APAM JOHOL TERKENAL DI NEGERI SEMBILAN

  • DAP to decide next week who will run in Bukit Gelugor by-election
    DAP to decide next week who will run in Bukit Gelugor by-election

    The DAP central executive committee will discuss candidature of the Bukit Gelugor parliamentary seat for the upcoming by-election when it meets next Monday. Its secretary-general Lim Guan Eng said party leaders have, in the meantime, been told to refrain from making any announcement on the by-election to avoid distortion by mainstream media.... …

  • Don’t forget Pakatan’s common agenda, DAP reminds PAS as hudud row escalates
    Don’t forget Pakatan’s common agenda, DAP reminds PAS as hudud row escalates

    DAP will not bow to threats and will continue to resist the implementation of hudud as it is clearly unconstitutional, a party lawmaker said today. Puchong MP Gobind Singh Deo (pic) said the party's stand on the Islamic penal law would not waver, especially as it was against the Pakatan Rakyat agenda. Gobind's father, the late Bukit Gelugor... …

  • Jalan Bukit Bintang stretch closed to traffic from today
    Jalan Bukit Bintang stretch closed to traffic from today

    The 500m stretch of Jalan Bukit Bintang between Chulan Square and Menara Worldwide will be closed to all traffic beginning today. Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp), in a statement today, said the closure was because of road rectification works following the detection of a depression beneath the pedestrian walkway in Jalan Bukit... …

  • KLIA2 found up to the mark, says Hisham

    The International Civil Aviation Organisation (ICAO) has found the Kuala Lumpur International Airport 2 (KLIA2) to be safe and that it meets international standards, says Acting Transport Minister Hishammuddin Hussein.   He said ICAO had prepared a preliminary technical audit report on April 18 and it had been tabled to the cabinet yesterday.   "I think we are on track and it makes me proud to say that what we have promised the public - that KLIA2 will open as scheduled - will happen," he said …

  • Dropping Tony Pua from forum will cost BN youth support, says former MCA veep
    Dropping Tony Pua from forum will cost BN youth support, says former MCA veep

    A former MCA vice-president has spoken out against the move by the Malaysia Summit Australia (MASA) Conference to drop opposition lawmaker Tony Pua from the forum, saying that it would cost Barisan Nasional crucial support from youths. In a series of tweets, Gan Ping Sieu (pic) said barring opposition leaders from the Pakatan Rakyat pact would... …

  • Search for MH370 looks set for next phase, says report
    Search for MH370 looks set for next phase, says report

    After almost seven fruitless week of searching for Malaysia Airlines flight MH370, international agencies involved in the hunt are negotiating how to manage the next phase of the operation, The Wall Street Journal (WSJ) said in a report. Malaysian and Australian officials are said to be hammering out a new agreement that will set out critical... …

KUALA PILAH, 10 Sept (Bernama) -- Apam, sejenis kuih gebu yang biasanya

diperbuat daripada tepung beras dan dicampur ragi, santan serta gula, memang

kuih yang digemari ramai.

Antara yang popular ialah Apam putih, Apam Berkuah, Apam Pelangi, Apam

Malaysia dan Apam Polkadot.

Sejenis apam di Negeri Sembilan, yang dinamakan Apam Johol, turut menjadi

kegemaran ramai kerana keunikannya dan cara tradisional untuk proses

penyediaannya.

ASAL APAM JOHOL

Apam Johol dahulunya dikenali sebagai apam daun rambai, kerana proses

pembuatannya menggunakan daun pokok itu. Ia dikatakan berasal dari Johol

kerana terdapat banyak pengusaha dan pembuat makanan itu tinggal di

kawasan ini.

Menurut Ketua Kampung, Kampung Masjid Tua, Johol, Amirudin Ismail, 59, pada

mulanya kuih ini selalu dihidangkan pada majlis jamuan sekitar kawasan Johol dan

daerah Kuala Pilah sahaja.

Katanya, apabila ada pihak yang ingin mengadakan majlis atau keraian, kuih

apam akan ditempah dari beberapa orang pengusahanya (pembuat kuih) di Johol.

"Memandangkan kuih ini mendapat sambutan baik dan mula digemari, akhirnya

ia mendapat perhatian anggota Dewan Undangan Negeri Johol Allahyarham

Datuk Roslan Md Yusof.

"Allahyaham meminta pengusaha kuih itu untuk mengekalkan ciri-ciri

tradisi kuih berkenaan iaitu pembungkusannya menggunakan daun rambai, warnanya

coklat muda, tepung yang digunakan tepung gandum dan gulanya pula gula merah

atau gula Melaka," katanya ketika ditemui Bernama baru-baru ini.

Katanya, untuk mempopularkan makanan itu, Roslan memperkenalkannya

semasa ucapan penangguhan beliau pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sembilan

tahun 2005 ketika menyentuh perkara berkaitan pelancongan dan makanan

tradisional Negeri Sembilan.

