BAKAL PESARA DISARAN SEDIA RANCANGAN AWAL SELEPAS BERSARA

KUCHING, 15 Jun (Bernama) -- Bakal pesara disaran mengatur rancangan baharu

seperti mencebur diri dalam aktiviti berfaedah selepas persaraan mereka, kata

Timbalan ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu.

Beliau berkata aktiviti pertanian yang mampu menjana ekonomi dan pendapatan

adalah antara contoh kegiatan serta rancangan yang boleh dilakukan

selepas persaraan.

"Pengurusan selepas persaraan ini perlu, saya rasa adalah sesuatu yang baik

kalau ada bekas pesara profesional dalam persatuan yang boleh mewujudkan

jawatankuasa, bagi menyediakan pelan maklumat berkenaan apa yang sesuai dan

boleh dilakukan oleh mereka yang berada di dalam usia persaraan," katanya.

Beliau berkata demikian semada berucap pada Mesyuarat Agung Tahunan ke-41

Persatuan Pesara Kerajaan Sarawak, di Dewan Suarah, di sini hari ini.

Sementara itu, Jabu turut memuji usaha persatuan tersebut yang terus

memperjuangkan nasib pesara kerajaan di Sarawak sejak diwujudkan pada 1971 dan

berjanji akan memanjangkan beberapa permohonan persatuan untuk penilaian

kerajaan negeri.

-- LAGI

JABU-PESARA 2 (AKHIR) KUCHING

Katanya beliau akan bincang dengan Ketua Menteri mengenai permohonan

persatuan itu untuk mendapatkan geran tahunan dan sebidang tanah untuk membina

pejabat persatuan itu di sini.

"Selain itu permintaan agar penyelarasan bantuan kepada pesara kerajaan

negeri dengan kerajaan persekutuan pula akan dirujuk dengan Jabatan Perkhidmatan

Awam," katanya.

Pada majlis yang sama, Jabu turut mengumumkan sumbangan RM20,000 kepada

persatuan itu untuk menguruskan aktivitinya.

-- BERNAMA

NBA2 NBA2 KLS DC

Loading...