Yes Techgaming League Pecah Tradisi

Peserta-peserta bersedia untuk bertanding di dalam FIFA Online 2 dilengkapi dengan perkakasan SteelSeries

Plaza Sungei Wang lebih bingit dari hari biasa kerana ianya dipenuhi dengan para gamer, yang juga memikat mata para pengunjung pusat membeli belah terkenal di Kuala Lumpur itu. Para gamer datang bersempena dengan Yes Techgaming League, yang dianjurkan bersama oleh Yes fan OffGamers. Acara tiga hari tersebut memberi peluang untuk gamer Malaysia bermain dengan perisian terkini dan juga perkakasan terkini untuk digunakan untuk permainan video mereka.

Dalam acara tersebut, syarikat terkemuka, SteelSeries telah menunjukkan perkakasan gaming terbaru mereka termasuk tetikus dan papan kekunci gaming yang digunakan untuk pertandingan FIFA Online 2. Gamers tampak sibuk menggunakan perkakasan SteelSeries dan bermain dengan rakan mereka .

Selain pertandingan tersebut, ada juga pertandingan lain seperti pertandingan menyanyi seperti Hatsune Miku di mana peserta dikehendaki menyanyi seakan karektor digital terkenal di Jepun tersebut. Pada hari terakhir acara ini, terdapat juga pertandingan 'cosplay' yang memperlihatkan banyak karektor anime terkenal menjadi kenyataan di hadapan mata mereka.

Ada juga promosi yang dijalankan oleh Yes — jualan pakej "Yes Internet for Gamer", kad hadiah "OffGamers Limited Edition", pameran perisian permainan video terbaru dan juga hadiah cabutan bertuah untuk pengunjung bertuah daripada syarikat-syarikat seperti Sendi Mutiara, Rimasuri, Asiasoft dan Cubinet.

How do you feel about this article?

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.