S.A.W di Masjid an-Nabawi yang terletak di Madinah.


Salahuddin Al-Ayubbi (Alexander the Great)


Perwira yang tinggi dengan sifat ilmuan ini turut dikenali dengan gelaran ‘Saladin' atau 'Alexander the Great', di dunia Barat merupakan panglima perang Islam yang dikagumi kepiawaian berperang serta kesahihannya baik kepada kawan dan lawan-lawannya.

Keberanian dan kepahlawanannya tercatat sejarah di kancah Perang Salib diluar benteng kota Jaffa. Beliau lahir di Takreet, tepi sungai Tigris (daerah Iraq) pada tahun 1137 Masihi atau 532 Hijriyah. Ayahnya berketurunan Kurdi dan selepas kelahiran Salahuddin, mereka berpindah ke Mosul. Di sini, keluargnya bertemu dan membantu Zangi, seorang penguasa berbangsa Arab yang berusaha menyatukan daerah-daerah Muslim yang terpecah menjadi beberapa kerajaan seperti Suriah, Antiokhia, Aleppo, Tripoli, Horns, Yarussalem, Damaskus.

Beliau mendapat pendidikan di Damaskus dalam bidang teologi Sunni dan pada tahun 1169 telah diangkat menjadi seorang wazir (kaunselar).

Salahuddin menerima latihan ketenteraan daripada bapa saudaranya, Shirkuh yang merupakan panglima kepada panglima perang dan Nuruddin dan sering mewakili Nuruddin dalam kempennya menentang Kerajaan Fatimiyah di Mesir sekitar 1160 Masihi. Salahuddin kemudiannya mewarisi tugas menentang Kerajaan Fatimiyyah (akhirnya tumpas) daripada bapa saudaranya dan dilantik menjadi panglima pada 1169 Masihi.

Ketika Salahuddin menguasai Mesir, dia berubah. Dia yakin bahawa Allah S.W.T. mempertanggungjawabkan kepadanya tugas berat yang tidak mungkin dapat dilaksanakan jika dia tidak bersungguh-sungguh. Sejurus dia menjadi pemerintah Mesir, dunia dan kesenangannya lenyap.

Dia menumpukan seluruh tenaganya membina kekuasaan Islam yang cukup kuat untuk menghalau orang kafir daripada tanah air Islam sejak 1099 Masihi. Salahuddin pernah berkata, “ketika Allah menganugerahkan aku bumi Mesir, aku yakin Dia juga bermaksud Palestin untukku.”

Beliau juga pernah juga solat Jumaat selepas 90 tahun Baitulmaqdis dikuasai tentera Kristian. Tetapi selepas tentera Islam di bawah pimpinan Sultan Salahuddin al-Ayyubi, menakluki Kota Suci Ketiga umat Islam itu, solat Jumaat didirikan semula di sana pada Jumaat, 27 Rejab 583 Hijrah/1187.


Statistik
Gagah dan sering kelihatan muda walaupun sudah berusia.

Pencapaian
Dilantik sebgai Sultan Mesir yang pertama selepas kebangkitan beliau pada Perang Salib. Perang Hittin antara Salahuddin dan gabungan kuasa Guy dari Lusignan, raja negeri Salib, dan Raymond III dari Tripoli pada 1187 Masihi menyaksikan kejayaan memihak tentera Islam. Dalam peperangan ini Raja Kristian yang memerintah Palestin ditawan bersama Reginald dari Chatillon.

Ramai tentera Salib berpangkat tinggi ditawan. Stanley Lane-Poole menceritakan seorang tentera Islam membawa 30 tentera Kristian yang ditawannya sendiri diikat dengan tali khemah.

Dianggarkan 30,000 tentera Kristian mati dalam peperangan berkenaan. Kejayaan tentera Islam menawan semula Baitulmaqdis mengakibatkan terjadinya Perang Salib Ketiga yang dibiayai di England melalui cukai khas yang dikenali sebagai ‘Cukai Salahuddin’.

Wafat
Salahuddin Al-Ayubbi wafat pada 4 Mac 1193 di Kota Damsyik selepas berhempas pulas mengembalikan tanah air Islam pada usia 57 tahun. Salahuddin tidak meninggalkan harta kecuali satu dinar dan 47 dirham ketika dia wafat, malah harta yang ditinggalkannya tidak cukup untuk belanja pengebumiannya.


Khaled bin Al Waled

Khaled dilahirkan 17 tahun sebelum agama Islam dibangunkan dan sering dikaitkan sebagai 'Jeneral Arab Muslim paling terkenal, pedang Islam, sahabat Rasulullah S.A.W. dan arkitek agung penaklukan Islam pertama di abad ke-7.'

Statistik

Gagah, berani dan angkuh merupakan kualiti yang membuatkan beliau adalah seorang jeneral Islam yang disegani.

Pencapaian
Membantu Rasulullah S.A.W. dengan mengepalai tentera Islam bertempur dengan bala tentera Quraisy dalam Perang Uhud. Khalid juga merupakan arkitek bertanggungjawab merencana strategi dalam pertempuran Riddah yang meletus akibat pemberontakan terhadap kekuasaan Madinah selepas Muhammad S.A.W. wafat.

Panji peperangan Khalid semakin mashyur apabila penaklukan wilyah Iraq dalam Pertempuran Firaz. Ketika berada di puncak kariernya, Khaled dipecat kerana Khalifah Umar khuatir Umar akan mencapai puncak kezaliman dan kesombongannya.


Keluarga
Tidak banyak diketahui tentang isteri Khalid namun tiga putera dan seorang puteri ada tercatat dalam sejarah.

Wafat
Khalid wafat pada tahun 642 Masihi di Emesa, sebuah bandar kecil yang menjadi tempat tinggal beliau selepas empat tahun meninggalkan jawatan jeneralnya dalam tentera Islam.