ZTE Sedia Di Malaysia

Lantik rakan kerjasama untuk jualan produk terbaru

ZTE Malaysia telah melancarkan produk terbaru mereka — ZTE Acqua dengan versi Android terbaru Ice Cream Sandwich terbina dalam. Prosuk terbaru ini adalah kesinambunagn dari produk ZTE yang sebelumnya, ZTE Skate. Syarikat tersebut telah menyatakan bahawa lima juta unit Skate telah dijual di seluruh dunia dan mereka mengharapkan Acqua akan menjadi sebaik Skate di pasaran dunia.

"ZTE Acqua adalah janji kami kepada pengguna dimana ZTA membayangkan innovasi yang memperkayakan hidup pengguna untuk menikmati pengalaman yang paling menyeluruh dengan produk kami. Kami berbangga dengan produk-produk kami yang amat berpatutan harganya agar semua dapat memilikinya. Selain dari pengeluar telefon pinter ke-empat terbesar di dunia, ZTE juga berada ti tangga pertama dari segi jumlah paten antarabangsa — pada 2011 kami telah memfailkan sebanyak 2,826 paten. Ini adalah bukti bahawa kami serius dengan komitmen kami kepada pengguna untuk memberikan yang terbaik dari makmal inovasi kami," kata Jeremy Zhao, Pengarah Bahagian Terminal ZTE Malaysia

Acqua adalah sebuah telefon pintar dengan prosessor 1GHZ dan 4GB storan dalaman. Ianya juga boleh dimuatkan dengan 32GB storan melalui slot microSD. Selain itu ianya mempunyai kamera 5MP dengan auto-fokus, flash, zoom digital 1.6x dan ciri-ciri yang lain.

Dengan pelancaran ini, ZTE telah melantik Ingenuity Solutions Berhad sebagai pengedar tunggal di Malaysia. Selain itu ZTE juga telah menubuhkan kerjasama dengan Ninetology Marketing Sdn Bhd sebagai rakan sokongan jualan dan lepas-jualan untuk pelanggan ZTE.

ZTE Acqua kini boleh didapati di pasaran dengan harga jualan RM699. Untuk informasi lanjut, lawat laman web www.zte.com.cn ataupun laman Facebook ZTE Malaysia di facebook.com/ztemalaysia

How do you feel about this article?

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.