Wujudnya kebimbangan terhadap pembida projek LRT Ampang bernilai RM960 juta

Oleh Jahabar Sadiq
Editor

KUALA LUMPUR, 29 Jun — Pembida yang dispekulasikan beroleh tender Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) Ampang,  konsortiun George Kent consortium, adalah tiga pembida yang gagal untuk penilaian komersial dan teknikal dengan jumlah kontrak RM960 juta, kata sumber.

The Malaysian Insider difahamkan hanya lima daripada lapan pembida melepasi penialain teknikal dan komersial namun pemilik projek,

Syarikat Prasarana Negara Bhd (SPNB) akhirnya mencadangkan satu daripada dua konsortium Korea Utara — PDA Consortium, kerana pembida lain tidak menepati beberapa syarat.

“George Kent tidak disenaraikan kerana gagal dari aspek teknikal dan komersial, jadi amat mengejutkan ia dispekulasikan untuk memenangi bidaan dan PKR mula melaporkannya,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.

PKR telah pun menunjukkan salinan dokumen rasmi daripada sebuah jaeatankuasa penilaian di Kementerian Kewangan yang bertarikh 25 Januari yang telah memutuskan untuk menyerahkan prek tersebut kepada Balfour Beatty Invensys Consortium. Jawatankuasa itu adalah pihak tertinggi dalam penilaian yang dipengerusikan sendiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang juga merupakan Menteri Kewangan.

Namun, Business Times bulan ini telah menspekulasikan konsortium George Kent bakal memenangi projek tersebut, mengulangi laporannya tahun lalu. Namun laporan itu perlu disahkan kerana PKR telah mendesak Najib untuk memberikan penjelasan berhubung perkara itu.

The Malaysian Insider turut melihat beberapa laporan yang menunjukkan George Kent tidak pernah terlibat dengan pengurusan projek mega berkenaan pembinaan landasan. Menurut laporan, konsortium tersebut dikenali sebagai pemain dalam insudtri air dengan projek bernilai RM40 juta.

Sumber berkata, berdasarkan pembentangan mereka,  George Kent mempunyai idea terhad untuk menguruskan projek tersebut, yang mana meliputi pembinaan sistem isyarat daripada sistem sedia ada dan penyambungan sisten sedia ada.

“Projek ini meliputi isyarat dan paling penting, keselamatan pengguna LRT. Mereka perlu memilih syarikat yang betul-betul berkelayakan untuk membinanya,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Akhbar pro kerajaan Business Times berkata Putrajaya akan mengumumkan pembida akhir Jun ini, dan menambah George Kent dikatakan akan memenangi bidaan tersebut. Bidaan tertinggi yang ditender untuk projek tersebut adalah RM1.45 billion.

Namun PKR mendedahkan SPNB pada mesyuarat 2 Disember, 2011 mencadangkan PDA Consortium diberikan projek tersebut dengan nilai RM1.12 billion untuk 44 bulan. SPNB adalah unit penuh MoF dan syarikat itu memperuntukkan RM1.5 billion untuk pembinaan sistem tersebut.

SPNB telah membelanjakan RM7 billion untuk penyambungan aliran Kelana Jaya dan Ampang. Aliran Ampang akan ditambah kepada 17.7km.

Selain itu, Putrajaya turut melaksanakan projek multi bilion ringgit untuk My Rapid Transit (MRT) yang akan beroperasi di ibu negara dan dijangka projek termahal itu akan siap menjelang Jun 2017 namun masih lagi ditangguhkan kerana keengganan syarikat antarabangsa membida bagi projek berkenaan.

“Industri mahu pemain yang setaraf. Mereka khuatir kenapa aliran Ampang sangat sukar diberikan dan terdapatnya spekulasi tentang pembida yang berjaya,” kata pemain industri kepada The Malaysian Insider.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengumumkan projek itu menelan belanja RM160 billion, menjadikan Malaysia bakal menjadi tumpuan firma kejuruteraan dunia.

Loading...

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.