Banjir di Kemaman: Terburuk berbanding tahun lalu, kata penduduk

Banjir yang kini melanda daerah Kemaman disifatkan lebih buruk berbanding tahun lalu dan melumpuhkan hampir sebahagian besar bandarnya yang terletak di Chukai.

Kemaman merupakan kawasan paling teruk terjejas akibat banjir di Terengganu berbanding Hulu Terengganu dan Dungun.

Walaupun mangsa yang dipindahkan hampir mencecah 3,000 orang setakat 7 petang semalam di Kemaman, namun jumlah itu dijangka meningkat menjelang tengah malam berikutan air laut pasang.

Tinjauan Bernama di beberapa kawasan termasuk Kampung Bukit Mentok dan Pengkalan Pandan mendapati penduduk kawasan itu meninggalkan kediaman masing-masing kerana kebanyakan rumah mereka ditenggelami air hingga ke paras bumbung.

Penduduk Bandar Baru Bukit Mentok, Norita Abdul, 38, berkata banjir tahun ini lebih ganas berbanding sebelumnya hingga sebahagian kawasan didiaminya tenggelam.

"Keluarga saya hanya sempat mengalihkan sebahagian barangan rumah ke tempat tinggi berikutan air yang naik ke dalam rumah dengan mendadak kali ini.

"Tahun lepas, air naik ke rumah tidak secepat ini tetapi kali ini sangat berbeza sehingga rumah saya tenggelam hanya nampak bumbung," kata ibu lima anak itu ketika ditemui di Pusat Pemindahan mangsa banjir di Dewan Seri Amar di Kemaman, semalam.

Jaafar Omar, 57, dari Kampung Pengkalan Pandan, berkata kalau semasa banjir sebelum ini air masuk rumahnya paling tinggi pun hanya separas pinggang namun bencana kali ini lebih buruk.

"Tahun lepas air bah naik hanya paras pinggang. Saya letak barang-barang tinggi sedikit daripada paras pinggang.

"Namun keesokan bila saya hendak balik ke rumah, Masya-Allah, rumah tinggal bumbung,  semua tenggelam," katanya yang belum dapat menganggarkan jumlah kerugian dialaminya.

Sementara itu kesesakan teruk berlaku di Chukai setelah beberapa jalan utama di pusat bandar itu dinaiki air sedalam 0.5 hingga 1.5 meter di beberapa tempat.

Lebih memburukkan keadaan apabila kebanyakan pusat perpindahan mangsa banjir terpaksa bergelap akibat tiada bekalan elektrik sejak jam 10 malam berikutan Tenaga Nasional Berhad (TNB) memutuskan bekalan eletrik di beberapa kawasan banjir bagi mengelakkan kejadian litar pintas.

Stesen minyak turut mengalami masalah sama kerana memerlukan bekalan eletrik untuk beroperasi dan menyebabkan pengguna jalan raya terpaksa beratur panjang untuk mengisi minyak di lokasi pinggir bandar yang tidak dilanda banjir.

Tinjauan di Hulu Terengganu turut mengalami situasi sama seperti di Kemaman dengan kira-kira 25 keluarga di Kampung Paya Besar mengalami detik cemas setelah kediaman mereka mula dinaiki air akibat hujan berterusan sejak empat hari lalu.

Namun kegelisahan mereka terubat setelah bantuan penyelamat tiba dengan menaiki bot Bomba dan Penyelamat Kuala Berang untuk membawa mereka ke pusat pemindahan Balairaya Paya Besar.

Penduduk kampung, Mohd Nasir Salleh, 45, berkata hampir kesemua rumah penduduk dinaiki air sehingga bumbung dan dia tujuh sekeluarga terpaksa berpindah sehelai sepinggang.

"Hujan lebat tidak berhenti sejak beberapa hari lalu antara penyebab air naik secara luar biasa dan mendadak. Saya boleh nampak haiwan ternakan berenang-renang dan barang rumah seperti tong gas terapung di atas air," katanya. - Bernama, 5 Disember, 2013.

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.

  • MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer The Malaysian Insider
    MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer

    The partner of an American passenger aboard the missing Malaysia Airlines flight MH370 has spoken about how a Fox executive who was recently sacked by the news station had contacted her offering to raise funds on her behalf. Sarah Bajc, whose partner Philip Wood is among the 239 people on board the missing plane, told the Sydney Morning Herald... …

  • My last moments with Pa: Ramkarpal Singh The Malaysian Insider
    My last moments with Pa: Ramkarpal Singh

    A week after the tragic crash that took the lives of veteran lawyer and politician Karpal Singh and his personal aide, Michael Cornelius, his son Ramkarpal recounts the final hours with his father that fateful day. This is his story, as told to V. Anbalagan, assistant news editor. “My parents (Karpal and Gurmit) had gone to Pantai Hospital... …

  • In Disney's shadow, homeless families struggle Associated Press
    In Disney's shadow, homeless families struggle

    KISSIMMEE, Fla. (AP) — When they moved from Georgia to the theme park playground of central Florida four years ago, Anthony and Candice Johnson found work at a barbecue restaurant and a 7-Eleven. Their combined salaries nevertheless fell short of what they needed to rent an apartment, so the couple and their two children have instead been hopping among cheap motel rooms along U.S. 192. …