AKAUNTAN BERJAYA DALAM PERNIAGAAN KEK DALAM TALIAN

  • Australia sees ‘regroup’ on MH370 search in a few days
    Australia sees ‘regroup’ on MH370 search in a few days

    Australia will decide in a few days whether to alter or scale back the search for missing Malaysia Airlines flight 370, but will consult all countries involved on any changes, Australia's ambassador to the United States said yesterday. Kim Beazley told CNN the search countries would "regroup and reconsider" if nothing is found in a section of... …

  • MAS plane bound for Bangalore makes emergency landing in KLIA after tyre bursts
    MAS plane bound for Bangalore makes emergency landing in KLIA after tyre bursts

    A Malaysia Airlines plane with 166 people on board was forced to make an emergency landing in Kuala Lumpur early today in another blow to its safety image after the loss of flight MH370. Flight MH192, bound for Bangalore, India, turned back to Kuala Lumpur after it was discovered that a tyre had burst on take-off, the airline said. "As... …

  • Academic: Seaweed farmers main suspects in turtle deaths
    Academic: Seaweed farmers main suspects in turtle deaths

    PETALING JAYA, April 21 — Seaweed farmers are believed to be responsible for the deaths of four green turtles found floating in the sea between Bum-Bum Island and Kulapuan Island in Semporna.... …

  • Bible, highway storm proves ‘Kajang Move’ right, its engineers say
    Bible, highway storm proves ‘Kajang Move’ right, its engineers say

    KUALA LUMPUR, April 21 — Tan Sri Khalid Ibrahim has shown he is unfit to head Selangor as seen in his recent fumble of the bible seizure and the green light given for a 14.9km elevated highway... …

  • Mosti deny accusations that R&D grant of RM1.152 billion was abused – Bernama

    The Ministry of Science, Technology and Innovation (Mosti) today denied allegations of abusing grants amounting to RM1.152 billion that was allocated for research and development (R&D). Its deputy minister Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah said the allocation for the R&D was given to researchers or applicants using a tight procedure. He said... …

  • Singaporean tourist killed, 39 injured in bus accident, the third in 8 days – Bernama

    A Singaporean tourist was killed while 39 others were injured, including two drivers, when the double-decker tour bus they were travelling in plunged into a ravine at KM70 of the Kuantan-Segamat highway near Pekan, Pahang, this afternoon.  The bus, driven by a local driver, transporting 38 Singaporean tourists from Redang Island, Terengganu to... …

ALOR SETAR, 7 Jun (Bernama) -- Bermula dengan hanya sekadar suka-suka untuk

menghasilkan kek cawan, kini usaha yang dilakukan oleh Zuriani Abd Kadir, 47,

memberi satu sumber pendapatan yang agak lumayan.

Apa yang menarik, beliau yang memiliki ijazah sarjana muda dan sarjana dalam

bidang perakaunan dari University Of East London, United Kingdom sanggup

meninggalkan kerjaya profesional beliau untuk berkecimpung dalam perniagaan

bakeri secara dalam talian.

Beliau berhenti berkhidmat di Bahagian Sumber Manusia (HR) di Syarikat Bina

Darul Aman, sebuah anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), pada

2009, untuk menjadi surirumah sepenuh masa dan menumpu kepada perniagaan bakeri

yang kian mendapat sambutan baik.

MINAT BUAT KEK SEJAK KECIL

Minat yang mendalam terhadap pembuatan kek, menyebabkan beliau tidak

terlalu memandang kepada keuntungan semata-semata kerana apa yang dilakukannya

lebih mementingkan kepuasan dan penerimaan pelanggan.

Zuriani atau lebih mesra dengan panggilan Zue dalam kalangan teman-temannya

berkata beliau memang suka melukis dan membuat kek sejak di bangku sekolah lagi.

Memandangkan sejak kecil lagi beliau sering membantu ibunya menyediakan

pelbagai jenis biskut raya untuk tempahan secara kecil-kecilan, jadi ia tidaklah

menjadi suatu masalah besar kepadanya untuk berjinak-jinak dalam bidang ini.

Malah, katanya, ketika beliau melanjutkan pelajaran ke luar negara selama

enam tahun, beliau dan teman-temannya akan bergotong-royong menyediakan kek dan

biskut sebagai juadah untuk menyambut Hari Raya di sana memandangkan mereka

tidak selalu berpeluang untuk pulang beraya bersama keluarga di tanah air.

