BELANJAWAN 2014 TUNJUK ERTI RASIONALISASI SUBSIDI, ARAH TUJU NEGARA - AHMAD HUSNI

IPOH, 8 Sept (Bernama) -- Belanjawan 2014 yang dibentangkan Perdana Menteri

Datuk Seri Najib Tun Razak pada 25 Okt ini akan menampakkan erti sebenar langkah

rasionalisasi subsidi oleh kerajaan dan arah tuju negara, kata Menteri Kewangan

Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata rasionalisasi subsidi membolehkan kerajaan mempunyai lebih

pendapatan untuk disalurkan kepada pembangunan negara yang antaranya menumpu

usaha meringankan beban golongan menengah bawah, akses pemilikan rumah khususnya

mampu milik serta keperluan insfrastruktur.

"Kalau RM24 bilion (nilai subsidi minyak oleh kerajaan) tidak termasuk

subsidi lain dapat dikurangkan, ia akan digunakan untuk pembangunan perumahan,

insfrastruktur serta penekanan kepada ekonomi inovasi dan kreativiti sebagai

pelaburan masa depan. Kita dapat mengadakan peruntukan untuk penyelidikan dan

pembangunan serta usahawan kecil, maka pertumbuhan ekonomi kita akan menjadi

lebih cepat dan menyeluruh," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri sambutan Hari Kemerdekaan ke-56

peringkat Parlimen Tambun di Padang Bandaran Tanjung Rambutan di sini.

Katanya segala usaha kerajaan bukan sekadar mahu meningkatkan pendapatan

negara dan rakyat, malah untuk mengurangkan jurang antara golongan

kaya dan miskin.

Di samping itu katanya golongan menengah bawah juga akan dibantu dalam

konteks yang lain dan kini kerajaan sedang mengkaji beberapa pendekatan terhadap

usaha itu.

Ahmad Husni berkata langkah rasionalisasi subsidi juga membolehkan lebih

banyak penyaluran peruntukan kerajaan untuk agenda pembangunan yang antaranya

menumpukan sektor perumahan mampu milik serta keperluan insfrastruktur di

seluruh negara.

"Kerajaan akan mempunyai lebih peruntukan yang boleh digunakan untuk

pembangunan negara, antara fokus adalah perumahan mampu milik selain keperluan

insfrastruktur yang menjadi keutamaan di Sabah dan Sarawak. Kekuatan ekonomi di

kedua-dua negeri berkenaan tidak dapat dioptimumkan kerana berdepan masalah

insfrastruktur," katanya.

Bagaimanapun katanya, tiga parameter asas kepada Belanjawan 2014 yang perlu

dijaga iaitu kerajaan perlu memastikan adanya lebihan kos operasi yang bermakna

hasil perlu melebihi perbelanjaan, keduanya pertimbangan terhadap dasar fiskal

iaitu pengurangan defisit dan ketiga nisbah hutang berbanding keluaran dalam

negara kasar (KDNK) perlu dikekalkan di bawah 55 peratus.

Ahmad Husni yang juga anggota Parlimen Tambun berkata rasionalisasi subsidi

tidak dilaksanakan semata-mata dengan melihat kedudukan negara yang dibuat oleh

agensi penarafan global, Fitch Ratings kerana kerajaan juga meneliti keseluruhan

kedudukan negara dalam konteks ekonomi dunia.

"Kita sedar kerana sekarang ini fasa pertumbuhan ekonomi dunia sebenarnya

lebih teruk daripada dahulu. Semasa kejatuhan ekonomi, negara-negara seperti

Brazil, Rusia, India, Indonesida dan China tidak terjejas, pertumbuhan ekonomi

mereka begitu tinggi, namun kali ini pertumbuhan negara berkenaan telah

merosot, jadi dalam hubungan ekonomi dunia, kita perlu pastikan ekonomi negara

terus mencapai pertumbuhan dan kesejateraan," katanya.

Justeru itu, apa yang dilakukan oleh kerajaan termasuk inisiatif dalam

Belanjawan 2014 kelak adalah usaha memperkukuhkan ekonomi negara dalam suasana

ekonomi dunia yang ''muram'', sekaligus badan atau agensi penarafan akan

meningkatkan kedudukan negara.

"Seperti Fitch Ratings yang membuat kenyataan menerima baik insiatif kita

namun perlu ada lebih usaha oleh kerajaan. Ini yang kita akan lakukan," katanya.

Sebelum ini, agensi penarafan Fitch Ratings telah menyemak kembali tinjauan

penarafan kredit negara daripada stabil kepada negatif berikutan keraguan mereka

terhadap hasrat kerajaan untuk menguruskan perbelanjaannya.

Ahad lepas, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Dr Zeti Akhtar Abdul

Aziz berkata kerajaan dan BNM sedang menangani kebimbangan yang ditimbulkan

oleh Fitch Ratings terhadap tabungan awam dan struktur belanjawan.

Pada 3 Sept, agensi itu telah memberi respon terhadap pengurangan subsidi

petrol dan diesel oleh kerajaan dengan mengatakan langkah Malaysia untuk

meningkatkan kemampanan fiskal dan kestabilan makroekonomi jangka panjang boleh

menyaksikan perubahan pada penarafan kepada tinjauan masa depan yang stabil.

-- BERNAMA

ZAZ NHZ

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.

  • MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer The Malaysian Insider
    MH370 passenger’s partner tells of strange email from sacked Fox officer

    The partner of an American passenger aboard the missing Malaysia Airlines flight MH370 has spoken about how a Fox executive who was recently sacked by the news station had contacted her offering to raise funds on her behalf. Sarah Bajc, whose partner Philip Wood is among the 239 people on board the missing plane, told the Sydney Morning Herald... …

  • My last moments with Pa: Ramkarpal Singh The Malaysian Insider
    My last moments with Pa: Ramkarpal Singh

    A week after the tragic crash that took the lives of veteran lawyer and politician Karpal Singh and his personal aide, Michael Cornelius, his son Ramkarpal recounts the final hours with his father that fateful day. This is his story, as told to V. Anbalagan, assistant news editor. “My parents (Karpal and Gurmit) had gone to Pantai Hospital... …

  • In Disney's shadow, homeless families struggle Associated Press
    In Disney's shadow, homeless families struggle

    KISSIMMEE, Fla. (AP) — When they moved from Georgia to the theme park playground of central Florida four years ago, Anthony and Candice Johnson found work at a barbecue restaurant and a 7-Eleven. Their combined salaries nevertheless fell short of what they needed to rent an apartment, so the couple and their two children have instead been hopping among cheap motel rooms along U.S. 192. …