BECA ASET PELANCONGAN DI TERENGGANU

  • Tuhan Harun case postponed again to July 22 – Bernama
    Tuhan Harun case postponed again to July 22 – Bernama

    The Lower Shariah Court today postponed again the case of leader of the “Tuhan Harun” deviant sect, Harun Mat Saat, to July 22. Judge Abdul Wahid Mohd Ali set the date after hearing the application from Pahang Islamic Religious Department deputy prosecutor Mohd Fahmi Abd Jalil that he needed more time to examine the legal representation... …

  • What if flight MH370 is never found?
    What if flight MH370 is never found?

    Despite assurances from Malaysia and Australia that the search will continue for Malaysia Airlines flight MH370, the lack of significant leads after almost seven weeks are leading many to ask: What if the jetliner that disappeared over the southern Indian Ocean is never found? At the start of the massive international search effort, such a... …

  • New law to give Sarawak natives freedom in purchasing customary rights land
    New law to give Sarawak natives freedom in purchasing customary rights land

    Bumiputera from Sarawak could eventually buy Native Customary Rights (NCR) land outside their ethnic group or community when the state amends its Land Code in November. Chief Minister Tan Sri Adenan Satem (pic, right), in disclosing the government's intention to table the amendment at its Budget sitting, said with the amendment the Iban, for... …

  • Cops cannot declare May Day rally illegal, lawyer says
    Cops cannot declare May Day rally illegal, lawyer says

    KUALA LUMPUR, April 24 — There are no provisions under the Peaceful Assembly Act (PAA) 2012 that allows the authorities to declare the anti-GST rally planned for May 1 as illegal, human rights... …

  • On May Day, trade unions to rally against GST, TPPA
    On May Day, trade unions to rally against GST, TPPA

    SUBANG JAYA, April 24 — The Malaysian Trades Union Congress (MTUC) announced today a May Day rally to protest against Putrajaya’s newly-approved consumption tax system and a US-led free trade... …

  • Rafizi rips apart deputy minister's grant denial

    A PKR leader has pointed out that Abu Bakar Mohamad Diah referred to grant recipients from a different time period when denying that RM100 million was allocated to a firm purportedly favoured by Prime Minister Najib Abdul Razak. Rafizi Ramli also questioned if this was an oversight on the part of the science, technology and innovation deputy minister or a deliberate attempt to put a lid on the matter. In a statement today, the PKR director of strategy said Abu Bakar (left) disclosed to the …

KUALA TERENGGANU, 10 Sept (Bernama) -- Masa amat mencemburui beca yang

merupakan antara pengangkutan utama pada era 40an dan 50an apabila peranannya

kini diambil alih kenderaan seperti lori, bas dan teksi.

Namun, di Melaka pelbagai usaha dilakukan bagi memberi kenderaan roda

tiga ''berkuasakan'' tenaga manusia ini nafas baharu antaranya dengan menjadikan

kenderaan itu aset pelancongan penting negeri itu.

Terengganu turut mewarisi kenderaan tradisional itu di mana pusat tumpuannya

di Pasar Kedai Payang, Kuala Terengganu.

Beca di sini tidak ''semoden'' beca di Melaka yang mempunyai radio, lampu

berwarna warni dan perhiasan yang mampu memikat pelancong asing serta tempatan

menaikinya, malah penarik beca di sini kebanyakannya berusia lebih 50 tahun

tetapi masih mengayuh kenderaan itu selagi kudrat mereka masih ada.

Jika Melaka berjaya membuktikan beca mampu dijadikan aset pelancongan

penting, mengapa tidak di Terengganu terutama sempena Tahun Melawat Terengganu

tahun depan.

-- LAGI

BECA-PELANCONGAN 2 KUALA TERENGGANU

Seorang penarik beca di sini, Mohamed Ismail Tahir, 58, berkata sebenarnya

pelbagai usaha termasuk dalam bentuk bantuan telah dilakukan bagi menjadikan

beca sebagai tarikan pelancongan, namun belum mencukupi untuk memastikan beca

kekal menjadi aset pelancongan di Terengganu.

"Usaha banyak tapi kebanyakannya sekali sahaja kemudian terus senyap,

pemantauan berterusan juga tiada.

"Bagi saya pihak terlibat jangan bagi (bantuan) sekali habis semua, bagi

sikit-sikit, bulan-bulan tak apa kemudian pantau perkembangan mereka bulan demi

bulan, pastikan mereka terus bertapak ke depan," katanya ketika ditemui Bernama.

Mohamed Ismail yang lebih 10 tahun melakukan pekerjaan itu berkata penarik

beca juga perlu di''modenkan'' terutama dari segi penampilan mereka seiring dengan

usaha memberi nafas baharu kepada perkhidmatan beca itu sendiri.

"Ramai penarik beca ini sudah berusia tetapi kami tahu selok belok sejarah

dan tempat di sini, semua dalam kepala. Jadi kalau kami diberi latihan melayan

pelancong dengan lebih baik dan cara sampaikan maklumat dengan betul kami boleh

jadi barisan depan promosikan Terengganu," katanya.

