10 Juta Pelajar Di Malaysia Pakai Chromebook

Jika anda bekerja di sebuah syarikat yang kecil, syarikat anda mungkin menggunakan sistem Google Apps untuk menyenangkan hidup anda – iyalah, ia ada emel, kalendar, app dan sebagainya. Kerajaan Malaysia nampak kegunaan sistem ini, dan melalui Google, akan melancarkan sistem Google Apps untuk kegunaan 10 juta pelajar, guru-guru dan juga ibu bapa di sini.

Program ini adalah sebahagian daripada inisiatif yang diambil oleh pihak kerajaan untuk terus menambah-baik sistem pendidikan di Malaysia.

Sejajar dengan perlaksanaan Google Apps, peranti yang menggunakan sistem tersebut – Chromebook – juga akan mula digunakan oleh pelajar-pelajar di Malaysia – di sekolah rendah dan menengah.

Setakat ini, lebih 3000 sekolah di seluruh dunia telah menggunakan Chromebook untuk memperkasa pelajar dengan informasi yang terkini, di dalam sebuah peranti yang mudah dipakai. Untuk kegunaan sistem persekolahan yang besar, sistem yang senang untuk dikawal, diguna dan juga dijaga perlu wujud, dan dengan Chromebook – ianya boleh membantu pelajar-pelajar belajar lebih efektif di dalam kelas. Kisah komputer yang susah untuk digunakan dan juga diserang virus tidak akan wujud lagi.