4 KAWASAN CATAT IPU TIDAK SIHAT

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Tiga kawasan di Johor -- Pasir Gudang,

Larkin dan Kota Tinggi -- serta Kemaman di Terengganu mencatat bacaan Indeks

Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat hari ini.

Bacaan IPU yang direkod di Pasir Gudang sehingga 11 pagi ialah 153, Larkin

(125), Kota Tinggi (118) dan Kemaman (103).

Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam satu kenyataan hari ini melaporkan 16

stesen lain mencatatkan bacaan IPU pada tahap baik dan 32 stesen pada tahap

sederhana.

IPU yang bermula daripada (0-50) adalah baik, (51-100) sederhana, (101-200)

tidak sihat, (201-300) sangat tidak sihat dan (301) berbahaya.

JAS melaporkan kebanyakan kawasan titik panas tertumpu di Sumatera Tengah,

Indonesia.

-- LAGI

JAS-IPU 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR

"Ekoran cuaca panas dan kering, JAS menasihatkan orang ramai agar tidak

melakukan pembakaran terbuka," kata JAS.

Jika sabit kesalahan melakukan atau menyebabkan pembakaran terbuka boleh

dikenakan denda tidak lebih RM500,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi

lima tahun atau kedua-duanya sekali serta kompaun maksimun sebanyak RM2,000 juga

boleh dikenakan atas setiap kesalahan, katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, negara kini mengalami musim monsun barat daya

bermula bulan ini dan dijangka berterusan sehingga September.

JAS akan terus mengawasi dengan rapi status kualiti udara di seluruh negara

mengikut tindakan yang digariskan dalam Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan dan

mengaktifkan Pelan Tindakan Mencegah Pembakaran Terbuka di semua negeri.

JAS juga mempertingkatkan penguatkuasaan ke atas pelepasan asap daripada

kenderaan bermotor dan industri

Sementara itu, orang ramai diminta bekerjasama untuk memadam kebakaran kecil

dan melaporkan kes pembakaran terbuka atau kebakaran kepada Jabatan Bomba dan

Penyelamat di talian 999 dan JAS di talian bebas tol 1-800-88-2727.

-- BERNAMA

MAMA LES SN

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.

  • MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer The Malaysian Insider
    MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer

    The partner of an American passenger aboard the missing Malaysia Airlines flight MH370 has spoken about how a Fox executive who was recently sacked by the news station had contacted her offering to raise funds on her behalf. Sarah Bajc, whose partner Philip Wood is among the 239 people on board the missing plane, told the Sydney Morning Herald... …

  • My last moments with Pa: Ramkarpal Singh The Malaysian Insider
    My last moments with Pa: Ramkarpal Singh

    A week after the tragic crash that took the lives of veteran lawyer and politician Karpal Singh and his personal aide, Michael Cornelius, his son Ramkarpal recounts the final hours with his father that fateful day. This is his story, as told to V. Anbalagan, assistant news editor. “My parents (Karpal and Gurmit) had gone to Pantai Hospital... …

  • In Disney's shadow, homeless families struggle Associated Press
    In Disney's shadow, homeless families struggle

    KISSIMMEE, Fla. (AP) — When they moved from Georgia to the theme park playground of central Florida four years ago, Anthony and Candice Johnson found work at a barbecue restaurant and a 7-Eleven. Their combined salaries nevertheless fell short of what they needed to rent an apartment, so the couple and their two children have instead been hopping among cheap motel rooms along U.S. 192. …