Ketika mencerita pengalamannya sewaktu memulakan perniagaan bakeri

di rumah, Zuriani berkata beliau mendapat sokongan penuh daripada suaminya Mohd

Jafri Abd Hamid, 47, serta anaknya.

Ibu kepada tiga orang anak itu berkata, beliau mula terlibat secara tidak

langsung dalam perniagaan bakeri pada tahun 2008 dan membuat keputusan untuk

berhenti kerja pada 2009, supaya dapat memberi lebih tumpuan berikutan

permintaan yang baik bagi produk hasil tangannya yang diberi jenama Zue''s Oven.

"Segalanya bermula selepas saya membawa marble cheese brownies yang saya

buat untuk kawan-kawan di pejabat. Mereka sukakannya dan bertanya kek apa lagi

yang saya pandai buat, dan sejak dari itu ramai kawan-kawan yang datang membuat

tempahan untuk pelbagai jenis kek, biskut dan makaroni.

"Satu hari ketika keluar minum bersama seorang teman rapat, beliau bertanya

apa yang saya sangat suka buat?, jawab saya, suka melukis dan

bakeri. Lepas itu beliau nasihati saya untuk belajar menghias kek supaya boleh

mengambil tempahan secara sambilan suatu hari nanti," katanya.

YANG TERBAIK UNTUK PELANGGAN

Selain bakatnya yang sedia ada serta minat yang mendalam dalam bidang

bakeri, Zuriani juga sentiasa berusaha memantapkan lagi kemahirannya dengan

mengikuti kelas-kelas menghias kek.

Walaupun yurannya agak mahal berbanding sesetengah mereka yang hanya belajar

daripada orang lain ataupun belajar dalam laman sosial media seperti blog dan

YouTube, tapi bagi Zuriani, ia sangat berbaloi kerana ilmu yang diperoleh itu

dirasakan lebih berkat.

Isteri kepada seorang arkitek ini berkata selain mendapat tempahan kek,

beliau juga diminta pelanggannya untuk mengubah hantaran, barang-barang

perhiasan, bunga, barang-barang hotel dan banyak lagi.

Walaupun permintaan pelanggan itu kadangkala di luar bidangnya namun dia

selalu mencuba sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik.

"Pada hari-hari biasa saya akan mendapat tempahan daripada pelanggan tidak

kurang 10 biji kek sehari tetapi pada musim perayaan permintaan akan bertambah

sehinggakan saya tidak menang tangan dan kadang-kadang terpaksa meminta bantuan

anak serta rakan untuk membantu menyiapkan tempahan pelanggan.

"Saya melakukan semuanya sendiri, saya tidak ada pembantu kerana susah nak

cari orang yang punya semangat seperti kita kerana bidang ini memerlukan

kesabaran yang tinggi dan kadang-kadang anak yang akan membantunya dari mula

proses membuat kek, menghias, membungkus dan menghantar.

"Ada juga pelanggan yang datang ambil sendiri tempahan mereka dan

ada yang saya hantar sendiri ke rumah mereka tetapi itu bergantung kepada

tempat dan masa saya," katanya.

DAPAT TEMPAHAN DARI LUAR NEGARA

Kek hasil tangan anak ketiga daripada lapan beradik ini bukan sahaja

mendapat sambutan dalam kalangan orang tempatan malahan pernah mendapat tempahan

dari luar negara seperti Belanda dan India.

Selain itu jirannya yang berbangsa Jerman juga sangat menyukai keknya

sehinggakan meminta beliau mengubah kek marble cheese brownies untuk dijadikan

hadiah.

Selain kreatif menghias di atas permukaan kek dengan pelbagai figura bunga

atau apa sahaja yang diminta pelanggan, Zuriani juga berbakat dalam membuat kek

3D yang mula berkembang abad ini, kek dalam jar, biskut, brownies, pasta,

pemanis mulut, ''door gift'' dan mini kek.

Malah dia pernah diberi kepercayaan untuk menyediakan kek untuk sambutan

hari lahir bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abd Razak.

Produk-produk hasil tangan Zuriani juga berjaya mendapat tempat di

hotel-hotel sekitar Alor Setar.

