Acer Memperkenalkan Ultrabook Terbaru Mereka di Malaysia

Acer Malaysia telah memperkenalkan rangkaian produk terbaharunya yang akan membawa pengguna moden di zaman pengalaman perkomputeran sentuh ke tahap serba baru. Keseluruhan siri ini diterajui oleh Ultrabook berprestasi bentuk baru, Acer Aspire P3, bersama Acer Aspire R7 iaitu sebuah komputer riba yang direka untuk sentuhan, serta Acer Aspire V Series yang versatil. Barisan peranti mudah alih Acer yang baharu ini menonjolkan tumpuannya terhadap mewujudkan pengalaman perkomputeran baru melalui rekaan progresif.

Acer turut melancarkan kempen pengiklanan globalnya yang menampilkan DJ Superstar, Tiesto dan pembantu peribadinya, Vernon berikutan kejayaan kempen pemasaran tahun 2012. Kempen tahun lalu menampilkan pelakon Kiefer Sutherland dan Megan Fox menggunakan peranti Acer mereka untuk meneroka melangkaui sempadan dan mendedahkan pihak berbeza diri mereka.

Kempen pengiklanan baharu ini merupakan pelengkap kepada produk Acer melalui suatu kisah hebat yang mencerminkan tentang apa yang seseorang suka tentang peranti mereka, serta pengalaman baru yang mereka alami. Acer Malaysia akan mengaktifkan kempen ini secara rasminya pada hari ini melalui medium-medium berbeza daripada Media Cetak, Digital, Luar Rumah, Rangkaian Sosial, Panggung Wayang hinggalah Peruncitan. Tontoni iklan di laman YouTube: www.youtube.com/AcerMalaysiaChannel