-- LAGI

BECA-PELANCONGAN 3 KUALA LUMPUR

Seorang lagi penarik beca Yusof Abdullah, 67, atau lebih mesra dengan

panggilan Pak Jusoh berkata pendapatan penarik beca di sini akan dapat

ditingkatkan sekiranya usaha menjadikan beca sebagai aset pelancongan itu

berjaya dilaksanakan.

"Sekali jalan saya dapat RM5 hingga RM10 bergantung kepada jauh perjalanan,

kalau lebih 10 kilometer itu dapat lah RM10. Sebulan tak banyak sangat dapat

kalau bulan baik dapatlah RM600 kalau tak baik adalah RM400," katanya.

Berdasarkan pengalaman penulis ketika bertugas di Melaka, penarik beca yang

beroperasi sekitar A'' Farmosa dan Bangunan Staduys memperoleh antara RM20 dan

RM30 sekali perjalanan mengelilingi kawasan bersejarah itu dan ada yang

memperoleh pendapatan sehingga RM2,000 sebulan.

Yusof yang mememerah kudrat mengayuh beca selama 20 tahun berkata sekiranya

penarik beca memperoleh pendapatan lumayan, ia sekaligus menarik

mereka yang lebih muda menceburi pekerjaan itu seperti yang berlaku di Melaka.

"Saya juga mahu cadangkan pihak pelancongan jadikan beca sebagai alat

promosi, mereka boleh letak risalah atau apa-apa maklumat di beca bagi

mudahkan pelancong dapat maklumat dengan cepat. Atau boleh juga cat atau letak

poster pelancongan," katanya.

-- LAGI

BECA-PELANCONGAN 4 KUALA TERENGGANU

Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia Negeri Terengganu

(Tourism Malaysia Terengganu) Mohd Nasir Kushairi berkata pihak merancang

melaksanakan pelbagai program bagi mengaktifkan semula beca di Terengganu.

"Beca sebagai sebuah pengangkutan di Terengganu sememangnya sudah tidak

aktif lagi seperti dahulu, jadi kami ada rancangan jangka pendek dan

panjang menjadikan beca ini barisan depan menarik pelancong ke Terengganu.

"Sebagai permulaan, Disember ini kami akan mengadakan program ''food trail''

di mana kita bawa pelancong mengembara menaiki beca untuk merasai masakan

tradisional Terengganu di beberapa kawasan di negeri ini," katanya.

Beliau berkata sempena Tahun Melawat Terengganu 2013 pihaknya

merancang pelbagai promosi pelancongan menggunakan beca dengan kerjasama

pelbagai pihak seperti hotel dan syarikat swasta di negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu, Azmi Razik

berkata pihaknya kini mengkaji kaedah terbaik memodenkan perkhidmatan beca di

bandar Kuala Terengganu, seterusnya mempertingkat taraf ekonomi penarik beca.

-- LAGI

BECA-PELANCONGAN 5 (AKHIR) KUALA TERENGGANU

"Di Melaka kita lihat pelbagai program dilaksana untuk pengayuh beca, itu

program yang baik dan kami lihat perlu dilakukan di sini. Kami akan kemukakan

perancangan dan cadangan itu kepada kerajaan negeri sempena Tahun Melawat

Terengganu 2013.

"Kami cadangkan lepas Payang Walk di kawasan Pasar Kedai Payang siap dibina,

semua kenderaan tidak akan dibenarkan masuk dan orang ramai yang ingin ke pasar

itu perlu menaiki beca atau berjalan kaki," katanya

Beliau berkata satu lagi cadangan ialah memberikan tender kepada sebuah

syarikat mengurus perkhidmatan beca dan penarik beca akan diberi gaji bulanan

dan ini sekaligus dapat menarik lebih ramai golongan muda menyertai bidang ini.

-- BERNAMA

FBR FBR RON

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.

  • MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer The Malaysian Insider
    MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer

    The partner of an American passenger aboard the missing Malaysia Airlines flight MH370 has spoken about how a Fox executive who was recently sacked by the news station had contacted her offering to raise funds on her behalf. Sarah Bajc, whose partner Philip Wood is among the 239 people on board the missing plane, told the Sydney Morning Herald... …

  • My last moments with Pa: Ramkarpal Singh The Malaysian Insider
    My last moments with Pa: Ramkarpal Singh

    A week after the tragic crash that took the lives of veteran lawyer and politician Karpal Singh and his personal aide, Michael Cornelius, his son Ramkarpal recounts the final hours with his father that fateful day. This is his story, as told to V. Anbalagan, assistant news editor. “My parents (Karpal and Gurmit) had gone to Pantai Hospital... …

  • Absolute power corrupts absolutely, Dr Mahathir reminds current leaders The Malaysian Insider
    Absolute power corrupts absolutely, Dr Mahathir reminds current leaders

    Malaysian leaders have been reminded not to look down on the public’s capability to topple a corrupt government as what had happened in the Middle East during the Arab spring, warned Tun Dr Mahathir Mohamad (pic). In his latest blog posting today, the country’s longest serving prime minister said that monarchs and dictators in the Middle East... …