CARA TRADISIONAL

Dalam ucapan itu, Roslan menjelaskan mengenai ciri-ciri tradisional

yang terdapat pada kuih apam itu dan menamakannya apam Johol, kata Amiruddin

yang memberitahu bahawa selepas diberi nama apam Johol, kuih itu mula mendapat

tempat malah di luar pasaran Johol.

"Asalnya orang kampung menamakan kuih ini sebagai apam daun rambai kerana

ia dibalut dengan daun pokok itu. Tujuan ia dibungkus sedemikian sebab masa

itu kita tak ada cara pembungkusan yang moden, jadi kita gunakan daun rambai dan

daun rambai pula didapati paling sesuai jika dibandingkan dengan daun lain

termasuk daun pisang," katanya.

Apam Johol sering kali dijadikan juadah minum petang termasuk pada

majlis-majlis rasmi kerajaan negeri sehinggakan ada yang merasakan tidak lemgkap

sesuatu juadah itu tanpa kehadiran apam Johol.

Apam ini juga mampu menarik sesiapa sahaja dengan baunya yang wangi,

bentuknya yang gebu dan lembut, selain rasanya yang tidak terlalu manis.

Selain itu, apam ini mempunyai sedikit rekahan di bahagian atas dan sangat

enak dimakan bersama kuah sambal, rendang, bubur kacang, kuah daging dan kuah

durian.

APAM JOHOL DIGEMARI RAMAI

Seorang pengusaha apam Johol dari Kampung Masjid Tua, Jaafar Aziz, 46,

berkata kuih ini bukan saja digemari oleh penduduk setempat malah turut digemari

Raja-Raja Melayu serta pemimpin negara.

"Kuih ini bukan setakat orang kampung, malahan Raja-Raja seperti

kerabat Sultan Perlis, Pahang, Selangor dan Yang di-Pertuan Besar Negeri

Sembilan juga merasai apam ini.

"Selain itu, bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Perdana

Menteri sekarang Datuk Seri Najib Tun Razak pernah merasai apam Johol semasa

beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri dulu," katanya.

Jaafar berkata berbanding apam lain, keunikan apam Johol ini adalah ia

dibungkus dengan daun rambai dan ini menjadi satu daripada identitinya, selain

menambah aromanya.

Katanya, walaupun cara memasaknya adalah sama iaitu dikukus, tetapi apam

Johol ini boleh bertahan lama berbanding apam yang lain.

APAM JOHOL TERUS DIGEMARI

Jaafar berkata proses membuat apam Johol ini tidaklah begitu rumit seperti

yang disangka tetapi memerlukan kesabaran dan seni kerana daun rambai harus

digunting elok bagi memastikan apam Johol yang dikukus nampak cantik dan kemas.

Buat masa ini beliau mampu menghasilkan kira-kira 500 hingga 700

biji apam sehari dan adakalanya mencecah 4,000 biji sehari terutama

apabila ada majlis rasmi kerajaan negeri, keraian dan tempahan dari hotel di

sekitar Negeri Sembilan dan juga luar.

"Bagaimanapun hanya beberapa orang sahaja di Johol yang diperakui dapat

menghasilkan kuih apam Johol ini yang benar-benar menjadi. Ada juga yang

cuba-cuba meniru tetapi tidak berapa menjadi kerana ada juga rahsia yang tidak

diturunkan oleh pembuat asalnya.

"Kuih apam Johol yang benar-benar menjadi, akan berbau wangi, lembut,

tidak terlalu manis, merekah di bahagian atasnya, berwarna coklat muda dan

boleh tahan sehingga tiga atau empat hari jika disimpan dengan baik," katanya.

Jaafar berkata sejak dipopularkan, beliau memperoleh pendapatan yang

lumayan dan beliau bercadang untuk memperbesar perusahaan ini.

-- BERNAMA

RP RON

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.

  • MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer The Malaysian Insider
    MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer

    The partner of an American passenger aboard the missing Malaysia Airlines flight MH370 has spoken about how a Fox executive who was recently sacked by the news station had contacted her offering to raise funds on her behalf. Sarah Bajc, whose partner Philip Wood is among the 239 people on board the missing plane, told the Sydney Morning Herald... …

  • My last moments with Pa: Ramkarpal Singh The Malaysian Insider
    My last moments with Pa: Ramkarpal Singh

    A week after the tragic crash that took the lives of veteran lawyer and politician Karpal Singh and his personal aide, Michael Cornelius, his son Ramkarpal recounts the final hours with his father that fateful day. This is his story, as told to V. Anbalagan, assistant news editor. “My parents (Karpal and Gurmit) had gone to Pantai Hospital... …

  • Absolute power corrupts absolutely, Dr Mahathir reminds current leaders The Malaysian Insider
    Absolute power corrupts absolutely, Dr Mahathir reminds current leaders

    Malaysian leaders have been reminded not to look down on the public’s capability to topple a corrupt government as what had happened in the Middle East during the Arab spring, warned Tun Dr Mahathir Mohamad (pic). In his latest blog posting today, the country’s longest serving prime minister said that monarchs and dictators in the Middle East... …