Beliau, yang berasal dari Nilam Puri, Kelantan, berkata selain mengiklankan

produk Zue''s Oven dalm blog dan Facebook, beliau turut menyediakan ''flyers''

kepada pelanggan yang datang mengambil tempahan mereka supaya pelanggannya dapat

memberikan ''flyers'' itu kepada orang lain.

Beliau juga ada menyediakan katalog yang dimuatkan dengan gambar-gambar

bakeri hasil buatannya untuk memudahkan pelanggan membuat pilihan.

Katanya perniagaannya semakin berkembang kerana bantuan pelanggannya yang

selalu mencadangkan Zue''s Oven kepada kawan yang lain.

"Sebenarnya saya juga ada membuka kelas asas hiasan kek cawan itu pun atas

permintaan pelanggan yang mahu belajar membuatnya. Setakat ini dah banyak kali

kelas dibuat tapi ia bergantung kepada masa saya, sekarang pun ada juga yang

minta untuk buat kelas itu tapi saya belum ada tarikh yang sesuai untuk

memulakan kelas, sesiapa yang berminat boleh melihat perincian kelas di blog

saya www.cekmekzue.zue.blogspot.com," katanya.

CITA-CITA INGIN BUKA KAFE SANTAI

Zuriani yang bercita-cita untuk memiliki sebuah kafe yang santai suatu hari

nanti, berkata setakat ini beliau lebih selesa bekerja di rumah kerana banyak

benda yang dapat dilakukan seperti membasuh, memasak dan yang paling penting

keperluan anak dan suami terjaga serta bebas melakukan apa sahaja kerana tidak

terikat dengan waktu bekerja.

"Berbanding jika saya bekerja di kedai, 24 jam saya perlu berada di sana

dan masa saya akan terhad untuk anak," katanya.

Ketika ditanya mengenai perasaannya sepanjang menjadi usahawan dalam talian,

beliau berkata itu satu lumrah kehidupan ada yang suka dan dapat respon yang

baik daripada pelanggan dan ada yang membuat tempahan tetapi tidak mengambilnya.

Jujurnya beliau agak kecewa namun tetap bersyukur kerana tiada peristiwa

buruk atau teruk yang berlaku setakat ini yang membolehkan semangatnya jatuh.

"Sesiapa yang ingin membuat tempahan bakeri atau gubahan bolehlah hubungi

saya melalui blog dan Facebook. Harga kek bergantung kepada hiasan atas

permintaan pelanggan. Anggaran harga kek adalah RM50 dan ke atas untuk saiz

biasa seberat satu kilogram," katanya.

Selain itu, Zuriani dan suami turut menjalankan perusahaan homestay

berdekatan rumahnya.

Homestay itu dihias cantik dan tampak mewah seperti hotel lima bintang

dengan hiasan perkakasan daripada kayu jati.

Istimewanya beliau akan menyediakan kek kepada pelanggan homestaynya. Harga

untuk sehari menginap di homestay itu ialah RM300 namun akan menjadi RM250

sekiranya lebih daripada satu hari.

-- BERNAMA

PFAB KAY CR

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.

  • In funeral procession, thousands chant ‘Karpal Singh! Karpal Singh! Karpal Singh’ (VIDEO) The Malay Mail Online
    In funeral procession, thousands chant ‘Karpal Singh! Karpal Singh! Karpal Singh’ (VIDEO)

    GEORGE TOWN, April 20 — The streets of Penang’s historical city centre roared with the voices of thousands calling out the name of their state’s beloved son — Karpal Singh.  Elbows jostled with... …

  • Raja Bomoh spouting mumbo-jumbo again The Malaysian Insider
    Raja Bomoh spouting mumbo-jumbo again

    Bomoh (shaman) Ibrahim Mat Zin (pic, third left) is in the headlines for the wrong reasons again, this time for conducting a cleansing ritual along KM306.1 of the North-South Expressway. The area has been in the spotlight since last Thursday after Bukit Gelugor MP Karpal Singh died when his Toyota Alphard was involved in a collision with a... …

  • Remains of Karpal’s aide to be flown back to India The Malaysian Insider
    Remains of Karpal’s aide to be flown back to India

    The remains of Karpal Singh’s personal aide Michael Cornelius, who died in Thursday's accident along with the Bukit Gelugor MP, will be flown back to India today, according to media reports. Prayers would be held for Michael, 39, at the Ipoh Hospital mortuary before his remains are transferred to the Kuala Lumpur International Airport, The... …