BANTUAN RM500 KEPADA MANGSA BANJIR DI KEMAMAN LIBATKAN PERUNTUKAN RM3 JUTA

KEMAMAN, 17 Feb (Bernama) -- Agihan bantuan sebanyak RM500 kepada mangsa

banjir di Kemaman yang dibuat secara berperingkat, melibatkan peruntukan RM3

juta, kata Pegawai Daerahnya, Mohamad Kamil.

Beliau berkata banjir yang melanda Kemaman baru-baru ini menyebabkan lebih

15,000 mangsa terpaksa ditempatkan ke pusat pemindahan.

"Kita akan agihkan bantuan secara berperingkat kepada semua ketua keluarga

mangsa kira-kira 6,000 orang melibatkan peruntukan lebih RM3 juta," katanya

ketika ditemui pada majlis penyampaian bantuan oleh Menteri Besar Datuk Seri

Ahmad Said di sini.

Mohamad berkata agihan bantuan siri pertama itu menyaksikan seramai 2,058

ketua keluarga mangsa banjir beberapa kampung dalam daerah Kemaman menerima

bantuan melibatkan sejumlah RM1.029 juta.

Dalam pada itu, mangsa banjir pelbagai kaum di daerah ini melahirkan rasa

syukur dan berterima kasih kepada kerajaan negeri Terengganu yang menghulur

bantuan bagi meringankan beban mereka.

-- LAGI

BANJIR-MANGSA 2 (AKHIR) KEMAMAN

Tan See Ba, 52, dari Bandar Baru Bukit Mentuk berkata kerajaan negeri

Terengganu ketika ini sememangnya berjiwa rakyat kerana prihatin dengan

kesusahan yang ditanggung mangsa banjir sepertinya.

"Kerajaan begitu bersimpati dengan rakyat tanpa mengira kaum apabila

mengagihkan bantuan bagi meringankan beban mangsa banjir.

"Apabila kerajaan ingatkan kita, mana mungkin kita boleh lupa kepada

kerajaan yang banyak membantu dalam pelbagai bentuk," katanya ketika ditemui

hari ini.

Tan, yang berniaga kayu dan berasal dari Johor, sudah 30 tahun menetap di

negeri ini dan berkata beliau amat suka tinggal di Terengganu, terutama Kemaman,

kerana penduduknya baik dan pemerintah juga sangat prihatin terhadap rakyat.

Salleh Omar, 56, dari Kampung Bukit Mentuk pula berkata beliau gembira

dengan bantuan itu dan turut menerima RM500 daripada kerajaan pusat serta

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM), juga sebanyak RM500.

"Dengan bantuan yang diberikan itu, saya akan membelanjakannya dengan

berhemah, terutama untuk keperluan keluarga. Kalau dikumpulkan, banyak juga,"

katanya.

-- BERNAMA

TAJ AZM SBB

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.

  • MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer The Malaysian Insider
    MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer

    The partner of an American passenger aboard the missing Malaysia Airlines flight MH370 has spoken about how a Fox executive who was recently sacked by the news station had contacted her offering to raise funds on her behalf. Sarah Bajc, whose partner Philip Wood is among the 239 people on board the missing plane, told the Sydney Morning Herald... …

  • My last moments with Pa: Ramkarpal Singh The Malaysian Insider
    My last moments with Pa: Ramkarpal Singh

    A week after the tragic crash that took the lives of veteran lawyer and politician Karpal Singh and his personal aide, Michael Cornelius, his son Ramkarpal recounts the final hours with his father that fateful day. This is his story, as told to V. Anbalagan, assistant news editor. “My parents (Karpal and Gurmit) had gone to Pantai Hospital... …

  • In Disney's shadow, homeless families struggle Associated Press
    In Disney's shadow, homeless families struggle

    KISSIMMEE, Fla. (AP) — When they moved from Georgia to the theme park playground of central Florida four years ago, Anthony and Candice Johnson found work at a barbecue restaurant and a 7-Eleven. Their combined salaries nevertheless fell short of what they needed to rent an apartment, so the couple and their two children have instead been hopping among cheap motel rooms along U.S. 192. …