Advertisement

AirAsia guna perkhidmatan Inventori Terurus Airbus

Blogger faces bankruptcy proceeding after failing to pay damages to AirAsia

AirAsia memeterai perjanjian dengan Airbus untuk melaksanakan perkhidmatan Inventori Terurus Airbus (AMI) bagi kumpulan pesawat A320 dan A330 miliknya di pangkalannya di Kuala Lumpur dan Bangkok.

Perkhidmatan AMI, yang menekankan strategi Airbus dalam menawarkan perkhidmatan mengikut kehendak berdasarkan piawaian industri terkini, memastikan alat-alat ganti yang tinggi penggunaan dan tidak boleh dibaiki di fasiliti pelanggan ditambah secara automatik dam berterusan, demikian menurut Airbus dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua AirAsia Engineering Group Anaz Ahmad Tajuddin berkata AMI akan membantu AirAsia mengurangkan kos pelaburan alat ganti di samping memaksimumkan penghantaran alat ganti apabila diperlukan.

Naib Presiden Kanan Perkhidmatan Pelanggan Airbus Didier Lux berkata dengan AMI, Airbus teruja untuk membawa faedah penyelesaian rantaian bekalan kepada AirAsia dari hujung-ke-hujung yang meliputi pelbagai bahagian alat ganti standard Airbus.

"Melalui pemilihan ini, AirAsia menjadi pelanggan keempat di rantau ini yang memilih penyelesaian pengurusan inventori AMI," kata Lux.

Perkhidmatan ini membantu pelanggan Airbus mengurangkan kos pegangan inventori mereka.

Dengan mendapatkan maklumat penggunaan bahan dalam masa sebenar dan secara automatik, ia akan mencetuskan pesanan penambahan dalam tahap inventori yang telah dipersetujui, perkhidmatan ini memberi jaminan ketersediaan tinggi stok bekalan selain mengurangkan paras stok inventori secara keseluruhan, katanya.

Airbus adalah pengeluar pesawat terkemuka di dunia yang menawarkan pelbagai jenis pesawat penumpang yang moden, inovatif dan cekap di pasaran dengan kapasiti dari 100 hingga lebih 500 tempat duduk. – Bernama, 16 April, 2014.